Kelantan, Malaysia · 1 hotel yang tersedia
Lot 1211, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia, 15350
Kampung Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan, Malaysia, 16250
PT 3242, Jalan Parit Kubu, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia, 16250
Lot 1556, Kampung Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia, 16060
PT 863, Kampung Bendang Ketom, Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia, 16040
Lot 557, Kawasan Bandar, Lorong Telekom, Kampung Padang To'la, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia, 17300
Jalan Post Office Lama, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
Lot A-01-07, Lot A-01-09 Jalan Pasar Lama, Seksyen 9, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
A-01-05, Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
Lot A-05-01 Blok A, Pelangi Mall, Jalan Pasar Lama, Seksyen 9, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
Pelangi Mall Condo, Banda Kota Bahru, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
A-14-16, Tingkat 14, Blok A, Kondo Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
PT 398,399, Jalan JBT Sultan Yahya, KB Waterfront, Seksyen17, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15050
Lot 1532, Lorong Surau Kota 2, Kampung Kota, Jalan Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15100
Lower Floor, Lot 1532, Lorong Surau Kota 2, Kampung Kota, Jalan Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15100
No. 124, Jalan Che Su , Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
Lot 1531, Lorong Surau Kota 2, Kampung Kota, Jalan Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15100
No. 124, Jalan Che Su , Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
2865-D & E Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15050
Seksyen 7 Hadapan Masjid Muhammadi,Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
Wat Phothivihan adalah sebuah kuil Buddha yang dibina di Daerah Tumpat, Kelantan. Ia terletak kira- kira 15 km barat bandar Kota Bharu. Menempatkan sebuah patung Buddha berbaring, kuil ini telah siap dibina pada tahun 1979 dan terkenal dengan patung Buddha berbaring tersebut. Mempunyai kepanjangan 40 meter, patung ini adalah yang paling panjang seumpamanya di Malaysia. Dengan seni bina yang ringkas, patung Buddha berbaring ini terletak di dalam sebuah kawasan lapang yang dikelilingi oleh mural dan patung-patung lain yang lebih kecil. Di bahagian bawahnya, terdapat satu bilik untuk menyimpan tempayan-tempayan yang mengandungi abu orang-orang yang telah mati.
Terdapat penginapan untuk sami-sami dan para pelawat di kawasan kuil ini. Selain itu, terdapat juga pelbagai patung dan binaan yang menarik . Roda Dharma yang mempunyai makna yang simbolik dan mendalam dalam agama Buddha terletak di hadapan patung Buddha berbaring. Terdapat sebuah Pavilion Cina dan dewan ala-ala Tibet yang menampilkan patung Bodhisattva Avalokitesvara untuk dilihat oleh para pelawat yang berkunjung ke kuil ini.
Dari Kota Bharu, anda boleh memandu sendiri atau menaiki teksi untuk sampai ke kuil ini. Ambil laluan 134 ke Chabang Empat. Pandu kira-kira 10 km. Kemudian belok kiri pada laluan D23 sejauh 5 km lagi. Kuil ini terletak di antara Kampung Ana dan Kampung Berok. Bayaran masuk ke kuil ini adalah percuma. Walau bagaimanapun, pelawat digalakkan untuk menderma untuk mendanai kerja- kerja menyelenggara kuil ini.
Oleh sebab pasar ini dikendalikan oleh majoritinya kaum wanita tempatan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang perniagaan, Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad, yang terkenal dengan kemahiran keusahawanan beliau. Sebuah pasar basah tempatan yang terletak di nadi bandar Kota Bharu, seni bina bangunan ini adalah sangat ringkas dengan 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah adalah di mana semua jenis barangan runcit dijual. Di tingkat pertama, terdapat pelbagai jenis makanan, sama ada makanan kering atau beberapa hidangan terkenal tempatan seperti nasi kerabu, laksa Kelantan dan ayam percik. Tingkat- tingkat atas menjual pelbagai pilihan fabrik batik, songket, kain sembahyang, baju dan banyak lagi.
Bangunan ini adalah struktur batu yang pertama dibina di Kelantan semasa Perang Dunia II dan merupakan ibu pejabat Kempai Tai, polis rahsia Jepun. Terletak di seberang Dataran Merdeka Kota Bharu, muzium perang ini memaparkan foto-foto lama, senapang berkarat dan alatan perang yang lain. Muzium Peang Bank Kerapu ini dibuka dari hari Sabtu hingga Khamis, dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.
Dibina pada tahun 1887, Istana Jahar memberikan peluang untuk pelawat meneroka dalam kehidupan seharian di negeri Kelantan utara. Kompleks muzium ini terdiri daripada bangunan berwarna coklat yang indah dengan hiasan dalaman yang menarik dan mewah yang memaparkan keindahan tenunan batik dan hasil ukiran kayu. Muzium ini terletak dalam zon kebudayaan dan mudah diakses dari Jalan Hilir Kota dan Jalan Sultan. Pelawat berpeluang menghargai keunikan artifak dan kraftangan tradisional yang mencerminkan warisan Kelantan.
Hotel mewah ini menawarkan penginapan yang selesa dan santai dengan kemudahan perniagaan dan percutian hebat di nadi bandar Kota Bharu. Memberikan pemandangan yang menarik di bandar, semua bilik di sini direka dengan hiasan dalaman yang moden serta kehangatan kemasan kayu dan ruang kerja yang luas. Terdapat juga perkhidmatan limosin dan van ulang-alik ke / dari lapangan terbang dan dalam kawasan bandar.
Sebuah hotel dua bintang yang menyediakan tempat penginapan yang berpatutan di pinggir panorama Sungai Kelantan, Ridel Hotel menawarkan bilik-bilik yang selesa serta dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang sangat baik. Ianya terletak berdekatan dengan kawasan membeli-belah, premis perniagaan dan tarikan kebudayaan. Terdapat juga sebuah restoran yang menyajikan hidangan yang lazat dan menawarkan bufet sarapan yang mewah serta menu ala-carte yang bertema dan menggiurkan.