Total Accommodation | 158 Properties |
Popular Area | Gohtong Jaya |
Popular Hotel | Resorts World Genting - Crockfords , Resorts World Genting - Genting Grand |
Popular Landmark | Genting Highlands, Genting Strawberry Leisure Farm |
Jika anda berada di Genting Highlands, anda juga boleh melawati Gohtong Jaya
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Resorts World Genting - Crockfords , Resorts World Genting - Genting Grand, Resorts World Genting - Highlands Hotel, Grand Ion Delemen Hotel, StayGuarantee - Genting Highland, 7Stonez Residences Midhills Genting Highlands, 7Stonez Suites Geo38 Genting Highlands, 基欧度假酒店(GEO Resort & Hotel), GEO RESORT & HOTEL, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.
Buat masa ini, terdapat sekitar 158 hotel yang boleh anda tempah di Genting Highlands
Terletak di Genting Highlands Pahang, Malaysia yang berhampiran sempadan negeri Selangor dan 1740 meter di atas paras laut, ia mengambil masa kira-kira 1 jam (35 km) dari Kuala Lumpur ke Genting Highland dengan kereta. Alternatif lain untuk menuju ke bahagian puncak Genting Highland adalah dengan menaiki kereta kabel yang dikenali sebagai Genting Skyway dengan jarak 3.38 km. Kereta kabel ini adalah salah satu yang paling laju di dunia dan salah satu daripada lif gondola yang terpanjang di Asia Tenggara. Pada hari yang cerah, pemandangan puncak menghadap ke lembah yang hutan hujan yang subur ke arah KL kelihatan sungguh indah dan memukau para pengunjung. Sambil menikmati pemandangan gunung yang menakjubkan, pengunjung dapat juga boleh merasai cuaca dingin yang sangat hebat. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati dengan keluarga anda seperti taman tema Genting Highland yang menyediakan permainan banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. First World Plaza merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang berwarna-warni dengan taman tema tertutup yang cukup meriah di dalamnya. Juga terdapat restoran yang hebat dan kedai-kedai yang terkenal. Selain itu, sejak tahun 1971, Genting Highlands kekal sebagai satu-satunya hab perjudian yang dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia yang juga sangat terkenal dengan gelaran mini Las Vegas di atas puncak gunung. Pada bahagian puncak, terdapat First World Hotel, salah satu hotel yang terbesar di Asia, dengan 6000 buah bilik disediakan untuk kemudahan pengunjung. Hari ini, Genting Highlands merupakan salah satu destinasi pelancongan tanah tinggi yang paling popular di negara ini, telah menarik pengunjung dari Kuala Lumpur, Singapura dan seluruh dunia. Jangan lupa untuk membawa kamera yang berkualiti kerana terdapat banyak objek yang fotogenik yang boleh anda jumpai di sini. Selain sesuai untuk tempat berehat bersama keluarga dan rakan-rakan, Genting Highlands juga merupakan destinasi yang sempurna untuk bulan madu kerana suasana persekitarannya yang indah, dingin dan romantik.
Ladang StrawberiLadang strawberi yang luas ini terletak di Gohtong Jaya. Laluan yang paling mudah adalah dengan mengambil susur keluar dari bulatan yang melalui Hotel Seri Malaysia, jika anda datang dari Karak Highway. Ladang strawberi ini membolehkan anda memetik buah strawberi segar dari kebun dan membayar mengikut berat strawberi yang telah dipetik. Terdapat pelbagai tanaman yang telah ditanam di ladang strawberi ini seperti bunga, tanamam herba tempatan dan Inggeris dan juga sayur-sayuran hidroponik.
Happy Bee farm and Insect WorldBagi mereka yang berminat dengan serangga dan sukakan madu lebah, tempat ini merupakan destinasi yang ideal buat anda! Bukan itu sahaja, ia menyediakan banyak aktiviti menarik untuk pengunjung seperti merasa madu, minuman madu percuma di kafe dan juga galeri sebenar yang terdapat serangga hidup di dalamnya. Terdapat sebuah kedai kraftangan tempatan yang menjual cenderamata dan bingkai gambar dengan hiasan serangga, dan juga hidup kumbang yang boleh dibeli oleh pengunjung sebagai haiwan peliharaan. Sementara itu, bahagian bersebelahan kedai ini pula mempamerkan pelbagai produk madu termasuk balm, sabun dan gula-gula juga untuk dijual.
Taman Mini Cameron HighlandsBagi mereka yang ingin mengunjungi Cameron Highland untuk bercuti tetapi tidak berkesempatan, kerana anda juga perlu mengunjungi ke Genting highland? Jangan bimbang kerana terdapat sebuah taman yang telah dibina betul-betul seperti Cameron highland, yang dikenali sebagai Taman Mini Cameron Highlands. Taman ini mempunyai tanaman strawberi dan sayur-sayuran ladang yang bertaburan di seluruh landskapnya yang landai, dengan hasil segar untuk dijual setiap hari di pasaran yang sama seperti Cameron Highland. Segalanya lebih mudah di sini!
Taman CendawanTerdapat berita baik bagi mereka yang obses dengan cendawan! Ladang cendawan ini menanam dan menjual cendawan dalam gudang shanty. Bukan itu sahaja, terdapat juga mempunyai medan makan yang sangat popular di dalam bangunan utama, yang menjadi hab kepada beberapa buah restoran dengan suasana seperti sebuah kopitiam. Di ladang berhampiran pintu masuk, pengunjung boleh melihat mata air, kolam penyu, dan patung-patung yang berwarna-warni yang menggambarkan makhluk mitos dari cerita rakyat Cina dan Barat.
Resort World Genting-First World HotelFirst World Hotel menghubungkan First World Plaza yang mempunyai taman tema tertutup, pusat membeli-belah dan kedai makanan dengan keluasan 500,000 kaki persegi. Dengan pelbagai pilihan bilik, terdapat keindahan hutan hujan tropika yang subur menyambut setiap tetamu di pintu masuk utama. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang selesa, moden pada harga yang berpatutan, hotel ini berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk tetamu dengan bajet yang terhad. Pilihan sempurna untuk percutian yang singkat, terdapat banyak hiburan yang menyeronokkan menanti anda di sini!