Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
Gambaran Keseluruhan Penginapan
Info Kawasan
Bilik
Ulasan
Polisi Penginapan
Kemudahan
Kembali ke Atas

LaCrista Hotel Melaka

Hotel
146 Jalan Hang Tuah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.
EXTERIOR_BUILDING LaCrista Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING LaCrista Hotel Melaka
SWIMMING_POOL LaCrista Hotel Melaka
SWIMMING_POOL LaCrista Hotel Melaka
EXTERIOR_BUILDING LaCrista Hotel Melaka
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.5 Mengagumkan
Daripada 82 ulasan
Kemudahan
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
LIHAT SEMUA KEMUDAHAN

Butiran Lokasi

146 Jalan Hang Tuah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Buka Peta
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan
Paparan Harga
Semalam
Tidak pasti dengan carian ini? Ubah butiran penginapan di sini
Daftar masuk
Rab, 17 Ogo 2022
Tempoh
1 malam
Tetamu dan Bilik
1 Dewasa, 1 bilik
Berdasarkan 82 ulasan
8.5
Mengagumkan
Hebat
30
Bagus
37
Memuaskan
2
Biasa
13
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Terkini
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
IB
10
/ 10
10
Percutian pendek
Alhamdulillah bilik bersih dan selesa, breakfast pon banyak pilihan, parking walaupun bertingkat tapi agak mudah, kawasan dikelilingi oleh semua keperluan, hotel pon cantik. TV je tak de tempat cucuk HDMI. 10/10.

Suka ulasan ini?

SA
1 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
Percutian
Highly recommended! Everyone should try this hotel. Cuma wifi dalam bilik sangat slow since line digi pun ke laut dalam 😆

Suka ulasan ini?

Ma
5 Ulasan
8.5
/ 10
8.5

Suka ulasan ini?

MN
5 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
Percutian pendek
Terbaik. Perkhidmatan yang sungguh memuaskan .

Suka ulasan ini?

MQ
1 Ulasan
9.4
/ 10
9.4
Percutian
Penginapan yang terlalu istimewa. hotel terbaik di melaka.

Suka ulasan ini?

4 Ulasan
9.1
/ 10
9.1
Kembara Beg Galas

2 menyukai ulasan ini

2 Ulasan
10
/ 10
10
Percutian Romantik
Sangat sangat bagus dan berpuas hati!! Staff yang ramah dan baik. Bilik besar dan selesa. Ada bathtub juga. Sangat berbaloii. Bilik murah ada bathtub lagi🥰

1 menyukai ulasan ini

SK
2 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
Percutian keluarga
Bilik selesa, aircond puas hati sejuk❗️ 💯🌟❗️

Suka ulasan ini?

4 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
Percutian keluarga
Staf di bahagian receptionist peramah. Proses check in kurang dari 5 minit. Berbaloi untuk bawa keluarga. Banyak gerai dan bank berhampiran.

1 menyukai ulasan ini

Diterjemahkan oleh Google
24 Ulasan
9.4
/ 10
9.4
Percutian pendek
Hotel yang hebat. Lokasi yang bagus. Sarapan yang pelbagai dan sedap juga.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
An icon button
Polisi Penginapan
Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar
Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Nota Penting
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tidak akan ada Cukai Pelancongan yang dikenakan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2022 untuk semua tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
Merokok
Aktiviti merokok dilarang di dalam penginapan.
Haiwan Peliharaan
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam penginapan.
Baca Semua
Keterangan Hotel

LaCrista Hotel Melaka ialah hotel 4 bintang yang berpusat di Bandar Melaka dan segala-galanya di sekeliling anda merupakan kawasan bersejarah dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Hotel di Melaka ini terletak di sepanjang Jalan Hang Tuah di Bandar Melaka. LaCrista Hotel Melaka menonjolkan tiga elemen dalam hotelnya, iaitu keseronokan, pembawa dorongan dan keselesaan. Unsur-unsur ini jelas digambarkan pada bilik, perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel. Di dalam kawasan hotel, tetamu dapat menikmati keseronokan percutian dengan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi. Tetamu yang dalam perjalanan perniagaan juga disediakan dengan kemudahan korporat seperti seperti bilik persidangan untuk memastikan produktiviti berjalan dengan lancar. Ulasan yang dibuat dari tetamu mengenai penginapan mereka menunjukkan pandangan yang agak positif terhadap penginapan yang lengkap dan kemudahan yang disediakan.

Cara untuk ke LaCrista Hotel Melaka

LaCrista Hotel Melaka terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Melaka. Lokasi strategik ini memudahkan tetamu untuk mencari arah ke hotel, sama ada dari bandar atau Lapangan Terbang Melaka di Batu Berendam. Dari lapangan terbang tersebut, perjalanan ke hotel secara kasarnya menjadi sekitar 19 minit tempoh pemanduan kerana ia hanya 8 km sahaja dari lapangan terbang. Memandangkan lokasi LaCrista Hotel Melaka terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan popular di Melaka, anda dengan mudah boleh mencari mercu tanda terkenal yang boleh membantu anda tiba ke hotel. Mercu tanda yang dimaksudkan seperti Gereja St. Theresa, Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Pusat Membeli-belah AEON. Tempat-tempat ini terletak dalam lingkungan 2 km dari hotel ini.

Mod pengangkutan utama yang disyorkan untuk tetamu di Melaka ialah dengan memandu kereta. Sama ada anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa, aplikasi pengangkutan mudah alih seperti kereta Uber / Grab atau kereta anda sendiri. Ini disebabkan bahawa ia sedikit sukar untuk mencari pengangkutan awam seperti bas dan teksi, terutamanya pada waktu puncak. Harga juga akan meningkat jika anda tidak berhati-hati apabila menaiki teksi. Dengan keadaan lalu lintas yang turut merupakan satu isu, ia sentiasa terbaik untuk bergerak menaiki kereta.

Pilihan Bilik di LaCrista Hotel Melaka

Terdapat 4 jenis bilik yang berbeza disediakan dalam keadaan mewah untuk pilihan tetamu. Setiap bilik yang disediakan akan melengkapi setiap keperluan anda. Superior Room, Studio Room, Premium Studio dan Suite mempunyai komoditi asas termasuk bilik mandian pancuran, tab mandi, TV kabel, pengering rambut, bar mini dan peti keselamatan di dalam bilik.

Jika anda melancong dalam secara dua dan / atau berempat, anda boleh memilih antara Superior Room, Studio Room atau Premium Studio Room kerana ia sangat luas dan sesuai untuk bilangan tersebut. Jika anda melancong secara beramai-ramai atau berkeluarga, Suite mempunyai kemampuan dalam memberi semua ruangan tambahan dan keselesaan yang anda perlukan. Tambahan juga sofa tambahan yang tersedia di dalam ruang tamu. Semua bilik dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma untuk memastikan tetamu kekal berhubung dengan baik. Selain daripada pemandangan bandar yang mewah, hiasan dalamannya juga turut menonjolkan suasana lembut yang menjadi tujuan utama percutian tersebut diadakan iaitu mendapatkan keselesaan dan ketenangan, sama ada dalam percutian perniagaan atau bersantai.

Restoran dan Kafe di LaCrista Hotel Melaka

Kediaman LaCrista Hotel Melaka mempunyai manfaat dari segi akses makanan yang boleh didapati bukan sahaja di luar, malah di dalam kawasan hotel itu sendiri. Terdapat dua ruang makan utama yang menyediakan hidangan lazat dan asli oleh chef profesional, iaitu Coffee House dan The Lounge.

Coffee House menyajikan hidangan Asia, Barat, dan gabungan ala carte yang terbaik dalam menunya. Ia agak besar kerana ia boleh memuatkan lebih 200 tetamu dan menyediakan sarapan bufet antarabangsa setiap hari. Walau bagaimanapun, terdapat kod pakaian yang perlu dipatuhi oleh tetamu bagi mengekalkan keselesaan semua tetamu yang hadir. Memandangankan kawasan ini sangat elegan, oleh itu, ia sangat sesuai untuk majlis korporat atau apa-apa perbincangan perniagaan.

The Lounge merupakan tempat untuk anda berehat dalam suasana yang lebih kasual. Ia lebih kecil daripada Coffee House dengan tempat duduk sehingga 20 tetamu. Di sini, mereka menyajikan menu ringan seperti snek dan minuman termasuk wain dan koktel untuk menghilangkan keletihan selepas seharian berjalan. Dinding tersebut dicat dengan lukisan unik dan meriah yang memberikan anda suasana yang santai untuk berehat.

Kemudahan dan Aktiviti di LaCrista Hotel Melaka

LaCrista Hotel Melaka menyediakan kemudahan kelas atasan untuk semua tetamu. Pengangkutan boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk didapati, oleh itu, hotel ini menawarkan khidmat penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan dikenakan. Anda juga mempunyai akses ATM dan pasar raya berdekatan untuk mendapatkan bahan makanan tambahan sepanjang tempoh penginapan anda. Pelancong perniagaan pasti senang apabila ketahui bahawa hotel ini mempunyai kemudahan korporat yang cekap dan mencukupi seperti pusat perniagaan, bilik persidangan dan mesyuarat bilik, kemudahan mesyuarat dan projektor. Terdapat dua jenis bilik mesyuarat yang tersedia, iaitu mesyuarat kediaman korporat dan mesyuarat kediaman kerajaan. Kemudahan-kemudahan lain termasuk penjaga pintu, penyambut tetamu 24-jam dan keselamatan, perkhidmatan dobi, lawatan, layanan bilik, tempat letak kereta yang mencukupi, dan peti deposit keselamatan untuk memastikan semua barang-barang berharga anda disimpan di tempat yang selamat.

Semasa menginap di hotel, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk mengisi masa lapang anda. Anda sentiasa boleh menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mengeluarkan peluh selepas menikmati variasi makanan di hotel dan di sekitar bandar. Melaka melambangkan banyak perkara dan tumpuan makanan adalah salah satu daripadanya. Selepas berjalan-jalan di sekitar bandar, anda mungkin berminat untuk menetap di spa, mendapatkan rawatan urut dan refleksologi atau hanya berseronok di kolam renang di atas bumbung.

Tempat Menarik berhampiran LaCrista Hotel Melaka

Cheng Temple Hoong Teng - Dalam rumah ini termeterai sebuah cerita sejarah yang bertarikh pada zaman Hang Tuah. Kuil ini terletak 1 km dari hotel dan adalah salah satu daripada tempat bersejarah di Melaka. Kuil ini digelar sebagai kuil Buddha tertua di negara ini. Ia juga dikenali sebagai “Merciful Cloud Temple”.

Jonker Street Night Market - Pasar malam adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan wang anda. Mereka mempunyai pelbagai jenis barangan dan makanan yang boleh dinikmati. Dari pakaian kepada barangan dan aksesori, mereka mempunyai segala-galanya. Harganya agak murah dan berpatutan juga. Anda boleh mendapat tawaran yang sangat baik jika anda mempunyai kemahiran berunding yang baik.

Muzium - Sebagai salah satu daripada bandar-bandar bersejarah di Malaysia, anda boleh mencari muzium di setiap selekoh termasuk Muzium Barang Kemas Cina Selat, Muzium Warisan Baba & Nyonya, Muzium Budaya Cheng Ho, Menara Stadthuys, Muzium Maritim Flora de la Mar, dan Sejarah Melaka serta Muizum Etnografi.

Melaka River Cruise dan Kampung Morten - Lawatan ke Kampung Morten adalahaktiviti yang mesti dilakukan setiap kali anda melawat Melaka. Anda akan berpeluang menyaksikan rumah tradisional dengan gaya dan hiasan yang berbeza. Anda juga boleh menikmati pelayaran sungai di sepanjang Sungai Melaka pada waktu malam untuk menyaksikan Kampung Morten diterangi dengan lampu berwarna-warni yang indah.

Kemudahan
Kemudahan Umum
  • Parkir
  • Kopi/teh di lobi
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum
Kemudahan Dalam Bilik
  • Tab mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV
Umum
  • Penyaman Udara
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok
Perkhidmatan Hotel
  • Pekerja rencam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Lawatan
  • Penyambut tetamu 24 jam
Makanan dan Minuman
  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Bar
Pengangkutan
  • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Shuttle kawasan berhampiran
  • Sewaan kereta
  • Shuttle pusat membeli-belah
  • Parkir valet
Kemudahan Perniagaan
  • Pusat perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor
Aktiviti
  • Pusat kecergasan
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Spa
Kemudahan Berhampiran
  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Pasar raya
Sukan & Rekreasi
  • Kecergasan
  • Golf
  • Kaunter golf
Kemudahan OKU
  • Pembolehcapaian mudah
  • Parkir mudah diakses OKU
Kemudahan Internet
  • WiFi percuma
Khidmat Shuttle
  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
Tempah!
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
Lihat 611 Hotel lain di Bandaraya Melaka

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2022 Traveloka