1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8946 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (474 Hotel)
    >
  4. Miri
    (88 Hotel)
    >
  5. Bario

Hotel berhampiran Bakalalan Airport (BKM)

Bario, Miri · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lapangan Terbang Bakalalan adalah lapangan terbang atau sering dirujuk ke pelabuhan STOL di Bakalalan, sebuah bandar di negeri Sarawak di Malaysia. Ladang Apple telah dibangunkan di Bakalalan sejak tahun 1990 di mana Apple Fiesta pertama di Malaysia diadakan. Iklim gunung yang sejuk membuat Bakalalan terkenal dalam menghasilkan buah buah yang sederhana. Semak pilihan hotel terbaik kami untuk melengkapkan lawatan anda di sini.

Facts about hotel in Bakalalan Airport (BKM)

Popular Area
Bandar Miri
Popular Landmark
Marudi Airport (MUR), Miri Airport (MYY)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bakalalan Airport (BKM)

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Bakalalan Airport (BKM) dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bakalalan Airport (BKM) akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Soalan lazim tentang Bakalalan Airport (BKM)

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Bakalalan Airport (BKM)?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Bakalalan Airport (BKM)

Tentang

Lapangan Terbang Bakalalan (IATA: BKM, ICAO: WBGQ) adalah sebuah lapangan terbang atau biasanya dirujuk sebagai STOLport di Bakalalan, sebuah bandar di negeri Sarawak di Malaysia. STOLport adalah sebuah lapangan terbang yang direka khas untuk STOL (Short Take Off and Landing) kebiasanya untuk pesawat dengan berat dan saiz yang tertentu. Bakalalan STOLport menghubungkan kawasan luar bandar di Bakalalan di Sarawak. MASwings dibawah syarikat Malaysia Airlines (MAS) beroperasi di STOLport tersebut dan menawarkan penerbang ke dan dari Lawas STOLport dengan kekerapan tiga kali seminggu. Lapangan Terbang Bakalalan mempunyai penerbangan ke Bario dan ke Lawas dengan menggunakan pesawat DHT dengan 19 tempat duduk.

Jika keadaan hujan lebat atau awan yang tebal, penerbangan mungkin akan dibatalkan. Anda perlu menimbang berat semua bagasi anda sebelum menaiki ke dalam pesawat. Untuk ke Bakalan melalui jalan darat akan melalui 125 km kawasan bekas pembalakan dari Lawas dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tetapi keadaan jalan raya boleh menjadi sangat buruk pada musim hujan dan perjalanan akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam. Bakalalan yang strategik terletak kira-kira 152 km dari bandar Lawas dan kira-kira 4 km dari sempadan dengan Kalimantan, Indonesia, memberikan akses mudah untuk lawatan ke Taman Negara Kayan Mentarang di Krayan, Kalimantan. Industri pelancongan telah meningkat sejak kebelakangan ini: apa yang menarik, Bakalalan kini mempunyai 9 lubang padang golf semula jadi. Warisan semula jadi mereka yang kaya adalah satu khazanah yang tidak ternilai kepada 1,200 penduduk yang sedia ada dan 8,000 pendatang lain, dan juga pengunjung asing.

Pertanian buah epal telah dibangunkan di Bakalalan sejak tahun 1990. Malah, bandar tersebut adalah yang pertama di Malaysia untuk mempromosikan buah-buahan tersebut dengan berjaya pada skala komersial. Fiesta Epal yang pertama di Malaysia telah diadakan di Bakalalan pada 29-31 Mac 2007. Fiesta ini berlangsung sekitar Apple Lodge di Kampung Buduk Nur telah menjadi satu acara tahunan dan menjadi tarikan pelancongan. Iklim gunung yang sejuk membuatkan Bakalalan terkenal dalam penghasilkan jenama buah-buahan beriklim sederhana seperti epal, oren dan vanila, bijirin dan garam gunung - yang dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa. Nama Bakalalan, yang berasal dari Sungai Kelalan yang menghubungkan kawasan sawah padi di dua buah daripada sembilan buah kampung yang membentuk Bakalalan - Buduk Bui dan Long Langai. Ba pula membawa ​​makna tanah lembap dalam dialek Lun Bawang. Kampung yang lain adalah seperti Buduk Nur, Buduk Aru, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Long Rangat dan Pa Tawing.

Cara Untuk Ke Destinasi

Bakalalan terletak dengan strategik kira-kira 152 km dari bandar Lawas dan kira-kira 4 km dari sempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Jika anda ke Bakalalan melalui lapangan terbang Bakalalan, anda boleh menghubungi pihak homestay atau lodge terlebih dahulu untuk mengaturkan pengankutan dari lapangan terbang. Tiada pengangkutan awam boleh didapati di Bakalalan. Anda mungkin boleh mendapatkan kenderaan sewa, seperti kenderaan pacuan 4 roda untuk perjalanan di Bakalalan.

Hotel

Apple Lodge Bakalalan

Apple lodge terletak hanya di seberang Lapangan Terbang Bakelalan, secara ammnya hanya bersebelahan dengan landasan lapangan terbang tersebut! Apple Lodge ini terletak di Kampung Buduk Nur di Bakalalan. Penginapan anda di Apple Lodge pasti akan memberikan anda suatu pengalaman yang hebat. Nikmati keindahan alam semulajadi di pulau Borneo dengan penginapan ini. Mengalu-alukan kedatangan anda ke rumah persinggahan ini ialah sebuah kolam ikan yang indah dikelilingi oleh taman bunga. Di kaunter resepsi, anda akan terpukau dengan lobi yang dihiasi dengan kraftangan tradisional dan imej gunung dan kampung-kampung yang indah. Kakitangan lodge begitu ramah dan mesra untuk menyediakan segala keperluan anda semasa menginap di sini. Rumah persinggahan ini biasanya penuh ditempah semasa Apple Fiesta, jadi jika anda merancang untuk menyertai pesta itu atau melawat Bakalalan, pastikan anda melakukan tempahan beberapa bulan lebih awal.

Juliasang Homestay

Juliasang Homestay adalah sebuah penginapan yang menarik dan menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua. Bangunan homestay ini terletak bersebelahan kawasan padang di tengah-tengah Kampung Buduk Nur. Bangunan homestay 2 tingkat ini terletak hanya 300 m daripada Lapangan Terbang Bakalalan. Homestay ini menawarkan 6 bilik termasuk dengan 3 kali sajian makanan. Setiap bilik boleh memuatkan 5 orang. Homestay ini terletak di kawasan yang strategik, di seberang tele-centre kira-kira 15 minit berjalan kaki daripada ladang epal dan kawasan tarikan pelancong yang lain.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka