Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
1. Hotel
2. Malaysia(7,453 hotel)
3. Johor(602 hotel)
4. Johor Bahru(411 hotel)
5. Nusajaya / Legoland(78 hotel)
6. Kitolo Homestay R001 Star in The Sky @ 1Medini, Legoland

Kitolo Homestay R001 Star in The Sky @ 1Medini, Legoland

Inap Sarapan (B&B)
1 Medini Residences, Nusajaya / Legoland, Johor Bahru, Johor, Malaysia, 79000
SWIMMING_POOL Kitolo Homestay R001 Star in The Sky @ 1Medini, Legoland
BEDROOM Kitolo Homestay R001 Star in The Sky @ 1Medini, Legoland
BEDROOM Kitolo Homestay R001 Star in The Sky @ 1Medini, Legoland
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan hotel
Penyaman Udara
Parkir
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Legoland
(1.00 km)
Sanrio Hello Kity Town
(2.37 km)
Horizon Hills Golf And Country Club
(3.11 km)
Tuas Link MRT Station
(9.00 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan oleh pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan hotel

Keterangan

Polisi hotel

• Kemudahan Dalam Bilik
• Kaunter
• Peti sejuk
• Pengering rambut
• TV
• Pancuran mandi
• Kabel TV
• Kemudahan Umum
• Parkir
• WiFi di kawasan umum
• Lif
• Umum
• Penyaman Udara
• Bilik larangan merokok
• Perkhidmatan Hotel
• Penyimpanan bagasi
• Kemudahan Internet
• Internet LAN

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

Kitolo Homestay adalah sebuah syarikat kecil yang mengendalikan beberapa buah inap desa di Johor Bahru. Salah satu cawangan inap desanya terletak berhampiran dengan Taman Tema Legoland iaitu Kitolo Homestay R001 Star in the Sky. Inap desar ini terletak di sebuah kondominium kediaman, One Medini yang hanya satu kilometer jauhnya dari taman tema yang dinyatakan di atas. Inap desa Kitolo terkenal dengan rumah inap desanya yang cantik, bersih dan sangat selesa, dengan tempahan yang mudah dan juga penginapan tanpa kerumitan. Perkara ini juga di aplikasikan kepada rumah inap desa R001 Star in the Sky. Berdasarkan maklum balas daripada para tetamu terdahulu yang telah tinggal di sana, mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pengurus inap desa.

Bagaimana untuk ke R001 Star in the Sky

R001 Star in the Sky terletak di Nusajaya, Johor Bahru, sebuah kawasan yang baharu sahaja dibangunkan. Pada masa ini, masih belum ada pengangkutan awam yang terdapat di sana kerana terletak agak jauh dari pusat bandar Johor Bahru. Cara paling mudah untuk pergi ke R001 Star in the Sky adalah dengan memandu. Perjalanan ke R001 Star in the Sky ini akan mengambil masa kira-kira dua puluh minit dari pusat bandar Johor Bahru melalui Lebuhraya Persisir Pantai Iskandar. Memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sendiri akan mengambil kira-kira tiga jam setengah. Bagi mereka yang ingin melancong ke Johor Bahru dengan menaiki bas, terdapat beberapa syarikat bas ekspres yang pergi ke Johor Bahru setiap hari dengan harga tiket bermula dari RM 30. Bas akan berhenti di Larkin Sentral, kira-kira dua puluh minit perjalanan dari inap desa R001 Star in the Sky. Di Larkin Sentral, adalah mudah untuk mendapatkan teksi untuk pergi ke inap desa R001 Star in the Sky. Bagi mereka yang lebih memilih untuk terbang ke Johor, terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Senai, Johor Bahru. Lapangan terbang ini mempunyai penerbangan dari beberapa bandar besar di Malaysia dan beberapa buah lapangan terbang daripada negara-negara sekitarnya. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terletak hanya setengah jam dari inap desa ini di Nusajaya.

Pilihan Bilik di R001 Star in the Sky

Inap desa Kitolo Homestay R001 Star in the Sky mempunyai dua buah bilik tidur di setiap unit inap desanya. Inap desa R001 Star in the Sky ini mempunyai dua buah unit di kondominium One Medina. Kedua-duanya adalah unit inap desa yang dilengkapi sepenuhnya, dengan temapt tidur, set meja makan dan sebuah dapur berfungsi sepenuhnya dengan peti sejuk bersaiz besar. Kesemua bilik tidur di kedua-dua unit adalah berpendingin hawa sepenuhnya dan mempunyai sebuah televisyen berskrin rata. Kedua-dua unit ini selesa untuk dua orang dewasa dan kanak-kanak tinggal walaupun masih mampu untuk menampung beberapa orang lagi dengan mudah. Harga menyewa untuk satu unit inap desa ini adalah pada RM 200 satu malam pada hari bekerja. Untuk hujung minggu atau cuti umum, setiap malam harga menyewa adalah pada RM 320. Kedua-dua buah unit inap desa ini masing-masing mempunyai balkoni dan juga pemandangan gunung yang menakjubkan.

Kemudahan dan Aktiviti di R001 Star di Sky

Kondominium di mana inap desa ini terletak mempunyai beberapa kemudahan yang dibuka kepada para tetamu yang menginap di unit inap desa ini. Salah satu kemudahannya adalah sebuah kolam renang. Kolam renang terletak di luar ini sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Tidak ada pengawal keselamatan yang bertugas di kolam renang ini jadi berhati-hatilah ketika bermandi-manda di kolam. Kondominium ini juga mempunyai sebuah bilik sauna, terletak di salah satu tingkatnya. Terdapat juga sebuah pusat kecergasan yang lengkap di kondominium. Bagi mereka yang suka bermain tenis, terdapat sebuah gelanggang tenis yang terletak di lantai yang sama dengan kolam renang.

Tempat Menarik berhampiran R001 Star in the Sky

Taman Tema Legoland - Ini adalah Taman Tema Legoland pertama di Asia dan ia dibuka secara rasmi pada September 2012. Ia terletak di Iskandar Puteri, sebuah bandar yang baharu dibangunkan di daerah Johor Bahru. Taman tema Legoland kini merupakan salah satu tempat bercuti terbaik untuk pergi bercuti terutama semasa cuti sekolah. Taman tema Legoland di Malaysia dibahagikan kepada taman tema biasa dan juga taman tema air. Taman tema ini mempunyai lebih daripada empat puluh tontonan interaktif, pertunjukan, dan tarikan. Semua tarikan berkaitan dengan mainan LEGO dalam satu cara atau yang lainnya. Ini juga termasuk sebuah istana yang mempunyai Lego Knights dan Princesses di dalamnya. Taman Tema Legoland juga menjual mainan, set, buku dan lain-lain di kedai mereka. Beberapa set LEGO yang jarang ditemui dan set yang menjadi koleksi boleh didapati di kedai-kedai di Legoland. Terdapat juga sebuah hotel bertema LEGO di Legoland Malaysia. Hotel ini direka bentuk dengan tema LEGO. Terdapat bilik-bilik yang mempunyai tema dari set-set permainan LEGO yang terkenal seperti set Pirate, Ninjago dan juga set Kingdom.

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.