Total Accommodation | 5 Properties |
Popular Area | Sri Petaling, Bukit Bintang |
Popular Hotel | Adya Hotel Kuala Lumpur, Pacific Express Hotel Central Market |
Popular Landmark | Bukit Bintang, Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Adya Hotel Kuala Lumpur, Pacific Express Hotel Central Market, Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Vivo Suites by Subhome, Lucentia Residence, Swiss Hotel Kuala Lumpur , Avenue J Hotel, Central Market KL, Citin Hotel Masjid Jamek by Compass Hospitality, Santa Grand Classic Kuala Lumpur, Chinatown, Sisiseni Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 5 hotel yang boleh anda tempah di National Monument (Tugu Negara)
Tugu Negara yang dibina pada tahun 1966 bertujuan untuk mengingati 'askar yang terkorban dalam perjuangan untuk kebebasan dan kemerdekaan untuk Malaysia. Tugu ini dibina sebagai lambang kebebasan di Malaysia. Monumen ini merupakan salah satu patung gangsa yang terbesar di dunia dengan ketinggian kira-kira 15.5 meter. Tugu ini terdiri daripada tujuh patung askar yang membawa bendera Malaysia. Setiap satu daripada pahlawan tersebut melambangkan tujuh kualiti kepimpinan. Tugu Negara meliputi ruangan seluas 48.562 meter persegi dengan 5 komponen utama. iaitu monumen bersejrah tersebut, pavilion, taman-taman sekitarnya, air pancut dan monumen peringatan perang. Seorang arkitek Amerika, bernama Felix de Weldon yang juga mereka bentuk Memorial Iwo Jima yang terkenal, juga merupakan pereka kepada Tugu Negara. Pada 31 Julai setiap tahun, yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan ketua-ketua tentera dan polis memberi penghormatan kepada para pahlawan yang telah berjuang keras untuk membebaskan negara kita dari penjajahan luar.
Jika anda dalam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, anda boleh menaiki mana-mana bas RapidKL yang ke arah Damansara dan turun di perhentian bas Lake Gardens (Taman Tasik). Jika anda datang dari Petaling Jaya pula, naik bas daripada kawasan bandar melalui Damansara dan turun di Padang Merbok dan anda hanya beberapa minit dari Tugu Negara. Sebagai alternatif, teksi bermeter dan juga Uber boleh didapati di sekitar pusat bandar dengan harga berpatutan.
Terdapat banyak tarikan lain di sekitar kawasan Tugu Negara kerana ia adalah berhampiran dengan Taman Tasik. Taman Tasik meliputi kawasan seluas 92 hektar penuh dengan kehijauan yang indah dan tumbuh-tumbuhan yang subur, ia merupakan tempat yang sesuai untuk anda datang dan berehat sambil bersantai pada hujung minggu. Jika anda melawat Tugu Negara, anda juga boleh singgah di Taman Burung Kuala Lumpur yang sangat terkenal. Ia menempatkan lebih kurang 3000 ekor burung dari pelbagai spesies. Antara tempat tarikan lain juga termasuk Deer Park Kuala Lumpur di mana anda boleh melihat beberapa spesies rusa dipamerkan. Terdapat juga Taman Rama-Rama, Taman Bunga Raya dan Taman Orkid. selain daripada Taman Burung Kuala Lumpur. Taman Burung mengenakan bayaran untuk masuk, manakala untuk taman-taman lain, masuk adalah percuma.
Pacific Express Hotel menawarkan kemudahan dan akses mudah ke kawasan membeli-belah seperti Chinatown dan Masjid India dan juga Pasar Seni. Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Pacific Express Hotel merupakan pilihan utama bagi pelancong yang bijak dan inginkan keselesaan dan kemudahan semasa melancong. Reka bentuk bilik di Pacific Express Hotel direka untuk menawarkan keselesaan yang premium kepada tetamu disamping kemudahan dan perkhidmatan yang lain. Hotel ini terletak hanya beberapa minit dari beberapa mercu tanda bersejarah yang popular di Kuala Lumpur seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan juga Muzium Tekstil. Nikmati penginapan yang selesa dengan tawaran harga yang menarik di Pacific Express Hotel.
Cosmo Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel yang terbaru di tengah-tengah Kuala Lumpur dan mula dibuka pada 1 Disember 2016. Terletak di kawasan strategik, Leboh Ampang, hotel yang bertaraf 4-bintang ini menawarkan sejumlah 347 bilik tamu dan suite yang direka dengan ruang yang luas dan reka bentuk yang elegan. Kemudahan yang disediakan oleh hotel adalah seperti bilik mesyuarat, gimnasium dan juga Lobby Lounge. Sebuah hotel yang ideal untuk kedua-dua tujuan, sama ada untuk perniagaan atau percutian, Cosmo Hotel Kuala Lumpur hanya terletak dalam jarak berjalan kaki ke beberapa tarikan popular seperti Pasar Seni, tempat bersejarah Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Chinatown dan juga pelbagai pilihan pusat membeli-belah di sekitar kawasan ibu kota. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan stesen LRT dan hanya 2 stesen ke KL sentral, semestinya memberikan kemudahan kepada pengunjung hotel.