amaran

Hotel berhampiran Annah Rais Longhouse Adventure

Sarawak, Malaysia · 214 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular berhampiran Annah Rais Longhouse Adventure

Borneo Highlands Resort

Jalan Borneo Heights Padawan, Kuching, Malaysia, 94200

7.9 / 10

Bagus

Tentang

Bertempat di Kampung Annah Rais, Padawan, Kuching, Sarawak, Annah Rais Longhouse Adventure adalah sebuah pelancongan tempat yang hebat untuk dilawati. Ia mengalu-alukan tetamu pada setiap hari dan pada bila-bila masa. Untuk mendapatkan percutian yang tidak dapat dilupakan, tetamu perlu tinggal sekurang-kurangnya satu malam di sini, di Rumah Panjang, untuk mengalami sendiri cara hidup tradisional sebagai masyarakat Bidayuh. Terdapat banyak aktiviti untuk diterokai apabila tinggal malam di sini. Antaranya, menjejaki hutan hujan tropika yang indah yang penuh cabaran, melawat dan berendam di dalam air panas semula jadi, menikmati air terjun yang menakjubkan, mencuba Bamboo Rafting yang mencabar dan lain-lain.

Annah Rais Longhouse menempatkan beberapa bilik tamu yang hanya dilengkapi kemudahan asas seperti kipas, tilam selesa, selimut, bantal dan beberapa lagi. Walau bagaimanapun, penduduk di sana akan cuba yang terbaik untuk memastikan bahawa bilik yang mereka sediakan sentiasa bersih, nyaman dan selesa untuk tetamu agar mereka bermalam dengan selesa sepanjang berada di sini. Bukan itu sahaja, tetamu akan dihidangkan makanan tiga kali sehari. Mereka memasak hidangan popular dan istimewa tempatan tradisional seperti nasi dalam buluh dan ayam dalam buluh, sayur- sayuran dari ladang mereka sendiri dan paku-pakis. Bagi tetamu beragama Islam, mereka tidak perlu risau kerana mereka menyediakan hanya makanan yang halal. Dengan tinggal dan alami sendiri hidup dengan mereka, para tetamu akan dapat mengetahui lebih baik tentang budaya Bidayuh.

Tarikan Pelancong Berhampiran Annah Rais Longhouse

Hutan Simpan Semula Jadi Semenggoh

Bertempat di 93250 Siburan, Sarawak, Kawasan Simpanan Semula Jadi Semenggohh telah menjadi rumah terkenal kepada generasi muda orang utan, yang telah menjadi yatim piatu atau yang diselamatkan, dan diajar bagaimana untuk terus hidup di dalam hutan. Mereka berkeliaran di hutan pada setiap masa dan hanya kembali ke pusat untuk diberi makan. Walau bagaimanapun, apabila tiba musim buah, sebahagian besar daripada mereka tidak kembali ke pusat untuk diberi makan dan ini menunjukkan bahawa mereka semakin besar dan bijak berdikari. Bagi pelawat yang merancang untuk melawat Orang Utan, masa terbaik untuk berada di sini adalah pada waktu pagi 09:00 hingga 10:00 dan pada waktu petang 15:00 hingga 15:30, semasa sesi memberi makan. Bagi orang dewasa Malaysia, bayaran masuk adalah RM10. Ia hanya beroperasi pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat, 8:00-16:45.

Hotel Berhampiran Annah Rais Longhouse

Borneo Highlands Resort

Terletak di Jalan Borneo Heights Padawan, Kuching, Malaysia, Borneo Highlands Resort ialah sebuah resort lima bintang. Resort terletak di kawasan bukit-bukau dengan ketinggian kira-kira 1000 meter di atas paras laut. Terletak di dalam hutan yang tebal, ia menjadi salah satu pusat peranginan mesra alam yang paling menarik dan unik dan memberikan rasa syurga dunia yang setiap orang idamkan. Ia akan menjadi tempat percutian yang terbaik di mana para tetamu boleh melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk. Borneo Highlands Resort menempatkan sejumlah 40 bilik tamu dan suite dengan pemandangan yang indah. Setiap penginapan mempunyai tema berasaskan alam semula jadi untuk menawarkan perasaan damai dan tenang. Bilik tamu terdiri daripada lima kategori iaitu; Cabin Jungle yang mempunyai keluasan 24 meter persegi, PAR (bilik standard) mempunyai keluasan 16 meter persegi, Birdie (bilik deluxe) yang mempunyai keluasan 28 meter persegi, Eagle Suite adalah untuk keluarga dan mempunyai keluasan 41 meter persegi dan ALBATROSS Suite adalah untuk tema bulan madu dan mempunyai keluasan 32 meter persegi.

Para tetamu boleh memilih bilik yang sesuai untuk percutian mereka. Dengan tinggal di resort ini, para tetamu dialu-alukan untuk mencuba pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi yang mereka sediakan seperti berbasikal mendaki gunung, berjalan kaki di dalam hutan hujan tropika, merentas hutan, melawat air terjun dan banyak lagi yang pasti meninggalkan kenangan manis kepada para tetamu. Borneo Highlands Resort bukan sahaja sempurna untuk percutian santai tetapi juga bagi percutian perniagaan. Pelancong perniagaan membuat resort ini sebagai pertemuan mereka dengan mengadakan pertandingan golf di padang golf yang indah ini. Tempat peranginan ini juga menyediakan spa hutan terbaik untuk tetamu menikmati percutian mereka di sini. Kadar biliknya bermula dari RM357 semalam.

evtbvsrwfq