Total Accommodation | 34 Properties |
Popular Area | Si Rusa, Kampung Si Rusa |
Popular Hotel | Thistle Port Dickson, Tasik Villa International Resort |
Popular Landmark | Port Dickson, Port Dickson Ostrich Farm |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Thistle Port Dickson, Tasik Villa International Resort, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson, ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON, Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, PD MARINA HOLIDAY APARTMENT, Corus Paradise Resort Port Dickson, Pacific Regency Beach Resort Port Dickson.
Buat masa ini, terdapat sekitar 34 hotel yang boleh anda tempah di Army Museum Port Dickson
Muzium Tentera Darat terletak di daerah Si Rusa yang sangta berdekatan dengan pangkalan tentera di Port Dickson. Pada tahun 2009, perdana menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera kerana jumlah kem tentera di kawasan tersebut seperti di Segenting Karah, Segenting, Si Rusa dan Senggala.
Muzium Tentera ini dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia, muzium ini mempamerkan hasil-hasil dan pencapaian pasukan tentera darat sepanjang sejarah penubuhannya. Ia juga menempatkan beberapa kenderaan tentera yang telah dibatalkan perkhidmatannya atau yang telah digunakan oleh tentera pada waktu perang, tetapi pada masa kini telah diberi nafas baru sebagai hiasan bagi pengunjung yang datang ke muzium ini. Yuran kemasukan muzium adalah percuma.
Port Dickson mudah dituju dari bandar-bandar yang paling utama di Semenanjung Malaysia. Ia mengambil masa hanya satu jam setengah hingga dua jam pemanduan untuk melancong dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau Lebuhraya ELITE. Untuk pengunjung dari Singapura yang berminat untuk mendapatkan pengalaman di tempat yang menakjubkan ini, ia mengambil kira-kira 4 jam memandu dari Singapura dan ada juga pilihan untuk terbang ke KLIA dan menaiki teksi atau Grab/Uber ke muzium ini.
Pantai Tanjung Tuan adalah tempat tersemadinya rahsia terbaik Port Dickson oleh kerana statusnya sebagai sebuah taman yang dilindungi, pantai di sepanjang tanjung ini begitu bersih dengan pasir putih dan air jernih. Di samping itu, terdapat hutan berdekatan yang merupakan rizab alam semula jadi dan menjadi habitat untuk pelbagai spesis flora dan fauna yang berlimpahan. Pengunjung perlu melalui hutan dan meredahi lereng-lereng bukit untuk tiba ke pantai-pantai terpencil ini. Setiap daripada tarikan yang ada mempunyai daya tarikan tersendiri yang akan membuatkan pengunjung terpesona dan merasa berbaloi melalui perjalanan sedemikian untuk sampai ke kawasan pantai itu.
Satu lagi tempat menarik untuk bersiar-siar apabila pengunjung berada di Port Dickson adalah Rumah Api Cape Rachado yang terletak di Tanjung Tuan. Rumah api ini mendapat namanya dari tanjung tersebut, iaitu yang berasal dari perkataan Portugis yang bermaksud 'tanjung yang patah'. Rumah api ini dibina sebagai menara kawalan untuk mengawasi Selat Melaka oleh penjajah Portugis pada tahun 1528. Hari ini, rumah api tersebut masih berdiri dengan beberapa modifikasi moden supaya pengunjung dapat melihat burung-burung yang berterbangan, di samping menikmati pemandangan laut yang menakjubkan dari bahagian atas rumah api.
Hotel Seri Malaysia Port Dickson terletak di lokasi strategik menghadap Selat Melaka. Dengan kemudahan lebuh raya yang baru dibina, proses pemanduan anda ke lokasi ini pastinya begitu selesa. Pekan kecil ini pernah menjadi terkenal dengan pengeluaran arang. Kini, ia telah dibangunkan menjadi destinasi tumpuan pelancongan dengan keunikan pantainya yang panjang.
Guest Hotel & Spa adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang moden. Terletak kira-kira 6.0 km dari pusat bandar, lokasi strategik hotel ini memastikan tetamu boleh ke mana-mana kawasan tarikan dengan cepat dan mudah. Ia terletak di sepanjang pantai Port Dickson yang terletak di Bandar Dataran Segar, iaitu sebuah bandar hiburan. Ia mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, hotel ini terletak kira-kira sejam dari Kuala Lumpur dan hanya 30 minit tempoh pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Lexis Port Dickson adalah sebuah resort yang menawan yang direka dengan sentuhan Bali tropika yang menggabungkan keanggunan dan keselesaan buat tetamu. Terletak di persekitaran yang selesa, semua bilik tamu dilengkapi dengan balkoni dan hiasan dalaman yang diilhamkan dari Bali. Bilik mandi berkonsep terbuka dengan panel kaca telus untuk melihat pemandangan air laut.
Glory Beach Resort terletak di Port Dickson, Malaysia. Resort ini berjarak kurang dari 10 minit dari pekan Port Dickson. Semua pangsapuri dibina dengan ruang tamu dan ruang makan yang dilengkapi dengan semua kemudahan untuk penginapan yang selesa.