1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8928 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (474 Hotel)
    >
  4. Miri
    (88 Hotel)
    >
  5. Bario

Hotel berhampiran Bario Airport (BBN)

Miri, Malaysia · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lapangan Terbang Bario adalah lapangan terbang di negeri Sarawak di Malaysia dan pintu masuk ke Bario Highland yang terkenal. Kunjungi Prayer Mountain untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan di Bario atau lawati Batu Ritun, sebuah batu Megalith yang didirikan sebagai peringatan seorang pahlawan dan aristokrat tempatan yang terkenal di Ritung. Semak pilihan hotel terbaik kami untuk melengkapkan lawatan anda di sini.

Facts about hotel in Bario Airport (BBN)

Popular Area
Bandar Miri
Popular Landmark
Marudi Airport (MUR), Miri Airport (MYY)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bario Airport (BBN)

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Bario Airport (BBN) dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bario Airport (BBN) akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Soalan lazim tentang Bario Airport (BBN)

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Bario Airport (BBN)?

Jika anda berada di Bario Airport (BBN), anda juga boleh melawati Ba'Kelalan

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Bario Airport (BBN)?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Bario Airport (BBN)

Tentang

Lapangan Terbang Bario adalah sebuah lapangan terbang terletak di dalam negeri Sarawak di Malaysia dan merupakan pintu masuk ke Tanah Tinggi Bario yang masyhur. Lapangan Terbang STOL Bario dikendalikan oleh pengurusan Lapangan Terbang Miri dan menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada kawasan terpencil di daerah Bario. STOL adalah singkatan kepada ‘short take-off and landing’ ataupun ‘perlepasan dan pendaratan singkat’. Lapangan Terbang Bario berkhidmat untuk Penerbangan Malaysia dan rangkaian MAS Wings mengendalikan penerbangan mingguan dari Miri dan Marudi.


Bario yang bermaksud ‘Angin’ dalam bahasa Kelabit dan sebutannya yang betul adalah ‘Bariyu’. Setibanya di Lapanagan Terbang Bario, pengunjung sedang berpijak pada altitud setinggi 3500 kaki melebihi paras laut di bahagian sisi utara-timur negeri Sarawak. Tanah ini merupakan Tanah Tinggi Bario yang masyhur, jajahan kaum Kelabit, salah satu daripada puak minoriti Orang Ulu Sarawak. Cuaca sepanjang tahun adalah dingin menyamankan bersesuaian dengan sifat namanya ‘Angin’.


Bario turut dikenali sebagai ‘Tanah Seratus Salaman Tangan’ memandangkan keramahan penduduknya menyapa tetamu sepanjang anda menjelajah ke segenap komuniti ini. Terdapat kira-kira tiga belas buah perkampungan di sekitar Bario dan Kampung Bario Asal merupakan perkampungan yang pertama. Inilah perkampungan rumah panjang yang harus dikunjungi di mana pengunjung dapat menyaksikan dapur uniknya yang berasal daripada kayu balak kuno.Bario Asal bermula dengan hanya 7 buah keluarga. Sejak dari itu, ianya telah mula berkembang dan bergerak seiring dengan perubahan peradaban.


Bario turut menghasilkan makan organic yang unggul seperti nanas dan beras Bario. Beras Bario datangnya dari penanaman dataran padi di lereng-lereng bukit. Salah satu acara tahunan yang dijalankan ialah Pesta Makanan Bario yang turut dikenali sebagai ‘Pesta Nukenen’ yang dianjurkan pada bulan Julai, setiap tahun.


Tarikan Pelancongan

Gunung Doa

Pengembaraan pendakian menunggu pengunjung dengan dua laluan berbeza. Laluan pendakian gunung yang mencabar iaitu Gunung Doa ataupun laluan pendakian Bukit Panorama yang lebih mudah.Kedua-dua pilihan ini tetap menawarkan pemandangan indah dan mengkagumkan kawasan sekitar Bario. Gunung Doa dinamakan demikian kerana pada setiap tahun, penduduk tempatan akan menyediakan korban Krismas di puncak gunung ini.


Jejak Hutan Ba’kelalan

Pengalaman alam yang mentah disediakan untuk pengunjung kental yang berkeinginan menyahut cabaran sebenar dengan mengikuti sekurang-kurangnya perjalanan seminggu penerokaan hutan Bario-Ba’kelalan. Penerokaan mencabar dengan keindahan alam semulajadi yang tidak terduga semestinya menjanjikan sesuatu yang berbaloi.


Batu Ritung

Batu Ritung merupakan satu lagi struktur menarik untuk dilihat di Bario. Ianya merupakan susunan batu Megalith yang didirikan sempena memperingati seorang bangsawan dan pahlawan tempatan yang bernama Ritung.

Di Ulung Palang, berdekatan pasar Bario, terdapat sebuah Galeri Seni Jungle Blues Dream. Galeri ini dikendalikan oleh seorang karyawan tempatan bernama Stephen Baya, mempamerkan hasil seni mahakaryanya yang terdiri daripada kombinasi motif etnik digabungkan dengan gaya kontemporari. Stephen turut menyediakan perkhidmatan rumah tumpangan di tempat yang sama. Pada tahun 2013, sebahagian daripada karya seninya telah dipamerkan di pameran seni Universiti Cambridge dengan tajuk ‘Home is where the hearth is.’ Karya seni hebatnya yang lain termasuklah illustrasi untuk buku bertajuk ‘Tuked Rini, Cosmic Traveller: Life and Legend in the Heart of Borneo.’ Tuked Rini adalah merupakan salah seorang pahlawan Kelabit legenda.


Hotel

Rumah Panjang Labang

Pencarian tempat untuk bermalam di Bario adalah agak mencabar. Walau bagaimanapun, sekiranya anda teruja untuk merasai pengalaman bermalam di rumah panjang, maka anda patut membuat tempahan di Penginapan Rumah Panjang Labang. Anda berpeluang mengikuti sendiri kegiatan seharian komuniti dengan suasana persekitaran rumah panjang sebenar. Mulakan sebuah perbualan dengan penduduk tempatan dan cubalah merasai masakan tradisional resepi turun-temurun mereka. Anda juga bakal mengalami kejutan dalam mempelajari langkah-langkah tarian yang mudah serta pengalaman mencuba alat sumpitan yang digunakan mereka sewaktu berburu di dalam hutan. Rumah Tumpangan Batu Ritung juga adalah sebuah lagi kemudahan penginapan yang menarik terletak di Batu Ritung, Bario. Tempat yang serba ringkas dan praktikal didatangkan dengan kemudahan yang berpatutan.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka