Mengimbau kembali ke masa lalu, terdapat begitu banyak sejarah yang menarik di bandar Ipoh yang unik ini. Concubine Lane ialah lorong kecil yang terletak di Jalan Bandar Timah (Leech Street) di Ipoh. Panglima Lane atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Concubine Lane, pada mulanya merupakan sebiah loromg yang sempit dan tidak sekata di Bandar Lama Ipoh. Ia dipercayai telah ditemui pada tahun 1908. Lorong ini adalah di mana perempuan-perempuan simpanan hartawan Cina kaya dan pegawai British tinggal. Berjalan melalui lorong ini, ia adalah sangat mudah untuk tertarik dengan kincir-kincir angin yang berwarna-warni, papan tanda yang unik dan pelbagai gerai yang menjual gula-gula kapas, bebola ais, pokok kaktus yang comel dan banyak lagi. Seni bina bangunan di sekitar ini sangat berbaloi untuk diperhatikan dengan suasana desa dan vintaj. Concubine Lane paling meriah terutamanya pada hujung minggu di mana ramai pengunjung datang untuk bersiar-siar sambil mengambil gambar dan menikmati pelbagai masakan lazat di banyak kafe- kafe hipster di sini. Jika anda mempunyai minat terhadap barangan antik, tempat ini merupakan menjadi syurga buat anda.
Sebagai saudara kepada taman tema Sunway Laggon yang terkenal, Lost World of Tambun adalah sebuah taman tema air dan hiburan yang diuruskan dengan teliti yang terletak di persekitaran yang menakjubkan di pinggir bandar Ipoh. Terletak di lokasi yang strategik, taman ini dibina di kaki bukit batu kapur yang curam yang merupakan ciri unik bandar ini. Dikelilingi dengan kehijauan yang subur, pengunjung selalunya lupa bahawa taman ini terletak hanya beberapa minit dari bandar Ipoh yang sibuk. Terdiri daripada taman hiburan, taman air, lembah harimau, lembah timah dan zoo, Lost World of Tambun merupakan tempat yang ideal bagi setiap ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan.
Tempat ini terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai "Tong Perak" atau "Pek Lik Tong" dalam bahasa Kantonis. Terletak di sepanjang Jalan Kuala Kangsar di Ipoh, kuil ini adalah salah satu kuil gua batu kapur yang paling popular di bandar Ipoh. Ditemui oleh sepasang suami isteri yang berasal dari negara China, kuil ini telah menjadi salah satu kuil gua yang terbaik di Malaysia selepas lebih 50 tahun pembangunan penuh perhatian dan ketelitian. Hari ini, kuil ini diuruskan oleh waris kepada suami isteris itu dan telah menawan pelancong bukan sahaja dengan patung Buddha setinggi 40 kaki yang berada dalam keadaan duduk, tetapi juga lukisan seni dewa, pahlawan dan pari-pari, serta mural dinding yang berwarna-warni di bahagian dalam gua.
Nama tempat diambil sebagai satu penghormatan kepada sejarah Ipoh. Dalam Bahasa Malaysia, Sarang mambawa bermaksud tempat untuk berehat, manakala Ipoh lebih mesra dipanggil sebagai" Paloh ", satu simbolik kepada empangan yang telah dibina di sepanjang Sungai Kinta untuk tujuan memancing pada zaman dahulu. Dalam pembinaan tempat unik ini, terdapat sentuhan mewah dan klasik. Lantai kayu dan siling tinggi yang indah memberikan suasana yang menakjubkan untuk hotel yang selesa ini. Dengan pelbagai jenis bilik untuk dipilih, terdapat juga kemudahan asas standard yang disediakan di setiap bilik bagi memberikan perkhidmatan yang mesra dan selesa serta akan membuatkan anda berasa seperti di rumah.
Dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2015, pembinaan hotel merupakan suatu penambahan baru di bandar Ipoh dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh tetamu tempatan dan antarabangsa. Terletak berdekatan dengan banyak daya tarikan tempatan seperti Han Chin Pet Soo (0.28 km), Concubine Lane (0.29 km), Ipoh Mural (0.39 km), Hospital Raja Permaisuri Bainon (1.47 km) dan banyak lagi tempat lain, hotel ini merupakan pilihan penginapan terbaik untuk anda berehat seketika dari kesibukan di bandar Ipoh. Bilik standard di sini cukup untuk menjamin keselesaan tetamu dengan kemudahan-kemudahan penting manakala bilik superior pula dihias dengan perabot mewah yang akan membuat penginapan anda suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.