Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8380 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (438 Hotel)
    >
  4. Kuching
    (231 Hotel)
    >
  5. Damai / Santubong
    (6 Hotel)

Hotel berhampiran Damai Beach

Kuching, Malaysia ยท 6 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 04 Jun 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk
Pantai Damai dikelilingi oleh hutan hujan tropika dengan Gunung Santubong di belakangnya. Terokai hutan untuk melihat pelbagai hidupan liar atau anda juga boleh mendaki gunung dengan kadar masa 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Selam skuba berhampiran Pantai Damai untuk melihat kehidupan marin dengan jelas di hadapan mata anda. Semak pilihan hotel terbaik kami untuk melengkapkan lawatan anda di sini.

Hotel popular berhampiran Damai Beach

EXTERIOR_BUILDING Cove 55

Cove 55

Resort
Damai / Santubong, Kuching
Sangat Hebat
9.1
(24 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Damai Beach Resort

Damai Beach Resort

Hotel
Damai / Santubong, Kuching
Mengagumkan
8.5
(838 Reviews)
Lihat Harga
เธ เธฒเธžเธซเธฅเธฑเธ Permai Rainforest Resort

Permai Rainforest Resort

Perkhemahan
Damai / Santubong, Kuching
Apabila anda menginap di Permai Rainforest Resort di Kuching, anda akan berada di tepi lautan, tidak jauh dari Rock Carvings dan Teluk Penyuk. Ran pantai ini berada 1.5 km dari Pantai Damai dan 1.8 km dari Teluk Bandung.
Menyenangkan
7.9
(11 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Village House

The Village House

Resort
Damai / Santubong, Kuching
Menyenangkan
7.8
(34 Reviews)
Lihat Harga
LOBBY OYO Home 90287 Rb Homestay & Farms

OYO Home 90287 Rb Homestay & Farms

Apartmen
Damai / Santubong, Kuching
Lihat Harga
LOBBY OYO Home 90203 Emma Sukma Homestay

OYO Home 90203 Emma Sukma Homestay

Apartmen
Petra Jaya, Kuching City Center
Lihat Harga
SWIMMING_POOL The Culvert

The Culvert

Resort
Damai / Santubong, Kuching
Mengagumkan
8.3
(114 Reviews)
Lihat Harga
LOBBY BUDGET UMI HOMESTAY KUCHING 1

BUDGET UMI HOMESTAY KUCHING 1

Rumah
Petra Jaya, Kuching City Center
Lihat Harga
LOBBY BUDGET UMI HOMESTAY KUCHING 2

BUDGET UMI HOMESTAY KUCHING 2

Rumah
Petra Jaya, Kuching City Center
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Muezza Homestay Kuching

Muezza Homestay Kuching

Rumah
Petra Jaya, Kuching City Center
Lihat Harga
LOBBY Mutiara Kuching Guesthouse

Mutiara Kuching Guesthouse

Rumah
Petra Jaya, Kuching City Center
Lihat Harga
See all 6 Hotels in Damai Beach

Facts about Damai Beach

Total Accommodation
6 Properties
Popular Area
Samarahan, Lundu
Popular Hotel
Cove 55, Damai Beach Resort
Popular Landmark
Kuching Waterfront , Sarawak Cultural Village

Ulasan Tetamu dari Hotel di Damai Beach

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Damai Beach dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Damai Beach akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Muhammad A. A. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
1 Nov 2021
keadaan bangunan penginapan hilltop sangat menyeramkan..kayu2 rumput2 tidak dibersihkan..
Aishs
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
3 May 2023
Bilik dalam batu, kawasan berbukit, malam lampu lawa, nak syi oke. Bagus. Tempat tenang jiwa. Bawa baju mandi, kolam ada dua, banyak. Cantik tengok matahari, kolam best.
Niko J.
Ini adalah profil peribadi.
9.4
/ 10
7 Jan 2023
Tempat yang bagus untuk menikmati perjalanan singkat. Orangnya juga sangat membantu dan mesra. Bersih, selesa dan sukakan suasana di sana.

Soalan lazim tentang Damai Beach

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Damai Beach ?

Buat masa ini, terdapat sekitar 6 hotel yang boleh anda tempah di Damai Beach

Tentang

Pantai Damai merupakan sebuah gerbang untuk menerokai banyak pengalaman baharu. Terletak di sepanjang pantai berpasir Teluk Bandung, Santubong, pantai terletak 50 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pantai Damai hanyalah berhadapan dengan Damai Central yang terletak bertentangan dengan Kampung Budaya Sarawak.

Untuk ke Pantai Damai dari Kuching, ambil bas dengan papan tanda K15. Bas ini menuju ke Damai melalui Santubong. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh mendapatkan van mini yang menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari pasar Kuching ke Damai. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bas awam adalah jauh lebih dipercayai, berpatutan dan mudah.

Tarikan Pelancongan

Menerokai Hutan Belantara

Satu cara yang baik untuk menikmati keindahan hutan asli serta meneroka apa yang tawarkan oleh alam sekitar. Berpusat di lereng Gunung Santubong, banyak tarikan semula jadi yang hebat termasuk hutan bakau, sungai yang berhampiran perairan pantai dan dataran berlumpur. Habitat-habitat ini adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar termasuk ikan lumba-lumba Irrawaddy yang jarang ditemui di tempat lain, yang mendiami sungai, muara sungai dan kawasan pantai cetek di sini. Terletak kira-kira 30 minit dari Kuching, Gunung Santubong adalah salah satu laman tempat yang terbaik di Sarawak untuk anda menyaksikan pelbagai hidupan liar di persekitaran semula jadi.

Mendaki Gunung Santubong

Terletak di Semenanjung Damai, Gunung Santubong adalah sebuah "banjaran tunggal" yang pendek serta terbentuk daripada muka bumi yang agak rata di tepi laut. Binaan gunung yang menakjubkan ini telah menarik ramai pendaki dari seluruh dunia. Bergantung kepada tahap kecergasan anda, pendakian biasanya mengambil masa sehingga 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Selepas pendaftaran, anda akan diberi taklimat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang pendakian anda.

Menyelam Skuba

Masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti selam skuba di pantai Damai adalah sekitar bulan April hingga September bagi mendapatkan jarak penglihatan yang terbaik. Tidak seperti mana-mana tempat menyelam yang terkenal di negara ini, anda akan mendapati terdapat bilangan pengendali menyelam yang agak terhad di sini. Walaupun lokasinya yang terpencil, terdapat pelbagai hidupan marin yang menarik untuk ditemui di sini. Oleh sebab Kuching merupakan sasaran utama semasa serangan Jepun selepas Pearl Harbor, anda akan menjumpai beberapa kapal air terdampar di dasar laut. Terdapat bangkai seperti kapal selam, kapal kargo dan kapal perang dari Perang Dunia pada suatu masa dahulu.

Hotel

Damai Beach Resort

Menghadap Laut China Selatan yang sangat indah serta terletak di sepanjang persisiran pantai berpasir bersih Teluk Bandong, terbinanya sebuah tempat penginapan yang cukup ekslusif iaitu Santubong Damai Beach Resort. Resort yang indah ini merupakan syurga dunia yang sebenar dan terletak di tebing cerun gunung legenda Sarawak, Gunung Santubong. Dengan jarak 40 minit pemanduan dari bandar Kuching, resort ini menawarkan 252 buah bilik dan suite yang luas, setiap daripadanya direka khas untuk mencerminkan latar belakang pelbagai etnik di Sarawak. Semua bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik, untuk memberikan keselesaan yang mutlak, sama ada untuk pasangan atau keluarga. Kemudahan khas lain termasuk perkhidmatan agensi pelancongan, sewaan kereta dan servis penghantaran ulang-alik, perkhidmatan dobi serta cucian kering dan perkhidmatan menjaga bayi. Selain itu terdapat juga sebuah padang golf 18- lubang, yang terletak hanya 5 minit dari resort ini.

Damai Puri Resort and Spa

Damai Puri Resort and Spa adalah antara resort premier yang terkenal di Sarawak. Menyediakan 207 buah bilik tamu dan suite, semuanya telah diilhamkan oleh ciri-ciri tropika dengan panas yang subur serta eksotik. Tempat peranginan ini merupakan lambang kemewahan, ketenangan dan keunikan. Ia menawarkan kemudahan yang luar biasa termasuk beberapa restoran dan bar yang ekslusif, dua kolam renang yang menakjubkan, pantai persendirian yang terbentang dengan pasir keemasan, gimnasium, bilik tarian yang hebat dan enam buah bilik mesyuarat yang serba lengkap. Anda juga akan dapat menikmati kepuasan dengan juadah-juadah enak yang dihidangkan di restoran-restoran dan bar di sana. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan, Damai Puri Resort menawarkan pelbagai aktiviti santai dari berbasikal, jogging, bola tampar pantai, merentas hutan dan mendaki gunung.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright ยฉ 2023 Traveloka