Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,409 hotel)
  3. Selangor(1,370 hotel)
  4. Petaling Jaya(311 hotel)
  5. Mutiara Damansara(76 hotel)
  6. Kuala Lumpur Holiday Home

Kuala Lumpur Holiday Home

Hotel
Metropolitan Square Condo, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 47820
BEDROOM Kuala Lumpur Holiday Home
BEDROOM Kuala Lumpur Holiday Home
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Kolam Renang
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
KidZania Kuala Lumpur
(0.89 km)
Kelab Golf Seri Selangor
(2.88 km)
KPJ Damansara Specialist Hospital
(3.59 km)
Tropicana Medical Centre
(3.97 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
    • Lif
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Kabel TV
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Aktiviti
    • Kolam renang terbuka
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 15.00
Daftar keluar: 12.00

Kuala Lumpur Holiday Home adalah sebuah unit kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Ia kemudiannya diubah suai untuk dijadikan sebuah rumah tumpangan sesuai untuk disewakan kepada orang ramai untuk jangka masa yang pendek. Rumah ini juga dilengkapi dengan semua kemudahan untuk membuatkan tetamu yang menempah di sini merasa selesa dan lengkap seperti berada di rumah sendiri.

Rumah tumpangan ini sesuai untuk keluarga yang besar kerana ia mempunyai keluasan yang besar dan juga kelengkapan lain. Rumah tumpangan ini juga sesuai bagi mereka yang mahu menempah tempat untuk mengadakan majlis seperti pesta hari jadi atau kenduri kahwin.

Walaupun rumah tumpangan ini boleh memuatkan ramai orang, ia masih berada di harga yang sangat berpatutan. Rumah tumpangan ini juga berdekatan dengan banyak kemudahan lain yang boleh memudahkan mereka yang menempah rumah ini. Ini adalah kerana ia berada di Kawasan perumahan. Oleh itu tetamu boleh pergi ke Kawasan persekitaran untuk mendapatkan kelengkapan mereka.

Bagaimana untuk ke Kuala Lumpur Holiday Home

Ada beberapa cara untuk sampai ke Kuala Lumpur Holiday Home. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Jalan Damansara dan meneruskan perjalanan ke Lebuhraya SPRINT. Kemudian dari situ, pengunjung perlu mengambil susur keluar ke Penchala untuk ke Damansara Perdana. Ia hanya mengambil masa 16 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak adalah hanya sejauh 10.1 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini.

Cara lain untuk menuju ke Kuala Lumpur Holiday Home adalah dengan mengambil Express Rail Link. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil ERL dan menuju Bandar Kuala Lumpur. Dari Stesen Sentral Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil MRT dan pergi ke stesen Surian atau pun ke Stesen Mutiara Damansara. Dari situ pengunjung boleh mengambil teksi atau Grab untuk ke hotel.

Pilihan lain adalah dengan mengambil teksi atau Grab terus dari lapangan terbang Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang kebiasaannya sudah ada jadual menunjukkan harga untuk setiap jarak di Kuala Lumpur. Oleh itu dengan bayaran lebih kurang RM 50 pengunjung boleh mendapat pemandu untuk membawa mereka terus ke hotel.

Pilihan Bilik di Kuala Lumpur Holiday Home

Memandangkan Kuala Lumpur Holiday Home ini dahulunya adalah sebuah unit kondominium, ia juga mempunyai kelengkapan seperti sebuah rumah. Unit rumah ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas. Setiap bilik dilengkapi dengan katil yang boleh memuatkan 2-3 orang. Tilam tambahan juga disediakan di dalam setiap bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. 2 bilik utama pula dilengkapi dengan tandas tersendiri. Setiap tandas pula dilengkapi dengan alat pancuran mandian panas.

Bagi tetamu yang menempah bilik di sini, mereka harus menempah seluruh unit dan boleh menempatkan 7-8 orang. Unit rumah seperti ini sesuai bagi keluarga yang besar ataupun kumpulan rakan-rakan yang ramai.

Kemudahan dan Aktiviti di Kuala Lumpur Holiday Home

Rumah tumpangan ini mempunyai banyak kemudahan untuk ditawarkan kepada tetamu yang datang ke sini. Antara kemudahan yang ada adalah seperti ruang meletak kenderaan untuk tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri ke sini. Kawasan letak kereta itu juga berada di perkarangan rumah tumpangan ini. Rumah tumpangan ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi. Para tetamu boleh menggunakannya untuk berhubung dengan mudah. Selain daripada itu, terdapat lif untuk membawa tetamu dari bawah ke tingkat di mana unit rumah itu terletak.

Rumah tumpangan ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Oleh itu para tetamu tidak perlu risau tentang tiba ke rumah tumpangan lewat malam. Rumah tumpangan ini juga mempunyai televisyen dan saluran televisyen yang banyak. Ia juga dilengkapi dengan tandas dengan pancuran air. Tambahan lagi, terdapat bilik untuk keluarga, meja makan untuk 6 orang, sofa, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan juga kolam renang di kawasan kondominium rumah ini. Para tetamu yang menempah di sini boleh menggunakan kolam renang ini.

Tempat Menarik berhampiran Kuala Lumpur Holiday Home

KidZania Kuala Lumpur - KidZania adalah sebuah taman tema khas untuk kanak-kanak. Ia bertujuan untuk mendidik dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari tentang kerjaya harian secara praktikal dalam situasi yang menyeronokkan. Kanak-kanak di sini juga dididik untuk menjadi lebih berdikari, memahami tentang kerjasama, memperolehi skil dan juga mempelajari tentang pengurusan kewangan. Antara kerjaya yang boleh dicuba oleh kanak-kanak di sini adalah menjadi ahli bomba, doktor, polis, doktor gigi dan juga mengendali makanan seperti di kedai Sushi King. Harga kemasukkan ke taman ini berbeza bergantung kepada umur. Harga tiket bermula dari RM 34 hingga ke RM 85. Tadika atau sekolah juga boleh mengadakan lawatan ke sini untuk mengadakan sesi lawatan kumpulan. Tambahan lagi taman ini adalah 0.89 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur Holiday Home.

-
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?