Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Meja sambut tetamu dibuka setiap hari dari 08:00 - 23:00. Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
KRS Pine adalah sebuah penginapan yang terdapat di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Hotel ini mempunyai banyak kehijauan di sekelilingnya yang memberikan suasana yang sangat menenangkan dan santai. Hotel ini menyediakan dapur berkongsi, ruang makan dan ruang tamu di mana tetamu mereka boleh gunakan pada bila-bila masa sepanjang hari. Hotel ini juga menyediakan permainan papan dan perkhidmatan pertukaran buku untuk mereka yang ingin menghibur diri mereka semasa waktu lapang mereka di hotel. Terdapat juga ruang duduk bersama dengan televisyen. Pada dasarnya hotel ini menyediakan keperluan di dalam bilik dan juga menyediakan keperluan bersama di luar bilik. Oleh itu, mereka yang tinggal di sini boleh menikmati ruang persendirian dan pada masa yang sama membuat kawan baru.
Bagaimana untuk ke KRS Pines
Terdapat beberapa cara untuk sampai ke KRS Pines. Cara terbaik untuk sampai ke hotel adalah dengan memandu ke sana. Dari Kuala Lumpur pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara Selatan. Kemudian pengunjung perlu menuju ke arah Tapah. Dengan mengambil susur keluar bernombor 132 di Tapah pengunjung perlu mengikuti jalan itu yang akan membawa mereka ke Jalan Mentigi Utama. Ia akan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 58 minit untuk sampai ke hotel. Jaraknya hanya sekitar 295 kilometer sahaja. Jalan untuk ke sana adalah sedikit berliku kerana ia mengikut bentuk gunung oleh itu adalah yang terbaik untuk membiarkan pemandu yang lebih berpengalaman untuk memandu kereta.
Cara lain untuk ke hotel ialah dengan mengambil bas. Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan. Terdapat beberapa syarikat yang pergi ke Cameron Highlands dan mereka semua mempunyai jadual perjalanan yang berbeza. Beberapa syarikat bas tersebut adalah Uniti Express, CS Travel and Tours dan banyak lagi. Tambang bas adalah berharga RM 35 sehala bagi setiap penumpang. Perhentian bas adalah 10 minit dari hotel sahaja.
Pilihan Bilik di KRS Pines
Terdapat 3 jenis bilik di hotel ini yang boleh dipilih oleh para tetamu. Yang pertama ialah Bilik Twin, Bilik Mandi Berkongsi. Bilik ini mempunyai 2 katil Single dengan Wi-Fi percuma. Bilik mandi adalah bilik mandi dan bilik mandian pancuran di mana sebahagiannya adalah terbuka. Bilik itu sendiri adalah bilik bebas-rokok dan mempunyai Wi-Fi yang disediakan.
Seterusnya ialah Bilik Triple, Bilik Mandi Persendirian. Bilik ini dilengkapi dengan 3 katil Single dan mampu menampung 3 orang. Bilik ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan peralatan mandian percuma. Terdapat meja di dalam bilik untuk tetamu mereka gunakan. Bilik adalah bilik bebas rokok dan mempunyai Wi-Fi yang disediakan.
Kemudian ada Bilik Keluarga, Bilik Mandi Persendirian. Bilik ini mampu menampung 4 orang. Ia mempunyai 1 katil bersaiz Queen dan 2 katil twin. Bilik ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan peralatan mandian percuma. Terdapat meja di dalam bilik untuk tetamu mereka gunakan. Bilik adalah bilik bebas rokok dan mempunyai Wi-Fi yang disediakan.
Semua bilik tidak disertakan dengan sarapan tetapi tetamu boleh membayar sedikit bayaran untuk sarapan pagi disediakan untuk mereka. Setiap bilik juga mempunyai polisi pembatalan yang perlu dipatuhi oleh para tetamu.
Kemudahan dan Aktiviti di KRS Pines
Terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sini di KRS Pines. Terdapat ruang letak kereta untuk tetamu yang membawa kereta mereka sendiri. Kemudian ada Wi-Fi di seluruh hotel. Peti deposit keselamatan juga disediakan untuk kegunaan tetamu. Hotel ini mempunyai taman di mana tetamu boleh menikmati masa yang santai dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Selain kemudahan, hotel juga mempunyai perkhidmatan hebat. Mereka dapat menguruskan lawatan untuk tetamu mereka yang ingin melawat tarikan-tarikan tempatan di kawasan itu dan juga ke Cameron Highland. Hotel ini juga mempunyai restoran untuk para tetamu untuk makan sementara mereka menginap di hotel.
Tempat Menarik berhampiran KRS Pines
Cameron Highlands - Cameron Highlands adalah salah satu dataran tinggi yang terdapat di Malaysia. Ia terletak di Pahang. Saiz Cameron Highlands adalah hampir sama dengan saiz negara Singapura. Titik ketinggian adalah 1829 meter di atas paras laut menjadikannya titik tertinggi di Malaysia yang boleh diakses melalui jalan raya. Terdapat juga Gunung Brinchang di sini dengan ketinggian 2,031 meter di atas paras laut. Biasanya suhu pada siang hari tidak melebihi 25 °C, manakala pada waktu malam ia boleh jatuh sehingga 12 °C. Banyak pelancong dan penduduk tempatan akan datang ke sini untuk menikmati cuaca yang sejuk sambil menghirup secawan teh yang ditanam di sini. Penduduk tempatan juga ramai yang ke sini akan membeli sayur-sayuran kerana ia lebih murah. Ramai juga akan menikmati melawat ladang bunga juga. Satu lagi daya tarikan yang membuat penduduk tempatan datang ke sini ialah strawberi yang ditanam hanya di Cameron Highlands di sini di Malaysia. Selain cuaca yang sejuk, ramai juga pelancong yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sini kerana pemandangan di sini sangat cantik kerana keseluruhan tempat adalah penuh dengan tanaman hijau.
Kemudahan | Restoran, WiFi |
Jam Operasi | 14:00 - 23:00 - Sebelum 12:00 |
Berikut facilities yang ada di KRS Pines seperti Restoran, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di KRS Pines bermula dari 14:00 - 23:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00