PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel>
  2. Malaysia (12733 Hotel)>
  3. Pulau Pinang (1225 Hotel)>
  4. Pulau Pinang (1120 Hotel)>
  5. Georgetown (630 Hotel)

Hotel berhampiran Little India Penang

Pulau Pinang, Malaysia · 630 hotel yang tersedia

Paparkan penginapan mesra keluarga
Lihat penginapan yang menawarkan perkhidmatan dan fasiliti terbaik untuk keluarga.
Bayar di Hotel
Traveloka Best Price Guarantee
Little India adalah tempat kegemaran untuk dilawati di Pulau Pinang. Apabila berjalan ke kawasan itu, anda akan merasai bau aromatik dari rempah-rempah, melihat kedai berwarna-warni di kawasan itu. Jika datang ke Pulau Pinang, Little India adalah tempat wajib untuk dikunjungi semasa melawat di sini. Jangan lupa untuk menamatkan perjalanan anda dengan melawat hotel terbaik di sekitar Little India.

Hotel popular berhampiran Little India Penang

EXTERIOR_BUILDING Broadway Budget Hotel
Hotel
35F, Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Menyenangkan - 8.2 / 10(105)
(136)
EXTERIOR_BUILDING Red Inn Court
Hostel
35B & 35C, Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Mengagumkan - 8.4 / 10(452)
(196)
Lain-lain
No. 32, Ah Quee Street, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Lain-lain
54, Lorong Pasar, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
EXTERIOR_BUILDING Palm Mansion Boutique Suites
Hotel
76 - 88, China Street, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
(65)
Lobby Queen City Hotel
Hotel
No. 63, Queen Street (Lebuh Queen), Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Mengagumkan - 8.5 / 10(156)
(10)
EXTERIOR_BUILDING Tonight Hotel
Hotel
158 Chulia Street, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Other Just Duvet Guest House
Lain-lain
29, Lorong Stewart, Penang, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
EXTERIOR_BUILDING Coffee Atelier
Hotel
47-55, Lorong Stewart , Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10300
(276)
LOBBY Ros Heritage Motel
Hotel
128, Chulia Street, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Menyenangkan - 7.9 / 10(67)
(36)
Featured Image Tipsy Tiger Party Hostel
Hostel
20 Lorong Stewart, Georgetown, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Dengan menginap di Tipsy Tiger Party Hostel dalam kejiranan (Georgetown) di Pulau Pinang, anda hanya beberapa minit dari Tokong Goddess of Mercy dan Camera Museum. Hostel ini terletak berdekatan dengan Kuan Yin Teng dan Gereja St. George.
(361)
EXTERIOR_BUILDING Cocoa Mews Cafe & Homestay
Rumah
101, Lebuh King, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Mengagumkan - 8.4 / 10(57)
EXTERIOR_BUILDING Seven Terraces Hotel
Hotel
14A, Stewart Lane, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
(1193)
Rumah Tetamu
7, Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
RESTAURANT Straits Collection Penang
89 to 95 Armenian Street, Georgetown, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10200
Dengan menginap di Straits Collection Penang dalam kejiranan (Georgetown) di Pulau Pinang, anda hanya beberapa minit dari Tokong Goddess of Mercy dan Camera Museum. Hotel butik ini terletak berdekatan dengan Kuan Yin Teng dan Muzium Negeri Pulau Pinang.
Menyenangkan - 7.9 / 10(52)
(62)
Other Roommates Penang Heritage
Lain-lain
17 B, Chulia Lane, Penang, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 11200

Tentang

Little India adalah sebuah kawasan yang meliputi Jalan Queen, Jalan Chulia dan juga Jalan Pasar di bandar George Town, Pulau Pinang. Ia adalah sebuah kawasan kecil yang dikendalikan oleh masyarakat India tempatan. Sepanjang jalan di Little India dipenuhi dengan kedai berwarna-warni, menjual barangan dari India, restoran yang indah dengan aroma jenis rempah yang meresap udara, bunyi merdu muzik India yang bermain di seluruh kedai. Little India di George Town dikatakan menyerupai kawasan pasar yang terdapat di bandar-bandar utama di India seperti Chennai, Mumbai dan India. Seperti mana-mana tempat lain di Pulau Pinang, Little India juga merupakan tempat yang terbaik untuk mencari makanan yang lazat dan di sini, ia terkenal dengan jenis masakan India yang sedap boleh didapati dari hampir semua restoran di kawasan itu. Kunjungi Little India semasa waktu perayaan seperti Deepavali, Thaipusam dan juga Krismas untuk melihat dan menikmati suasana sebenar di situ. Kuil Hindu tertua di negeri Pulau Pinang juga terletak di Little India.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Bergantung dengan lalu lintas, perjalanan ke Little India dari George Town, Pulau Pinang boleh mengambil masa kira-kira 10 minit atau lebih. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke Little India adalah kira-kira tiga jam setengah perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Menggunakan Bas

Terdapat bas harian dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang boleh didapati bermula dari RM 35 hingga RM 50, bergantung dengan syarikat bas dan juga tempat berhenti. Bas ekspres yang berhenti di Stesen Bas Butterworth biasanya berharga lebih murah kerana ia tidak menyeberang ke Pulau Pinang. Periksa tempat berhenti sebelum membeli tiket. RapidPenang ialah sebuah syarikat bas awam yang mengendalikan bas di negeri Pulau Pinang dengan laluan yang merangkumi hampir semua bahagian negeri ini. Ia juga pergi ke Little India. Anda hanya perlu menaiki bas di George Town yang mempamerkan destinasi “Central Area Transit” untuk ke Little India secara percuma.

Menggunakan Kapal Terbang

Pulau Pinang mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa sendiri, terletak 20 minit ke bahagian selatan pulau itu. Penerbangan domestik berasal dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bahru dan juga Kota Kinabalu. Penerbangan antarabangsa pula berasal dari negara-negara Asia kebanyakannya seperti Vietnam, Singapura, Taiwan dan Indonesia. Terbang ke Pulau Pinang dari lokasi di atas kerana ia lebih mudah dan menjimatkan banyak masa, terutamanya semasa cuti sekolah.

Tarikan Pelancongan

Kuil Sri Mahamariamman

Kuil Hindu tertua di Pulau Pinang telah dibina pada tahun 1833. Walaupun ia dibina pada tahun 1833, tempat itu telah menjadi tempat ibadat sejak 1801 sebelum dijadikan sebuah kuil. Selama bertahun-tahun, kuil ini mempunyai pelbagai nama tetapi akhirnya ia dikenali sebagai Kuil Sri Mahamariamman atau kuil Jalan Queen kerana terletak di jalan Queen. Kuil ini mempunyai koleksi besar patung-patung dewa dan dewi agama Hindu di pintu masuk utamanya. Kuil ini dibuka setiap hari untuk orang ramai, bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 malam untuk sesi pagi dan untuk petang, ia adalah dari 5 hingga 9 malam. Kuil ini masih melakukan sembahyang hariannya, iaitu pada pagi, ia akan berlangsung pada 7.30 pagi dan pada jam 6.30 petang. Upacara sembahyang ini biasanya diketuai oleh para sami dan semasa upacara ini berlangsung, pelawat dapat menonton upacara ini. Walaupun kuil terbuka untuk orang awam, ia adalah lebih sopan dengan meminta izin dari mana-mana sami dan membuka kasut sebelum memasuki kuil ini.

Khoo Kongsi

Rumah keturunan Cina yang merupakan salah satu tarikan unik di bandar ini. Rumah keturunan ini dikatakan dibina sekitar 650 tahun yang lalu. “Kongsi” di sini ditakrif untuk menunjukkan sebuah bangunan yang dikongsi bersama dengan lebih daripada satu buah keluarga yang mempunyai nama keluarga yang sama berkumpul untuk menyembah nenek moyang mereka. Ia dibina pada asalnya sebagai kaedah untuk pendatang abad ke-19 mengeratkan hubungan mereka mengikut daerah masing-masing di China. Rumah Kongsi ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam untuk orang ramai untuk menikmati seni bina dan sejarahnya yang megah.

Hotel

Broadway Budget Hotel

Hotel ini terletak di sebelah Little India di sebuah bangunan tiga tingkat. Mereka menawarkan empat jenis bilik tidur dengan bilik standard bermula pada RM 80 hingga RM 150 setiap malam untuk bilik terbesar mereka, Family Room B yang boleh memuatkan maksima lima orang. Semua biliknya mempunyai Wi-Fi percuma.

24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?