1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8928 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (474 Hotel)
    >
  4. Miri
    (88 Hotel)

Hotel berhampiran Mulu Airport (MZV)

Sarawak, Malaysia · 88 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lapangan Terbang Mulu adalah lapangan terbang di negeri Sarawak di Malaysia dan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu. Gunung Mulu adalah gunung tertinggi kedua di Sarawak di mana anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti gua semasa musim kering dari Mac hingga Oktober. Lawati Taman Negara Gunung Mulu untuk menerokai lebih banyak alam semulajadi! Semak pilihan hotel terbaik kami untuk melengkapkan lawatan anda di sini.

Hotel popular berhampiran Mulu Airport (MZV)

VIEW_ATTRACTIONS Mulu Marriott Resort & Spa

Mulu Marriott Resort & Spa

Hotel
Miri, Sarawak
Mulu Marriott Resort terletak di Mulu.
Lihat Harga
ภาพหลัก Mulu Diana Homestay

Mulu Diana Homestay

Rumah Tetamu
Miri, Sarawak
Apabila anda menginap di Mulu Diana Homestay di Mulu, anda akan di sungai serta berada di sekitar The Pinnacles Trail. Rumah tamu ini terletak dalam kawasan Taman Negara Gunung Mulu dan Gunung Mulu World Heritage Area.
Lihat Harga
BEDROOM Benarat Lodge

Benarat Lodge

Hotel
Miri, Sarawak
Lihat Harga
See all 88 Hotels near Mulu Airport (MZV)

Facts about hotel in Mulu Airport (MZV)

Total Accommodation
88 Properties
Popular Area
Bandar Miri
Popular Hotel
Mulu Marriott Resort & Spa, Mulu Diana Homestay
Popular Landmark
Marudi Airport (MUR), Miri Airport (MYY)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Mulu Airport (MZV)

8.7
Mengagumkan
5,362 ulasan dari hotel di Mulu Airport (MZV) dengan purata penarafan 8.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Mulu Airport (MZV) akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
MT
MULIADY TASSIM
30 May 2019
Bilik sangat selesa, sesuai untuk penginapan keluarga.
Jakaria T. h. R.
Ini adalah profil peribadi.
27 Jan 2020
Lokasi hotel yang strategik, harga berpatutan serta mudah dihubungi dengan bantuan warga kerja hotel yang mesra dan amat membantu. Saya akan kembali serta mengesyorkan hotel Dynasty Miri kepada rakan atau keluarga saya. Well Done
Mohd R. N. S.
Ini adalah profil peribadi.
9 Mar 2022
Hotel yang menarik. Rekaan yang cantik. Bilik yang cantik dan menarik. Breakfast pun sedap 👍🏻
Hanieza N.
Ini adalah profil peribadi.
8 Apr 2022
Staf yang mesra. Bilik yang bersih. Tempat yang selesa
Muhammad F. B. H.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
5 Sep 2019
Hotel bersih, berada di tengah center miri, parking private disediakan, cuma tandas ada tingkap.

Soalan lazim tentang Mulu Airport (MZV)

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Mulu Airport (MZV)?

Jika anda berada di Mulu Airport (MZV), anda juga boleh melawati Bandar Miri, Long Lellang, Long Banga, Long Seridan, Marudi, Bario, Mulu

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Mulu Airport (MZV)?

Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Mulu Marriott Resort & Spa, Mulu Diana Homestay, Benarat Lodge .

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Mulu Airport (MZV)?

Buat masa ini, terdapat sekitar 88 hotel yang boleh anda tempah di Mulu Airport (MZV)

Tentang

Lapangan Terbang Mulu adalah sebuah lapangan terbang terletak di dalam negeri Sarawak di Malaysia dan merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu. Terdapat penginapan bertaraf resort di Taman Negara, namun perkampungan terdekat adalah Long Terawan, terletak kira-kira 21.7 km ke arah Barat dan Long Atip pula kira-kira 26.1 km ke arah Selatan. Rumah Bawang Grang di Brunei pula letaknya 23.1 km ke arah utara - utarabarat, tetapi kawasan ini tidak mempunyai perhubungan jalan darat untuk ke lapangan terbang.

Lapangan Terbang STOL Mulu dikendalikan oleh pengurusan Lapangan Terbang Miri dan menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada kawasan terpencil di daerah Mulu. STOL adalah singkatan kepada ‘short take-off and landing’ ataupun ‘perlepasan dan pendaratan singkat’. Lapangan terbang kecil ini terletak 2.4 km dari bandar Mulu. Lapangan terbang ini mempunyai landasan sepanjang 1,500 meter dan beroperasi dari subuh sehingga jam 4 petang setiap hari.

Lapangan Terbang Mulu berkhidmat untuk Penerbangan Malaysia dan rangkaian MAS Wings. Lapangan terbang kecil ini mempunyai kemudahan asas termasuklah ruang menunggu VIP, kedai serta rangkaian F&B.

Cara untuk ke Destinasi

Penerbangan Malaysia melalui rangkaian MAS Wings menyediakan tiga penerbangan harian daripada Miri ke Lapangan Terbang Mulu, yang mengambil masa sekitar 30 minit waktu penerbangan. Pilihan rangkaian MAS Wings yang lain adalah penerbangan berjadual dari Kuching atau Kota Kinabalu pada setiap hari Selasa, Khamis atau Sabtu.

Tarikan Pelancongan

Lapangan Terbang Mulu merupakan pintu masuk utama untuk ke Taman Negara Gunung Mulu.

Di antara kebanyakan Taman Negara di Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu adalah yang terbesar. Gunung Mulu pula adalah gunung kedua tertinggi di Sarawak.

Aktiviti meneroka gua selalunya berlangsung ketika musim kering di antara bulan Mac ke bukan Oktober. Bulan Jun sehingga ke bulan September selalunya adalah waktu yang lebih sibuk berbanding waktu yang lain sepanjang tahun.

Taman Negara Gunung Mulu adalah kediaman kepada kumpulan jaringan gua yang terbesar di dunia yang dibuka kepada pengunjung awam. Ianya terkenal kerana kewujudan batu kapurnya yang berasal dari Pembentukan Melinau dan berusia sekitar 17 dan 40 juta tahun dahulu.

Terdapat dua kategori gua yang berbeza. Gua-gua yang boleh diteroka secara mentah dan tidak memerlukan sebarang peralatan adalah Gua Rusa, Gua Air Jernih, Gua Langang, Gua Puncak dan Gua Hutan Mabuk.

Sekumpulan gua lagi adalah lebih mencabar untuk diteroka dan memerlukan kelengkapan memanjat.Gua-gua ini termasuklah Sistem Perbatuan Paku Pakis – Kuda, Gua Simon, Gua Hijau, Gua Angin, Jejal Ular, Kamar Sarawak, Gua Tedung, Gua Sarang Lelabah, Gua Benarat dan Gua Batu Hitam.

Kamar bawah tanah terbesar di dunia, Kamar Sarawak, dikatakan dapat memuatkan empat puluh buah pesawat Boeing 747 tanpa bertindih sayapnya.

Pengunjung juga berpeluang meneroka laluan gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang dikatakan mampu menempatkan sehingga lima buah binaan katedral seluas saiz Katedral St Paul di London. Gua ini juga adalah rumah kepada hampir 3 juta kelawar yang tergolong dalam 27 spesis. Di antara jam 4 petang ke 6 petang setiap hari, jutaan kelawar akan terbang keluar daripada gua ini seperti sekumpulan lebah. Selain daripada melihat kelibat kelawar, pengunjung juga berpeluang meninjau 8 spesis burung kenyalang di sini.

Tempat tumpuan lain adalah Gua Air Jernih, yang merupakan gua terpanjang di Asia Tenggara. Ianya telah direkodkan bahawa laluan melebihi sepanjang 200 km telah diteroka sehingga kini. Pakej lawatan ke Gua Air Jernih selalunya termasuklah hentian di Batu Bungan iaitu perkampungan di tepi sungai yang merupakan kawasan penempatan kumpulan etnik berbangsa Penan.

Sekembali daripada aktiviti meneroka gua sudah pastinya menjemput pengunjung untuk singgah ke Good Luck Cave-fe.Kafe ini menyajikan hidangan mi dan nasi goring dan terletak betul-betul di luar pintu pagar Taman Negara Gunung Mulu.

Taman Negara Gunung Mulu turut menawarkan pengalaman melihat hidupan liar semulajadi melalui pakej lawatan selama 2 jam mengharungi Laluan Kanopi sepanjang 480 meter.

Hotel

Royal Mulu Resort

Royal Mulu Resort mempunyai lokasi yang baik, kira-kira 1.97 km dari Lapangan Terbang Mulu. Ia menawarkan perkhidmatan sewajarnya beserta pelbagai kemudahan.

Mulu Marriott Resort

Hotel ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang menginginkan percutian mewah dan elegan. Dapatkan perkhidmatan cemerlang dan jadikan penginapan anda suatu kenangan pengalaman yang manis. Mulu Marriott Resort, terletak berdekatan Lapangan Terbang Mulu sekitar 2.04 km.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka