Jijik & ngeri! Pada mulanya, sebelum menempah bilik ini, saya menghubungi pihak hotel untuk bertanya “availability” bilik walaupun dalam sistem app, bilik adalah tersedia. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, saya tetap dapatkan kepastian daripada pihak hotel. Namun jawaban daripada staff hotel tersebut mengecewakan kerana saya tidak jelas dengan penjelasan yang diberikan. Disebabkan jam menghampiri 1 pagi, saya tiada pilihan melainkan menempah terus dan yakin dengan sistem app. Sampai je di hotel. Saya terus check in. Saya agak terkilan pada awalnya kerana dimaklumkan oleh staff hotel berkenaan bahawa bilik yang saya tempah tiada melainkan bilik lebih kecil. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya memilih bilik berkenaan (kerana saya bersama 2 orang anak & seorang isteri, mana muat bilik kecil). Akhirnya staff berkenaan bagi juga kunci bilik seperti tempahan saya di app iaitu satu katil single dan 1 katil queen. Masalahnya, bilik berkenaan mengalami kerosakan pada tombol (kunci) kerana saya dimaklumkan oleh staff berkenaan, bilik berkenaan baru sahaja dipecahkan oleh pihak berkuasa agama kerana ada pasangan buat “projek” dalam bilik berkenaan. Mengerikan! Saya reda kerana dah lewat malam. Anak-anak semua dah penat dan mengantuk. Cukup dapat tidur pun dah ok. Masuk je bilik, isteri saya buka pintu tandas dan keluar bau yang tidak menyenangkan. Rupanya ada setompok tahi kucing dalam tandas tersebut. Saya terus memanggil staff berkenaan untuk membersihkan tahi tersebut. Menjijikkan! Akhirnya, saya cuba bertanya sekiranya saya boleh tukar bilik yang lebih baik dan perlukah saya membayar bayaran tambah. Staff tersebut memaklumkan bahawa saya boleh tukar bilik dengan “bayaran senyap-senyap”. Ini bermakna, bermula saya menghubungi beliau daripada awal saya hendak menempah hotel berkenaan, beliau sebenarnya cuba memanipulasikan keadaan dan “memujuk” saya secara halus untuk membuat “bayaran tambahan senyap-senyap” kepada beliau. Menggerunkan! Saya berkeras untuk tidak membayar sesen pun duit tambahan dengan keadaan yang amat teruk tersebut. Akhirnya, saya dan keluarga tetap bermalan disitu dan keluar pagi-pagi lagi untuk ke tempat lain. Saya rasa, selama saya menempah dan bermalam di mana-mana tempat penginapan spt hotel, inilah pengalaman yang paling buruk buat saya dan keluarga. Saya harap pihak hotel mengambil serius keadaan ini dan saya mohon pihak berwajib dan pihak berkuasa juga memantau hal ini. Kita adalah sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah negara maju serta pelancongan merupakan salah satu sumbangan besar terhadap ekonomi negara. Sekian!