Total Accommodation | 243 Properties |
Popular Area | Ipoh |
Popular Hotel | WEIL Hotel, Belakang KongHeng By DreamScape |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, KPJ Ipoh Specialist Hospital |
Jika anda berada di Hospital Fatimah, anda juga boleh melawati Meru, Tambun, Sungai Siput, Kelebang
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah WEIL Hotel, Belakang KongHeng By DreamScape, The Banjaran Hotsprings Retreat, Best Western Premier The Haven Ipoh, The Haven All Suite Resort, Ipoh, Ipoh Town Horizon Skypool Suites 4-11pax by IWH Suites, Travelodge Ipoh, Tower Regency Hotel & Apartments, Atlantis Pool Villa Ipoh, Impiana Hotel Ipoh.
Buat masa ini, terdapat sekitar 243 hotel yang boleh anda tempah di Hospital Fatimah
Sebuah hospital pakar swasta yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, lokasi Hospital Fatimah sangat strategik kerana berada di pusat perniagaan di Ipoh Garden dengan laluan yang mudah untuk menggunakan pengangkutan awam, ke bank, pejabat pos, kedai-kedai dan kedai-kedai makan popular. Hospital ini diasaskan pada tahun 1974, oleh seorang jemaah agama The Congregation of the Brothers of Mercy. Hospital ini dilengkapi dengan 225 katil yang selesa yang bertujuan untuk memberi "penjagaan holistik" yang melayani pesakit dari sudut yang berbeza daripada keperluan seseorang dengan memberi penjagaan fizikal, rohani, emosi dan psikologi. Dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini, mereka menawarkan perkhidmatan kecemasan 24 jam , perkhidmatan diagnostik paru-paru kardio, kemudahan pengimejan diagnostik dan pusat hemodialisis. Ada juga perkhidmatan anestesiologi, kardiologi, gastroenterologi dan pusat pakar pembedahan am. Walaupun ia dikenali sebagai salah satu hospital swasta yang terkemuka di bandar, kadar yurannya amat berpatutan, bermula dari RM250 kepada RM65 sehari bagi wad mewah ke wad standard. Dalam memeri perkhidmatan yang selesa dan menyenangkan, wad umum dibuka untuk lawatan setiap hari 7 pagi hingga 8 malam.
Hospital Fatimah memenuhi syarat-syarat standard MS ISO 9001: 2008 dan Malaysia Hospital Accreditation Standards oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Hospital ini telah menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya dengan penuh perikemanusiaan sejak penubuhannya.
Lost World of Tambun adalah taman hiburan dan air yang meriah yang terletak di antara pemandangan yang menakjubkan di pinggir bandar Ipoh. Taman ini dikendalikan oleh Kumpulan Sunway yang terkenal. Terletak di lokasi yang cantik, taman ini terletak di kaki bukit batu kapur yang curam. Mudah untuk melupakan bahawa taman ini terletak hanya beberapa minit dari bandar Ipoh yang sibuk kerana ia dikelilingi dengan persekitaran yang selesa dan tenang. Terdiri daripada kawasan air, taman hiburan, harimau, lembah timah dan zoo kecil, Lost World of Tambun adalah tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga menghabiskan masa yang berkualiti dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Jangan lepaskan peluang anda untuk mempunyai masa yang berkualiti dengan yang tersayang di sini!
Chong Sen Yee dan isterinya Choong Chan Yoke yang berasal dari wilayah Jiao-Ling China, telah menemui Tokong Gua Perak yang juga dinamakan "Tong Perak" pada tahun 1926. Pada tahun 80-an, pasangan itu meninggal dunia dan mewariskan kepada anak mereka yang kedua iaitu Chong Yin Chat yang berusaha membangunkan tokong ini dengan lebih baik. Ini telah menjadikan Tong Perak menjadi tarikan yang bertarafkan antarabangsa pada masa kini. Tong Perak bukan sahaja dilawati oleh orang yang beragama Buddha malah menjadi pusat kunjungan dari orang lain juga. Tempat ini dijadikan oleh pengunjung sebagai destinasi untuk berehat dan menikmati persekitaran yang selesa dan tenang.
Menyambut anda dengan suasana yang mesra dan selesa, Hotel Paragon City adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung yang mempunyai urusan kerja dan pelancong. Menawarkan pelbagai jenis bilik yang selesa dan suite yang unik untuk memenuhi kehendak dan bajet pengunjung, kemudahan lengkap termasuk dewan makan, dewan persidangan pelbagai fungsi, pusat kesihatan spa, kecantikan & salun rambut dan juga pasar mini. Juga terdapat servis ulang-alik ke lapangan terbang, pemandu pelancong tempatan dan perkhidmatan faks dan fotokopi disediakan untuk memenuhi keperluan pengunjung. Anda boleh memilih bilik yang pelbagai dengan harga yang berpatutan untuk mempunyai pengalaman penginapan yang menakjubkan di tengah-tengah bandar Ipoh.
Hotel ini melayan pengunjung mereka seperti ahli keluarga sendiri, dengan memberikan layanan yang berkualiti dalam menyediakan perkhidmatan penginapan yang mudah dan selesa. Terletak berdekatan dengan daya-daya tarikan tempatan seperti Hospital Fatimah (0.84 km), Hospital Pantai Ipoh (1.78 km), Hospital Raja Permaisuri Bainon (3.38 km) dan Tokong Perak Cave (3.42 km), hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, lif, WIFI dan meja depan yang beroperasi selama 24 jam. Semua bilik dilengkapi dengan katil yang selesa, tuala dan peralatan mandian, supaya pengunjung dapat menikmati penginapan di sini selepas hari yang sibuk di bandar.