Total Accommodation | 380 Properties |
Popular Area | Batu Ferringhi, Georgetown |
Popular Hotel | Macalister Mansion, Sembilan |
Popular Landmark | Gurney Plaza, Pantai Batu Ferringhi |
Jika anda berada di Island Hospital, anda juga boleh melawati Gelugor, Gurney Drive, Jelutong, Pulau Tikus
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Macalister Mansion, Sembilan, Aurora Court, One Pacific Hotel and Serviced Apartments, Young Men's Christian Association of Penang @ YMCA Penang, Grand Inn Hotel - Macalister Road, Burmahtel Hotel Penang, Scott Suites, G Fortune Guest House @ Victoria Green, KF Guesthouse.
Buat masa ini, terdapat sekitar 380 hotel yang boleh anda tempah di Island Hospital
Terletak dengan strategiknya di Jalan Macallister, George Town, Pulau Pinang, hospital premium dengan 300 katil ini merupakan salah satu daripada pembekal penjagaan kesihatan tinggi utama di Malaysia yang telah berbakti kepada masyarakat selama 20 tahun. Dengan lebih daripada 50 pakar sepenuh masa, mereka terdiri daripada golongan yang sangat berpengalaman dan terkenal dalam bidang-bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga disokong oleh pasukan sokongan yang berdedikasi seperti jururawat dan anggota kesihatan bersekutu. Hospital ini menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan rawatan yang disokong oleh peralatan perubatan yang sangat canggih dan berteknologi tinggi, termasuk 3 Tesla MRI, Fibroscan untuk diagnosis hati, 3D Laparoscopic Surgery, Anti-Gravity Treadmill dan makmal yang serba moden serta Pusat Patologi. Mengendalikan secara purata sebanyak 9000 kes pembedahan setiap tahun, lebih daripada separuh doktor di sini telah dilatih di United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Australia. Dengan lebih daripada 10 bidang kepakaran (tulang, kanser, kanak-kanak dan bayi, penyakit pencernaan, dan lain-lain) dan 6 pusat pemulihan (pusat diebetes, pusat kesuburan, pusat saringan kesihatan dan lain-lain) yang baik, terdapat 300,000 pesakit yang dirawat di sini setiap tahun. Dengan bilik yang serba lengkap dan perkhidmatan yang mesra, Hospital Island adalah tempat yang sempurna untuk menerima rawatan.
Berikut adalah beberapa cadangan cara yang berbeza untuk menuju ke Hospital Island.
Jika penerbangan adalah terus ke Pulau Pinang, tempat mendarat anda merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit jika penerbangan jika dari KLIA atau KLIA 2.
Sebaik sahaja anda berada di lapangan terbang, anda boleh menaiki bas Rapid Penang, UBER atau teksi untuk terus ke Hospital Island.
Untuk sampai ke Hospital Adventis, seseorang perlu terlebih dahulu berada di Pulau Pinang dan satu cara mudah untuk sampai ke Pulau Pinang dengan bas. Dari KL, ia biasanya mengambil masa kira-kira 5 jam bergantung kepada lalu lintas dan dari utara, seperti Sungai Petani, Kedah, ia akan biasanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam. Setelah tiba di terminal bas utama di Komtar, naik bas Rapid Penang yang cekap yang menuju terus ke George Town.
Jika matahari, laut dan pasir yang diperlukan untuk anda lupakan sementara dari prosedur perubatan dan rawatan yang diterima di hospital, kunjungilah salah satu daripada koleksi hotel pinggir pantai yang terdapat di Batu Ferringhi.
Terletak di atas sebidang tanag seluas 30 ekar di sepanjang pantai Batu Ferringhi yang terkenal, hotel 5 bintang, Shangri-La Rasa Sayang Resort ini pasti sesuai untuk mencipta kenangan percutian yang berkekalan. Dengan suasana seperti dari dalam buku tradisional Minagkabau, hotel ini menjadi tuan rumah kepada persembahan muzik Melayu di luar lobi mereka. Dibina pada tahun 1973, ia mempunyai suasana yang eksklusif, menawarkan tetamu dengan hadiah selamat datang yang istimewa seperti minum petang dan koktel dari siang hingga malam.
Hotel Lone Pine merupakan sebuah ikon di hadapan pantai Batu Ferringhi. Ditubuhkan pada tahun 1948, hotel ini merupakan yang tertua di sepanjang jalan Jalan Batu Ferringhi dan mempunyai pengunjung paling ramai kerana ia benar-benar tidak seperti hotel yang lain. Pencinta pantai akan mengagumi pemandangan bulan separa dengan cahaya lembutnya yang menyinari kompleks hotel lalu mengenai pasir putih pantai.
Dengan hiasan arca The Beatles di lobi dan album eksklusif Sex pistols yang ditandatangani yang dipaparkan di koridor, terdapat sedikit keraguan mengenai pengiktirafan empat bintang Hotel Hard Rock Pulau Pinang ini. Dengan suasana ala-ala seperti berada di Las Vegas, tema hotel ini sangat menyegarkan. Semua hiasan di sini akan mengingatkan kita tentang kemasyhuran dan populariti, dari mural gergasi yang berkaitan dengan muzik dan memorabilia bintang rock serta lobi terbuka dengan kombinasi kaunter menyambut tetamu dan bar. Impak tenaga di Hard Rock Cafe yang merupakan tuan rumah untuk persembahan band secara lansung ini pasti akan memukau anda.