Laman Pesona Resort and Spa merupakan satu tempat yang terletak indah di Raub, Pahang. Hotel ini menawarkan penginapan yang sempurna untuk anda. Anda boleh berehat dari kesibukan kerja mahupun bercuti untuk berehat bersama pasangan ataupun keluarga. Anda bakal disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang sangat cantik sementara anda menetap di Laman Pesona Resort and Spa ini. Pengalaman yang akan anda dapat pastinya berbeza dari tempat yang lain kerana Laman Pesona Resort and Spa ini bukan sahaja mempunyai pemandangan yang cantik, malahan ia jauh terletak dari kesibukan di bandar. Anda boleh meluangkan masa sepenuhnya untuk berehat dan bercuti. Jadi, bagi anda yang mencari ketenangan untuk berehat sambil menikmati keindahan alam sekitar, Laman Pesona Resort and Spa pastinya ideal untuk anda.
Bagaimana untuk ke Laman Pesona Resort and Spa
Terdapat pelbagai cara untuk anda datang ke Laman Pesona Resort and Spa ini. Beberapa pilihan pengangkutan awam seperti bas dan penerbangan boleh dipilih oleh anda untuk datang ke Laman Pesona Resort. Selain daripada itu, anda juga boleh memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke Laman Pesona Resort and Spa.
Sekiranya anda ingin menaiki bas dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Laman Pesona Resort and Spa. Anda boleh memilih mana-mana bas yang ditawarkan dari TBS untuk ke Terminal Bas Raub. Perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Raub akan mengambil masa selama 1 jam dan 42 minit. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Raub, anda boleh mengambil teksi untuk ke Laman Pesona Resort and Spa. Perjalanan dari terminal bas ke Laman Pesona Resort and Spa akan mengambil masa selama 15 minit sahaja.
Selain itu, jika anda datang dari kawasan lain selain dari Kuala Lumpur, anda juga boleh menjimatkan masa untuk datang ke Laman Pesona Resort and Spa dengan menaiki kapal terbang. Lapangan terbang yang terdekat dengan Laman Pesona Resort and Spa adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang. Sebagai contoh, jika anda datang dari Johor Bahru, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Penerbangan dari Johor Bahru ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah akan mengambil masa selama 1 jam. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, anda boleh mengambil teksi atau mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pergi ke Laman Pesona Resort and Spa. Sekiranya anda mengambil teksi dari Kuala Lumpur, perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dan 1 minit bergantung pada keadaan trafik pada waktu itu. Sekiranya anda ingin mengambil bas selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke TBS dan mengambil bas di sana untuk ke Terminal Bas Raub.
Bagi anda yang ingin membawa kenderaan anda sendiri untuk ke Laman Pesona Resort and Spa, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dan melalui Plaza Tol Jalan Duta. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ambil Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang/E8 ke Jalan Cheroh - Batu Malim/C5 di Raub. Ikuti C5 ke destinasi anda di Cheroh sebelum tiba di Laman Pesona Resort and Spa.
Pilihan Bilik di Laman Pesona Resort and Spa
Terdapat 5 pilihan chalet di Laman Pesona Resort and Spa ini. Anda boleh memilih mana-mana chalet yang ditawarkan mengikut kesesuaian bajet dan juga keselesaan anda. Chalet yang terdapat di sini adalah Chalet Standard, Deluxe, Executive, Premier dan Family Suite. Chalet Standard boleh memuatkan hanya 2 orang pada satu-satu masa. Chalet Deluxe juga boleh memuatkan dua orang pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, Chalet Deluxe mempunyai keluasan yang lebih daripada Chalet Standard. Chalet Executive boleh memuatkan 4 orang pada satu masa manakala Chalet Premier boleh memuatkan sehingga 8 orang pada satu-satu masa. Chalet ini ideal bagi sesiapa yang datang ke Laman Pesona Resort and Spa dengan kumpulan yang besar. Family Suite pula boleh memuatkan 5 orang di dalamnya.
Restoran dan Kafe di Laman Pesona Resort and Spa
Terdapat satu restoran di Laman Pesona Resort and Spa ini. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di restoran tersebut semasa menetap di Laman Pesona Resort and Spa. Selain daripada itu, Laman Pesona Resort and Spa juga menyediakan kemudahan untuk berbabeku. Anda boleh meluangkan masa bersama yang tersayang sambil berbabeku.
Kemudahan dan Aktiviti di Laman Pesona Resort and Spa
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Laman Pesona Resort and Spa seperti kolam renang. Kolam renang disediakan bagi tetamunya. Selain daripada itu, setiap chalet mempunyai kemudahan Wi-Fi secara percuma dan juga penyaman udara.
Tempat Menarik berhampiran Laman Pesona Resort and Spa
Bilut Extreme Park – Anda boleh berkunjung ke sini untuk aktiviti yang mencabar. Ia terletak hanya 29 minit dari Laman Pesona Resort and Spa. Di sini, anda boleh merasai cabaran dalam keseronokan. Ia semestinya tempat yang sempurna untuk anda berseronok sepanjang tempoh penginapan anda di sini.
Kemudahan | AC, Kolam Renang, Parkir, WiFi |
Jam Operasi | 14:00 - 23:30 - 12:00 - 13:00 |
Berikut facilities yang ada di Laman Pesona Resort and Spa seperti AC, Kolam Renang, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Laman Pesona Resort and Spa bermula dari 14:00 - 23:30 manakala masa check-out ialah pada 12:00 - 13:00