Total Accommodation | 7 Properties |
Popular Area | Samarahan, Lundu |
Popular Hotel | Cove 55, Damai Lagoon Resort |
Popular Landmark | Kuching Waterfront , Sarawak Cultural Village |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Cove 55, Damai Lagoon Resort, Damai Beach Resort, The Ranee Boutique Suites, The Culvert, The Village House, Permai Rainforest Resort, Place2Stay Business Hotel @ Metrocity, Jazepuri, OYO Home 90287 Rb Homestay & Farms.
Buat masa ini, terdapat sekitar 7 hotel yang boleh anda tempah di Mount Santubong
Lagenda mengatakan bahawa Santubong dan Sejinjang merupakan dua orang puteri dari langit. Santubong terkenal dengan kemahiran tenunannya, manakala Sejinjang pula terkenal dengan bakatnya dalam menampi beras. Mereka mula berperang antara satu sama lain untuk menjadi isteri seorang putera. Raja sangat murka apabila mengetahui puteri-puterinya bergaduh. Oleh itu baginda menyumpah puteri-puterinya menjadi Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang.
Menawarkan perspektif yang menakjubkan di pantai Borneo, Gunung Santubong terbina melalui hutan hujan yang tidak teratur setinggi 2,657 kaki (810 m) di atas paras laut. Hari ini, Gunung Santubong merupakan salah sebuah taman negara di Sarawak, dan salah satu daripada tarikan pelancongan yang terkenal. Di kaki gunung, terdapat Kampung Budaya Sarawak, Damai Beach Resort dan Damai Central. Selain itu, kawasan gunung ini juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Sarawak untuk menyaksikan ikan lumba-lumba Irrawaddy yang jarang ditemui.
Perjalanan dari hotel akan membawa anda ke kaki gunung. Bergantung kepada stamina anda, pendakian ke puncak biasanya mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam manakala untuk turun pula, ia mengambil masa lebih kurang 3 jam. Semasa merentasi hutan, anda akan mengagumi pemandangan yang indah dengan pelbagai jenis makhluk yang hidup di tengah-tengah cerun gunung.
Tempat ini terkenal di kalangan pengunjung dengan pantainya yang berpasir putih dan persekitarannya yang indah. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk bermain bola tampar pantai dan bola sepak, berkanu, memancing serta menyelam skuba! Juga, anda boleh memanjakan diri dengan sentuhan yang memberikan kepuasan dan kesihatan di spa di sini.
Untuk mempersembahkan ekstravaganza pelbagai budaya yang unik di Sarawak, Kampung Budaya Sarawak menggabungkan sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina dengan menggabungkan elemen pendidikan dan teater dengan menampilkan 7 buah rumah tradisional yang unik. Tempat ini memberikan anda gambaran yang sesuai untuk menceritakan latar belakang penduduk dan budaya serta gaya hidup dan keramahan mereka. Anda juga akan dapat melihat pelbagai jenis dan fauna seperti tongkat Ali, periuk kera, kera, tupai, cicak liar, memerang, burung dan haiwan liar lain di denai alam semula jadi itu.
Taman Negara Paya Bakau Kuching meliputi kawasan seluas 6,610 hektar di hulu muara Sibu Laut dan Sungai Salak. Terdiri kebanyakannya daripada tanah bakau air masin yang termasuk dalam rangkaian luas laluan air laut dan caruk pasang surut, kawasan paya ini bersambung dengan dua sungai utama dan telah diwartakan sebagai taman negara pada bulan Julai 2002. Merupakan habitat kepada pelbagai flora dan fauna, taman negara ini adalah tempat pembiakan dan nurseri asas yang penting bagi spesies ikan dan udang.
Sebuah tempat peranginan yang jauh dari kehidupan bandar moden, The Village House mengalu- alukan kedatangan anda dengan seni bina yang vernakular. Kesemua 10 buah bilik dan 2 suite di sini ditampilkan dengan bingkai katil kayu, katil empat tiang dengan kelambu, cadar linen putih yang bersih serta selimut mewah dan bantal-bantal yang empuk. Bilik-bilik yang selesa ini disejukkan dengan penghawa dingin dan kipas siling untuk memastikan keamanan dan suasana tenang di persekitarannya.
Dibina di kaki Gunung Santubong, Permai Rainforest Resort terletak di tepi pantai Laut China Selatan. Dibangunkan dengan berhati-hati untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, eko-resort ini adalah benar-benar tempat percutian yang tersembunyi. Ia menawarkan alternatif kepada bilik hotel tipikal. Setiap bilik penginapan di sini terdiri terutamanya daripada unit tunggal bagi memberikan tetamu peluang untuk menikmati kedamaian dan ketenangan hutan hujan.
Terletak hanya 5 minit pemanduan dari Kampung Budaya Sarawak, One Hotel Santubong merupakan sebuah hotel di kawasan tepi pantai yang menakjubkan di mana anda berpeluang menikmati hembusan angin laut dan pasir yang halus. Menawarkan 3 jenis bilik pada kadar yang berpatutan, ia dilengkapi dengan kolam renang yang hebat dan restoran yang elegan.