Total Accommodation | 45 Properties |
Popular Area | Kundasang, Ranau |
Popular Hotel | Dream World Resort, Nabalu Kundasang |
Popular Landmark | Kinabalu Park, Desa Cattle Dairy Farm |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Dream World Resort, Nabalu Kundasang, Crystal Hill R, D'La Sri Cottage - Asia Camp, OYO Home 90195 Anjung Rehat Jamsari, OYO 89969 Mount Hill Villa Kundasang, Wind Valley Farmstay, OYO Home 90339 Sosodikon Inap Desa, Super OYO 89300 Zen Garden Resort, Kinabalu Pine Resort .
Buat masa ini, terdapat sekitar 45 hotel yang boleh anda tempah di Desa Cattle Dairy Farm
Destinasi ideal untuk seisi keluarga, ladang seluas 199 hektar ini menawarkan salah satu pemandangan yang paling indah dengan pemandangan padang rumput yang menghijau serta menghadap Gunung Kinabalu yang menakjubkan, tidak lupa juga angin sejuk Kundasang yang meniup lembut. Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm ini menghasilkan hampir satu juta liter susu segar setiap tahun. Kebanyakan lembu tenusu di sini adalah baka pengeluar susu tertinggi, iaitu baka Friesians. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba produk tenusu popular mereka seperti susu dalam kotak dan juga ais krim mereka. Untuk sampai ke sini dari Kota Kinabalu, anda boleh memilih untuk menaiki teksi atau bas atau menyewa kereta. Perjalanan sejauh 100km ini biasanya mengambil masa kira-kira 2 jam.
Waktu Operasi
Bayaran Masuk
Warga Negara Malaysia
Untuk maklumat tambahan, hubungi;
Dr.Marcel Gisain,
P.O.Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
+60 88-889 562
+60 88-889 530
Sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara dan merupakan salah satu destinasi yang paling popular dalam 'tempat yang mesti dilawati', walaupun ianya pernah mengalami kerosakan akibat bencana gempa bumi beberapa tahun lalu. Gunung ini sangat terkenal dengan kekayaan botani yang amat banyak dengan spesies biodiversiti biologi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan daripada Himalaya, Australasia dan Indomalayan. Untuk yang gemarkan aktiviti lasak, lawatan ke Sabah lengkap tanpa ekspedisi ke puncak Gunung Kinabalu. Pastikan anda berjaya menakluk gunung ini supaya ia boleh dijadikan sesuatu yang boleh dibanggakan!
Terletak di Laut Celebes di luar pantai timur Sabah, Pulau Sipadan merupakan salah satu habitat laut terkaya di dunia, dengan lebih daripada 3,000 spesies ikan dan beratus-ratus spesis karang telah dikelaskan dalam ekosistem ini. Pengunjung pastinya akan terpesona dengan pelbagai jenis karang lembut, penyu laut, udang kara, barakuda, hidupan laut yang indah dan banyak lagi. Tidak kira sama ada anda datang untuk bersnorkel atau menyelam skuba, kunjungan anda pasti akan menajdi satu pengembaraan yang hebat!
Taman ini merupakan rumah kepada sebilangan besar haiwan di dalam hutan, kebanyakannya terdiri daripada spesies yang sangat terancam. Tiga daripada mamalia terbesar di Sabah, terutamanya gajah pigmi Borneo, Badak Sumatera dan Tembadau (Borneo Wild Cattle), 8 spesies primat, 3 spesis kucing yang berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi dan 42 famili yang mewakili 220 spesies burung boleh juga didapati di rizab ini. Taman ini merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang inginkan pengalaman terbaik alam semula jadi tempatan yang unik.
Pastikan anda melawat Pasar Tamu di mana peniaga tempatan berkumpul untuk menjual hasil tanaman mereka. Hari Tamu bermakna anda peluang untuk bertemu dengan kaum-kaum lain dan memerhatikan perkara-perkara aneh di antara budaya berbeza yang terdapat di negeri ini.
Pengunjung (dari negara asing) yang bercadang untuk memandu di Sabah perlu belajar beberapa perkataan dan frasa yang biasa ditemui di jalan raya kerana bahasa yang paling biasa dituturkan di sini adalah Bahasa Malaysia (BM). Semua tanda-tanda jalan dan urusan pentadbiran rasmi biasanya dijalankan dalam BM.
Walaupun ia merupakan sesuatu kebiasaan bagi pelancong asing, rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia dan negara jiran Sarawak juga tertakluk kepada beberapa kawalan imigresen seperti menunjukkan kad pengenalan dan visa. Lawatan ke negeri ini terhad dalam 90 hari sahaja pada satu-satu masa.