Total Accommodation | 92 Properties |
Popular Area | Bagan Lalang, Dengkil |
Popular Hotel | Sama Sama Hotel KLIA, Movenpick Hotel And Convention Centre Klia |
Popular Landmark | KLIA T1, Sepang International Circuit |
Jika anda berada di KLIA T2, anda juga boleh melawati Hulu Chuchoh, Dengkil, Bagan Lalang
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Sama Sama Hotel KLIA, Movenpick Hotel And Convention Centre Klia, Avani Sepang Goldcoast Resort, Aerotel Kuala Lumpur (Airport Hotel) - Gateway@klia2, Tune Hotel KLIA-KLIA2, Airport Transit Hotel, Holiday Inn Sepang Airport, an IHG Hotel, Nilai Springs Resort Hotel, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Dash Box Hotel Cyberjaya, Dorsett Putrajaya.
Buat masa ini, terdapat sekitar 92 hotel yang boleh anda tempah di KLIA T2
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang terletak di Sepang merupakan lapangan terbang untuk penerbangan tambang murah yang terbesar di dunia. Ia terletak hanya 2 km dari Bangunan Terminal Utama KLIA (MTB) dan mempunyai landasan dan menara kawalan lalu-lintas udara sendiri. KLIA2 dibina bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA (LCCT).
Penerbangan tambang murah yang menggunakan KLIA2 adalah Air Asia, Malindo Air, Philippines Cebu Pacific Air, Singapore Tiger Airways dan Indonesia Lion Air. Selain itu, KLIA2 juga dibina untuk menjadi Hub Penerbangan Malaysia bagi generasi akan datang yang akan menghubungkan penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa dengan penerbangan tambang penuh bagi memenuhi keperluan pembangunan industri pelancongan bajet rendah.
Anda boleh menaiki penerbangan tambang murah dari Filipina, Singapura dan Indonesia untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Lapangan terbang KLIA 2 boleh dihubungi melalui pelbagai lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE). Semua lebuhraya ini akan bertemu di susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara Selatan (ELITE) yang mengubungkan ke Lebuhraya KLIA. Anda akan memandu menggunakan Lebuhraya KLIA untuk ke lapangan terbang KLIA2.
Anda boleh menaiki Kereta api ERL dari Stesen KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Tambangnya hanya RM90 untuk perjalanan pergi balik bagi tempahan secara atas talian.
Anda boleh menaiki bas ekspres dari Stesen KL Sentral ke KLIA 2 dan bas Star dari KL Sentral, Pudu Raya, Batu 3 atau Jalan Ipoh ke KLIA2. Selain itu, anda juga boleh menaiki Skybus dan Aerobus ke KLIA2.
Buat para penggemar aktiviti membeli-belah, anda boleh meluangkan masa anda di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang yang terletak hanya 10 km dari KLIA2. Pusat membeli-belah ini menempatkan pelbagai barangan berjenama dari kategori jenama mahal sehingga ke harga pertengahan dengan menawarkan tawaran potongan harga yang menarik di samping mempunyai Kedai Khas Jepun. Pusat membeli-belah ini juga menawarkan makanan asli Melayu, makanan oriental dan Barat, kafe dan pusat makanan.
Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar lumba sukan bermotor di Sepang, Selangor. Ia berada hanya pada jarak 13 minit tempoh pemanduan dari KLIA2. Litar Antarabangsa Sepang ini telah menjadi tuan rumah kepada acara sukan bermotor Formula One Malaysia Grand Prix sejak 1999 sehingga 2017 dan juga merupakan tapak bagi penganjuran sukan bermotor Malaysian Motorcycle Grand Prix, Malaysia Merdeka Endurance Race dan lain-lain acara utama sukan bermotor.
Paya Indah Wetlands merupakan sebuah tempat yang cantik untuk dikunjungi bagi pelawat yang ingin mencari ketenangan dan kedamaian. Paya Indah Wetland menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti mencabar untuk pelbagai lapisan umur. Terdapat juga tapak perkhemahan yang direka khas untuk kanak-kanak sekolah menjalankan aktiviti perkhemahan mereka ketika musim cuti persekolahan.
Pusat Borong Nilai 3 merupakan salah satu destinasi terkenal yang anda mesti kunjungi. Ia hanya terletak 36 km dari KLIA2. Pusat Borong Nilai 3 merupakan destinasi sehenti untuk pemborong dan pelancong serta merupakan pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan jualan pada harga yang murah. Antara barangan yang dijual adalah perabot, aksesori kereta, karpet, peralatan berkebun, bag, aksesori wanita dan lain-lain.
Sama-Sama Ekspress KLIA2 merupakan pilihan hebat sekiranya anda berada di KLIA2. Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak hanya 240 meter dari KLIA2. Hotel ini menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu dan sesuai dijadikan sebagai pilihan anda untuk bermalam.
Capsule Transit merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang sesuai untuk anda bermalam ketika berada di KLIA2. Jaraknya hanya 206 meter dari KLIA2. Hotel ini direka khas untuk pengunjung transit, pelancong bajet dan penumpang penerbangan yang memerlukan tempat untuk bermalam sebelum menyambung penerbangan ke destinasi yang seterusnya.