Total Accommodation | 2 Properties |
Popular Area | Kapit |
Popular Landmark | Belaga Airport (BLG) |
Buat masa ini, terdapat sekitar 2 hotel yang boleh anda tempah di Belaga Airport (BLG)
Lapangan Terbang Belaga adalah sebuah lapangan terbang di Belaga, sebuah bandar di negeri Sarawak di Malaysia. Belaga Stolport berkhidmat di bandar kecil Belaga di Sarawak. Ia adalah Short Take-Off and Landing (STOL) yang dibina untuk menampung keperluan penumpang dan pelancong di kawasan pedalaman. Belaga adalah ibu kota Daerah Belaga di Bahagian Kapit, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di kawasan hulu Sungai Rajang, 120 kilometer ke timur laut Kapit dan kurang daripada 100 kilometer dari pantai Laut China Selatan berhampiran Bintulu. Penduduk daerah Belaga ini telah mencatatkan jumlah penduduk pada tahun 2010 adalah 37,102 orang.
Belaga telah dibuka pada awal 1900-an apabila beberapa peniaga Cina menubuhkan kedai-kedai dan memulakan perdagangan dengan masyarakat Orang Ulu yang membekalkan keperluan seperti minyak tanah, garam dan barangan perkilangan. Ia juga merupakan pusat utama untuk perniagaan pembalakan di mana operasi pembalakan skala besar adalah berhampiran dengan sempadan Kalimantan. Kampung kecil Belaga mempunyai sebilangan besar kereta mahal dan kereta 4WD untuk memandu di sekitar bandar Belaga dan tarikan utama di sini adalah lawatan rumah panjang yang menunjukkan budaya suku tradisional di sini.
Belaga adalah salah satu tempat terbaik untuk melihat rumah-rumah panjang yang menunjukkan reka bentuk dalaman terperinci serta pakaian tradisional, tarian, makanan seperti pakis hutan dan babi hutan, kaedah pembuatan dan ladang beras tempatan. Rakyat suku di sini suka untuk memberi hadiah kepada pengunjung sebagai tanda penghargaan kepada kedatangan mereka. Mereka juga menjual beberapa kraf buatan tangan dan aksesori seperti rantai leher dan anting-anting mereka.
Pada 23-27 Julai setiap tahun, terdapat perayaan tradisional yang disertai olehsemua suku-suku orang asli dan penduduk rumah panjang dalam acara selama seminggu .Terdapat permainan dan cabaran regatta antara rumah panjang sepanjang minggu ini. Banyak penonton boleh menonton permainan dan pelawat juga boleh menyertai bersama-sama dengan mereka untuk mengambil pengalaman dalam permainan budaya tradisional.
Hotel ini terletak di bandar Belaga dan beberapa minit dari lapangan terbang Belaga. Hotel yang berpatutan ini menawarkan 22 bilik dengan penghawa dingin, mandian panas dan sejuk dan air botol percuma. Selain itu, terdapat perkhidmatan seperti dobi, perkhidmatan bilik 24 jam dan 24 jam keselamatan disediakan. Hotel ini juga menyediakan akses Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan percuma.
Rumah panjang homestay yang berkonsepkan Kayan ini telah direka dengan reka bentuk konsep budaya suku kaum Sarawak. Tempat ini terdiri daripada 10 bilik-bilik peribadi termasuk perkhidmatan bilik dan tempat letak kereta percuma untuk pengunjung. Tempat ini mempunyai akses mudah ke restoran dan hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Belaga. Kemudahan yang disediakan untuk tetamu adalah sarapan pagi, perkhidmatan dobi, bas ulang-alik yang percuma dan perkhidmatan bilik. Harga bagi setiap malam adalah pada RM30 ke RM35.