Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(7,636 hotel)
  3. Sabah(571 hotel)
  4. Sandakan(62 hotel)
  5. Kota Kinabatangan(9 hotel)
  6. Kinabatangan Sunshine Lodge

Kinabatangan Sunshine Lodge

Vila
NT 1316, Kg. Bilit Kinabatangan, Sandakan, Kota Kinabatangan, Sandakan, Sabah, Malaysia, 90000
Featured Image Kinabatangan Sunshine Lodge
Bathroom Kinabatangan Sunshine Lodge
Guestroom Kinabatangan Sunshine Lodge
Guestroom Kinabatangan Sunshine Lodge
Terrace/Patio Kinabatangan Sunshine Lodge
Lihat semua gambar
NaN
Berdasarkan 18 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Restoran

Tarikan berhampiran
Kinabatangan River
(12.27 km)
Gomantong Cave Sandakan
(15.55 km)
St Michael and All Angels Church
(40.28 km)
Agnes Keith Home
(40.43 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Diterjemahkan oleh Google
8.5
- Percutian Romantik
harga yang berpatutan. penginapan hebat dengan kakitangan yang baik.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Perkhidmatan dobi
    • Meja depan
    • Perkhidmatan dobi
  • Kemudahan Umum
    • Restoran
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 08.00

Jika anda bercadang untuk datang ke Sandakan untuk sementara waktu dengan tujuan meluangkan sedikit masa untuk mendekati alam dengan pengalaman berada di luar yang begitu mempesona, Kinabatangan Sunshine Lodge pastinya akan menjadi rumah persinggahan yang sempurna. Rumah persinggahan merangkap villa bertaraf dua dan setengah bintang ini mempunyai kadar penginapan yang agak baik sebagai tambahan kepada pakej nature tours yang ditawarkan di sekitar kawasan Sungai Kinabatangan. Kinabatangan Sunshine Lodge boleh ditemui di alamat NT 1316, Kg. Bilit Kinabatangan, Sandakan, Kota Kinabatangan, Sandakan yang berada jauh dari pusat bandar Sandakan, manakala bandar Kinabatangan yang terdekat akan mengambil masa satu jam perjalanan. Ini kerana lokasinya terletak lebih jauh di dalam kawasan hutan yang menghijau, yang membolehkan tetamu mengalami sendiri perasaan berasa dekat dengan alam.

Bagaimana untuk ke Kinabatangan Sunshine Lodge

Kinabatangan, sebagai sebuah daerah di bawah Bahagian Sandakan mungkin tidak begitu gah dari segi kemudahan berbanding kawasan yang lebih maju di sekitar negeri ini, tetapi ia begitu kaya dari segi tarikan semula jadi. Kinabatangan Sunshine Lodge, meskipun merupakan tempat yang bagus untuk mendekati alam semula jadi, terletak jauh ke dalam kawasan hutan dan sukar untuk mencari jalan bersendirian. Syukurlah, ia mempunyai pejabat di Sandakan Harbour Square yang akan membantu pengunjung untuk tiba di rumah persinggahan dengan seeloknya. Untuk ke pejabat di Sandakan, anda boleh menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menempah tiket dari sama ada Malaysia Airlines atau AirAsia. Apabila anda mendarat lapangan terbang di Sandakan, anda boleh memilih untuk pergi ke sana dengan menyewa kereta, teksi atau bas. Jika anda memandu, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 23 hingga 25 minit dari lapangan terbang. Walau bagaimanapun jika anda mengambil bas, anda akan diturunkan di terminal bas, di mana perjalanan ke hotel kemudian dipendekkan menjadi 15 minit atau kurang. Selepas tiba di pejabat dan memulakan perjalanan anda ke rumah persinggahan tersebut, terdapat beberapa mercu tanda yang dapat anda temui untuk membantu dalam pencarian anda. Mercu tanda yang dirujuk adalah Sungai Kinabatangan dan Gereja St Michael dan All Angels. Jika anda dapat mencari tempat-tempat ini, anda pastinya benar-benar dekat dengan hotel dan tidak perlu melakukan perjalanan lebih jauh lagi untuk mengelakkan diri dari tersesat.

Pilihan Bilik di Kinabatangan Sunshine Lodge

Terdapat lima jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang datang dengan niat untuk menginap di Kinabatangan Sunshine Lodge dan ianya adalah Triple Chalet, Private Chalet, Family Chalet, Private Room dan Dormitory. Semua bilik ini dijamin dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik asas yang termasuk pemandangan alam semula jadi, pancuran mandian, tuala, kipas angin, kelambu, balkoni dan teres. Bagi katil, Triple Chalet akan memperuntukkan satu katil single dan satu katil Queen, sementara Private Chalet dan Family Chalet akan memperuntukkan dua katil single dan satu katil Queen. Selain itu, Private Room akan memperuntukkan dua katil single serta sebuah unit penghawa dingin, dan Dormitory adalah asrama yang akan memperuntukkan katil dua tingkat yang dapat menampung sehingga enam orang dewasa.

Restoran dan Kafe di Kinabatangan Sunshine Lodge

Apabila waktu makan semakin dekat, tetamu boleh menantikan sesi makan yang baik di restoran yang terletak di dalam kawasan rumah persinggahan itu sendiri. Memandangkan rumah persinggahan ini berada cukup jauh ke dalam kawasan hutan, ini boleh menjadi satu-satunya tempat makan yang tersedia untuk para tetamu, kerana bandar Kinabatangan yang terdekat adalah sekitar satu jam perjalanan jaunya. Oleh itu, ia mungkin merupakan suatu langkah bijak untuk menyimpan sedikit makanan sebelum memulakan perjalanan ke rumah persinggahan ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Kinabatangan Sunshine Lodge

Memandangkan status Kinabatangan Sunshine Lodge sebagai rumah persinggahan yang memberi tumpuan kepada penerokaan dan pelancongan ekologi dan alam semula jadi, tetamu tidak perlu mengharapkan kemudahan dan perkhidmatan yang sama dengan penginapan jenis yang lebih komersil di kawasan bandar. Sebaliknya, apa yang mereka harus menantikan di sini adalah limpahan kehijauan, jarak dekat dengan alam dan peluang untuk mendekatinya yang merupakan perkara yang pasti akan menarik pencinta alam dan penggemar aktviti luar. Selain itu, rumah persinggahan ini turut menyediakan meja depan dan perkhidmatan dobi.

Tempat Menarik berhampiran Kinabatangan Sunshine Lodge

Gua Gomantong Sandakan – Terletak di dalam Gomantong Hill yang berada kira-kira 30 minit dari rumah persinggahan, Gua Gomantong merupakan sistem gua yang rumit yang menjadi habitat burung walet dan kelawar antara lainnya. Sebagai kawasan batu kapur terbesar di kawasan Lower Kinabatangan, gua utama dibahagikan kepada Gua Hitam dan Gua Putih, di mana Gua Hitam adalah lebih kecil tetapi lebih mudah diakses. Satu-satunya cara untuk mengakses kawasan gua adalah melalui laluan kayu. Gua-gua ini dinamakan seperti itu kerana warna sarang burung walet yang dihasilkan, di mana hanya Gua Hitam terbuka kepada orang ramai. Gua-gua dan kawasan sekitarnya diletakkan di bawah perlindungan hutan simpan Jabatan Perhutanan Sabah, oleh itu kawasan itu dianggap sebagai kawasan perlindungan khas untuk hidupan liar.

You must present a photo ID when checking in. Your credit card is charged at the time you book. Bed type and smoking preferences are not guaranteed.Your reservation is prepaid and is guaranteed for late arrival. The total charge includes all room charges and taxes, as well as fees for access and booking. Any incidental charges such as parking, phone calls, and room service will be handled directly between you and the property.
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.