Total Accommodation | 1 Properties |
Popular Hotel | The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang, TT Dorf Hotel Taiping |
Popular Landmark | Kuala Sepetang Pau, 99 Speedmart 2312 (PK) Kuala Sepetang |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang, TT Dorf Hotel Taiping, Potato Hotel, Tune Hotel - Taiping, Sense Hotel, The Regency Hotel Seri Warisan Taiping, Legend Inn Taiping, Hotel Taiping Perdana, 5 Stone Cabin Chalet, ArRayyan Guesthouse & Homestay.
Buat masa ini, terdapat sekitar 1 hotel yang boleh anda tempah di Matang Mangrove Forest Reserve
Hutan Simpan Matang Mangrove merupakan sebuah hutan simpan paya bakau yang terbesar di Malaysia. Hutan Simpan Matang Mangrove yang mempunyai keluasan 40,000 hektar telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906. Pada hari ini, ianya telah diiktiraf sebagai sebuah ekosistem berdaya mampan yang terbaik di dalam dunia. Hutan simpan paya bakau ini kaya dengan alam semulajadi dan hidupan liar yang pasti akan membuat pencinta alam terpukau dengan keindahannya. Spesis pokok paya bakau yang terdapat disini seperti bakau minyak dan bakau kurap banyak digunakan untuk dibuat kayu arang. Diantara aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung adalah untuk menerokai hutan, melayari sungai, melihat dolphin, melihat burung helang dan kelip-kelip.
Anda boleh menaiki penerbangan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang terletak pada jarak 72 km dari Hutan Simpan Matang Mangrove.
Anda boleh menaiki Bas Ekspress Konsortium di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau di Terminal Bas Hentian Duta dari Kuala Lumpur ke Taiping. Dari bandar Taiping anda boleh menaiki teksi untuk ke Hutan Simpan Matang Mangrove.
Hutan Simpan Matang Mangrove terletak di Daerah Larut Matang di Perak. Untuk sampai ke sana anda boleh mengikut Lebuhraya Utara Selatan dan mengikut susur keluar 146 Changkat Jering sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur dan ikut susur keluar 148 Kamunting/Taiping untuk anda yang memandu dari Pulau Pinang. Teruskan perjalanan anda ke Kuala Sepetang. Hutan Simpan Matang Mangrove terletak pada jarak 2 km dari pekan Kuala Sepetang.
Kereta api ETS adalah merupakan cara yang paling baik serta mudah untuk sampai ke Taiping. Anda boleh menaiki keretapi ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Stesen Keretapi Taiping. Dari stesen anda boleh menaiki teksi untuk sampai ke Hutan Simpan Matang Mangrove.
Kilang Kayu Arang Kuala Sepetang merupakan sebuah destinasi yang mesti dikunjungi ketika anda berkunjung ke Hutan Simpan Matang Mangrove. Kilang ini tidak mempunyai peralatan canggih yang berteknologi tinggi tetapi sekadar mempunyai barisan kayu arang dengan susunan struktur berbentuk sarang lebah yang disusun tinggi. Kilang ini juga turut menawarkan lawatan di sekitar kilang untuk melihat proses kayu arang dilaksanakan.
Sekiranya anda seorang penggemar makanan laut, Port Weld Kuala Sepetang merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati. Port Weld merupakan sebuah bandar di pesisir pantai yang terletak lebih kurang 20 minit dari Taiping. Bandar ini dahulunya dinamakan bersempena dengan bekas Gabenor, Frederick Weld. Port Weld dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan dan kebanyakkan pengunjung datang ke sini untuk menikmati makanan laut yang segar.
Taman Tasik Taiping merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal disini. Ianya terletak berhampiran dengan Bukit Larut (Maxwell Hill) dan Taman Tasik Taiping ini pada asalnya merupakan sebuah bekas tapak melombong bijih. Taman Tasik Taiping merupakan sebuah tasik yang telah menjadi taman rekreasi dan juga sebuah taman Jepun yang menawarkan kehijauan segar dengan pelbagai bunga, burung serta serangga yang boleh anda terokai sepanjang lawatan anda ke sini.
Zoo Taiping dan Safari Malam terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Taiping. Zoo berkeluasan 34 ekar ini merupakan sebuah zoo tertua di Negara ini dan menempatkan lebih dari 1,300 hidupan antaranya spesis burung, mamalia dan reptilia yang hidup di dalam habitat masing-masing. Zoo ini dibuka untuk kunjungan orang awam pada setiap hari termasuk cuti umum dari jam 8.30 pagi sehingga 6 petang manakala safari malam pula yang akan menampilkan pelbagai haiwan malam yang dibuka dari jam 8 malam sehingga 11 malam.
The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang merupakan pilihan bijak sekiranya anda berkunjung ke Hutan Simpan Matang Mangrove. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai lokasi yang berhampiran dengan tarikan pelancongan seperti Port Weld hanya 0.6km dan Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang hanya 1.1km. Dengan lokasinya yang strategik menjadikan The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang pilihan penginapan yang terbaik buat anda.
Potato Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Taiping. Jaraknya hanya 7.5km dari Hutan Simpan Matang Mangrove. Hotel ini memberikan anda akses yang mudah untuk menikmati segala yang ditawarkan oleh bandar ini. Penginapan di Potato Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan layanannya yang serba hebat.