Total Accommodation | 18 Properties |
Popular Area | Bukit Kayu Hitam, Sintok |
Popular Hotel | Stay 365 Hotel, Sp Palace Hotel |
Popular Landmark | Kolej Matrikulasi Kedah |
Jika anda berada di Kolej Matrikulasi Kedah, anda juga boleh melawati Bukit Kayu Hitam, Sintok
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Stay 365 Hotel, Sp Palace Hotel, T Hotel Changlun, Zaida Homestay Changlun, Capital O 90168 Serambi Pelangi Chalet, EDC Hotels & Resorts, OYO 89671 Changlun Star Motel, OYO 89348 Rg Motel, OYO Home 90469 Homestay Changlun Star, Capital O 90615 The Bed Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 18 hotel yang boleh anda tempah di Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) ialah sebuah Kolej Matrikulasi yang terletak 1km dari Bandar Changlun di dalam Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu. Ianya telah dibina pada tahun 2001 dengan keluasan keseluruhan seluas 76.8 ekar. Kolej ini memulakan operasinya pada 1 Mac 2003. Pengambilan sessi pertama pelajar bermula pada 5 April 2003 dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1,360 orang. Kolej Matrikulasi Kedah telah diiktiraf sebagai kolej Matrikulasi yang berada pada kedudukan kedua tertinggi berdasarkan kepada pencapaian peperiksaan PSM 1 sesi 20014/2015. Manakala pencapaian peperiksaan PSM 2 sesi 2014/2015 pula, Kolej Matrikulasi Kedah telah mendapat kedudukan tertinggi di antara semua kolej matrikulasi.
Dari Kuala Lumpur, penerbangan Malaysia Airlines menyediakan penerbangan harian untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Setibanya anda di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke Kolej Matrikulasi Kedah di mana perjalanan mengambil masa dengan anggaran 30 minit memandu.
Dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara kearah Bukit Kayu Hitam sehingga anda menemui Pekan Changlun di mana ianya terletak di penghujung Lebuhraya. Teruskan perjalanan anda selama 5 minit lagi untuk sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah.
Anda boleh menaiki bas berhawa dingin dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur untuk ke Stesen Bas Changlun. Dari sini anda boleh menaiki teksi untuk sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah hanya dalam masa 5 minit pemanduan dari stesen bas.
Stesen Keretapi Alor Setar memberi perkhidmatan kepada stesen keretapi ETS. Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral untuk ke Stesen Keretapi Alor Setar. Dari sini anda boleh menaiki bas awam atau teksi untuk ke Kolej Matrikulasi Kedah.
Salah satu tarikan menarik di Kedah adalah MnM Home Whimsical House yang kini telah menjadi destinasi terkenal di kalangan para pelancong tempatan dan luar negara. Di antara keunikan MnM Home Whimsical House ini ialah ianya merupakan sebuah galeri rumah yang mempunyai latarbelakang rumah terbalik Hobbit House. Tarikan lain yang terdapat di sini termasuk dusun buah-buahan, kandang rusa dan arnab, kawasan ternakan lebah madu kelulut dan dua buah homestay.
Duty Free Zone Bukit Kayu Hitam merupakan antara tempat yang mesti anda kunjungi ketika berkunjung ke Kolej Matrikulasi Kedah. The Duty Free Zone Bukit Kayu Hitam ini mempunyai bangunan moden setinggi 3 tingkat dengan keluasan 5,000 meter persegi ruang perniagaan dan juga tempat meletak kenderaan yang luas. Pusat membeli belah ini menawarkan pelbagai barangan bebas cukai dan juga barangan bercukai terdiri dari barangan import seperti coklat, pakaian, pen, jam tangan, arak, tembakau, bagasi dan barangan keperluan rumah.
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah university yang terbesar di bahagian utara Malaysia. Kawasan ini kaya dengan keindahan flora dan fauna dan juga keindahan lanskap di kawasan sekitarnya. Keindahan UUM Kampus Sintok ini ialah ianya mempunyai pelbagai taman dan hiasan lanskap terbesar lengkap dengan padang golf, taman botani dan herba. Selain itu, untuk meningkatkan kemudahan pelancongan di universiti ini, UUM telah menyediakan kandang binatang seperti kuda, rusa dan burung unta untuk dilawati oleh para pengunjung.
Hutan Lipur Bukit Wang telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal semenjak tahun 1937. Ianya terletak 35km dari Alor Setar dan 22 km dari Kolej Matrikulasi Kedah. Tempat ini sesuai untuk aktiviti perkemahan, mandi manda dan juga trek hutan. Di antara kemudahan yang terdapat disini ialah tandas awam, surau, wakaf, tapak perkhemahan, gerai jualan makanan dan minuman, tempat mandi kanak-kanak dan ianya juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk para pengunjung berkunjung ke hutan lipur ini.
T Hotel Canglun merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang menjadi pilihan terbaik anda ketika berkunjung ke Kolej Matrikulasi Kedah. Hotel ini hanya terletak pada jarak 15 minit pemanduan dari sempadan Thailand. Hotel ini menawarkan kemudahan internet Wi-Fi percuma di dalam setiap bilik dan kawasan awam, perkhidmatan kaunter hadapan 24 jam, perkhidmatan mengemas bilik setiap hari, kemudahan meletak kenderaan dan lain-lain. Sekiranya anda mencari pilihan hotel yang selesa di Changlun, T Hotel Changlun merupakan pilihan terbaik untuk anda.
GM Hotel Sdn Bhd ialah sebuah hotel bertaraf 1 bintang yang terletak di Pusat Bandar Changlun. Jaraknya hanya 2.3km dari Kolej Matrikulasi Kedah. GM Hotel Sdn Bhd merupakan pilihan tepat buat anda yang mencari penginapan yang selesa pada harga yang murah.