Total Accommodation | 43 Properties |
Popular Area | Ayer Keroh, Batu Berendam |
Popular Hotel | Casa Del Rio Melaka Hotel, Quayside Hotel |
Popular Landmark | A'Famosa, Mahkota Medical Centre |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Casa Del Rio Melaka Hotel, Quayside Hotel, Seri Costa Hotel, Al Huda Hotel, Zahrin Hotel, Casa Blanca Guest House, Lavender Guesthouse - Hostel, SUPER OYO 90521 De Mawardah Inn, Buffalo Soldier Home - Hostel, The One Vacation Home.
Buat masa ini, terdapat sekitar 43 hotel yang boleh anda tempah di Flora de la Mar Maritime Museum
Muzium Maritim atau Flora de Lamar adalah sebuah replika kapal Portugis yang tenggelam di Pantai Melaka ketika dalam perjalanan ke Portugal. Replika tersebut adalah 34 meter tinggi dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium adalah sejarah maritim Melaka dan zaman kegemilangan Kesultanan Melaka sebagai Emporium Timur. Terdapat juga lukisan yang memaparkan bagaimana Selat Melaka merupakan lokasi yang strategik untuk peniaga-peniaga dari kedua-dua Timur dan barat dan yang singgah di Melaka dan menjalankan perniagaan mereka sementara menunggu angin monsun untuk menukar arah. Muzium ini mempunyai pameran artikel seperti porselin, sutera, tekstil dan rempah yang digunakan oleh pelaut zaman silam dan juga khazanah peninggalan kapal karam yang tenggelam. Selain daripada pameran mengenai sejarah Maritim Melaka, muzium ini juga mempamerkan era yang berbeza telah telah dilalui Melaka bermula dari era Kesultanan Melaka ke era Portugis, Belanda dan berakhir dengan era British. Untuk mereka yang minat dengan kapal, terdapat juga koleksi model kapal yang berbeza yang dipamerkan di muzium. Anda akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis kapal dan fungsi mereka dari koleksi tersebut. Anda boleh juga naik ke dek atas kapal untuk melihat diorama kabin kapten. Bayaran masuk ke muzium adalah RM 3 bagi orang dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang.
Pilihan perkhidmatan pengangkutan awam adalah terhad di Melaka. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapati teksi bermeter dengan mudah di kawasan bandar. Di samping itu, Uber kini juga boleh didapati di Melaka. Cara terbaik untuk ke Muzium Maritim Flora de Lamar adalah dengan kereta sewa atau dengan menaiki teksi bermeter. Jika anda sudah berada dalam kawasan bandar, anda boleh menaiki naik beca yang menarik ke muzium.
Semasa anda melawat muzium ini, jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium lain di kawasan itu. Jika anda naik Hill St Paul untuk sampai ke Gereja St Paul, anda akan melalui dua muzium di sepanjang jalan. Muzium tersebut adlah Muzium Senibina dan Muzium Setem. Terdapat juga Muzium Islam Melaka terletak sedikit jauh dengan Muzium Maritim. Jika anda telah selesai memahami semua sejarah Melaka dan makanan yang lazat di Jonker Street, anda boleh menuju ke Dataran Pahlawan untuk membeli-belah. Terdapat banyak kedai-kedai dan juga beberapa restoran yang menyajikan makanan yang enak. di tingkat atas Dataran Pahlawan adalah sebuah kafe bernama Nadeje yang menjual kek lapis yang terbaik di Melaka. Terdapat pelbagai perisa kek dengan harga RM8.50 setiap satu.
Quayside Hotel terletak dengan strategiknya di kawasan bandar Melaka. Sebuah rumah yang telah di ubahsuai kepada Hotel Butik bertaraf 3 bintang. Terletak di tebing Sungai Melaka di tengah-tengah pusat pelancongan Melaka, anda berada dalam jarak berjalan kaki ke semua kawasan tarikan di Melaka. Hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki ke pelbagai tempat tarikan pelancong. restaurant dan kopi bar di hotel bersebelahan dengan bangunan utama, dan menyajikan masakan antarabangsa. Kemudahan lain termasuk bilik mesyuarat dan Pakus Galeri.
Casa del Rio, Melaka terletak di Jalan Kota Laksamana, Melaka, kira-kira 2 minit berjalan kaki ke kawasan Jonkers Walk dan kawasan tarikan dan warisan lain yang popular. Hotel butik ini menawarkan perkhidmatan kelas pertama, dan merupakan tempat penginapan yang menarik untuk memulakan lawatan bersejarah anda di bandar ini. Terdapat 66 bilik tetamu dan suite di hotel, setiap bilik dengan keluasan sekurang-kurangnya 50 meter persegi, dengan ruang persalinan unik, bilik mandi, bilik tidur dan balkoni peribadi serta beberapa sentuhan peribadi yang unik. Bertujuan untuk memberi suasana seakan di rumah, Casa del Rio adalah tempat untuk anda lari dari kesibukan di bandar ini, dengan ruang untuk persendirian bagi anda memanjakan diri ataupun bercuti berma keluarga.