Total Accommodation | 374 Properties |
Popular Area | Tuaran, Kota Belud |
Popular Hotel | Horizon Hotel, ATAP Hotel |
Popular Landmark | Suria Sabah Shopping Mall, Jesselton Point (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park) |
Jika anda berada di Gaya Street Sunday Market, anda juga boleh melawati Tanjung Aru, 1Borneo
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Horizon Hotel, ATAP Hotel, Hotel Gaia 95, Mandarin Hotel, High Street Inn, Wah May Hotel, 1 City Hotel, HOOD - Hostel, V Hotel, Maxim Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 374 hotel yang boleh anda tempah di Gaya Street Sunday Market
Terletak di Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, terdapat sebuah pasar yang terkenal sebagai Pasar Gaya atau ia juga dikenali sebagai Pasar Ahad, yang beroperasi hanya pada setiap hari Ahad, pagi hingga ke tengahari. Oleh itu, sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas semasa pasar ini berlangsung. Pasar ini dibanjiri oleh pelancong luar serta penduduk tempatan. Terdapat pelbagai barang jualan boleh dicari di sini seperti kesenian, kraftangan, makanan, buah-buahan, barangan antik dan banyak lagi. Lain daripada mencari barangan ini, pelancong juga akan dapat melihat budaya orang tempatan Sabah beriadah bersama keluarga pada hari Ahad. Ia menggambarkan keeratan ikatan kekeluargaan masyarakat Sabah. Oleh kerana ia terletak di tengah pusat bandar, pasar ini mudah diakses oleh pelancong dan penduduk tempatan yang menjadikan ia begitu sesak dan meriah.
Pasar Filipina atau juga dikenalai sebagai Pasar Malam terletak di Jalan Tun Fuad Stephen yang kira- kira kurang daripada 500 meter dari Pasar Gaya. Walau bagaimanapun, Pasar Filipina hanya beroperasi pada waktu malam. Oleh itu, ia adalah tempat tarikan terkenal bagi pelancong luar serta masyarakat tempatan apabila pada waktu malam. Dikenali sebagai Pasar Filipina kerana ia dioperasikan oleh kebanyakan pendatang Filipina. Tidak kurang bezanya dari Pasar Gaya, pasar ini turut menjual barang-barang seperti kraftangan, pakaian, makanan, barang kemas dan banyak lagi.
Menara jam ini dipercayai sebagai bangunan tertua dibina di bandar Kota Kinabalu. Ia masih kukuh berdiri walaupun selepas bandar ini diserang semasa Perang Dunia II. Diuruskan oleh Muzium Sabah, menara jam ini dinamakan sempena memperingati Francis George Atkinson yang merupakan Pegawai Daerah pertama Jesselton pada masa pemerintahan British Borneo Utara Pentadbiran Chartered Company. Dibina pada tahun 1905, menara jam ini dikatakan sangat unik kerana ianya dibina menggunakan kayu tanpa sebarang paku.
Terletak di Jalan Pantai, Pusat Bandar, berdiri sebuah hotel 4 bintang yang dinamakan Horizon Hotel. Hotel ini mempunyai 7 jenis bilik di mana jumlah kesemua bilik dan suite adalah 180. Setanding dengan hotel-hotel 4 bintang yang lain, hotel ini juga menyediakan kemudahan asas seperti kolam renang, gimnasium, spa dan juga pengangkutan untuk mengambil dan menghantar para tetamu dari dan ke destinasi yang ingin ditujui. Hotel ini telah mencuba yang terbaik untuk memastikan keselesaan para tetamu dan membuatkan mereka berasa seperti di rumah sendiri. Selain itu, untuk pilihan bilik, tetamu dibenarkan untuk memilih sama ada untuk mempunyai pemandangan laut atau bandar di mana kadarnya bermula dari RM324. Selain terkenal dengan penginapan, hotel ini juga terkenal dengan upacara majlis makan malam syarikat dan juga majlis perkahwinan. Dewannya mengenengahkan reka bentuk dan hiasan moden serta mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 300 orang pada satu masa. Untuk tujuan perniagaan, hotel ini menyediakan bilik yang dilengkapi kemudahan komputer dan projektor LCD untuk memastikan perjalanan perniagaan berjalan lancar.
Terletak di Jalan Pantai, Kota Kinabal, D'Beach Street Lodge terkenal sebagai penginapan selesa 2 bintang. Ia cukup terkenal dalam kalangan 'backpackers' yang merancang untuk percutian bajet di Kota Kinabalu. Rumah persinggahan ini menyediakan para tetamunya keselesaan. Terdapat sejumlah 39 bilik dengan 4 jenis bilik yang berbeza untuk tetamunya pilih. Kadarnya pula bermula daripada RM110 semalam.
Dinamakan sebagai X-Plorer Backpackers, hotel ini bertujuan untuk menarik tetamu 'backpackers' yang bercuti di bandar Kota Kinabalu dengan menawarkan kadar yang paling murah berbanding penginapan-penginapan lain. Terdapat asrama untuk mereka yang selesa untuk berkongsi tempat tidur serta bilik peribadi bagi mereka yang lebih suka bersendiri dengan kadar yang murah. Dalam usaha untuk memastikan bahawa tetamu 'backpackers' mereka kenyang dan bersedia sebelum mereka keluar meneroka bandar besar KK, hotel ini juga menyediakan pakej sarapan bijirin, yang telah pun dimasukkan dalam kadar bilik yang dibayar. Kadar biliknya daripada RM35 setiap kepala setiap malam untuk asrama dan RM72 untuk bilik yang mampu memuatkan 2 orang.