Total Accommodation | 11 Properties |
Popular Area | Sri Petaling, Bukit Bintang |
Popular Hotel | Neu Suites @ 3rdNvenue by Perfect Host, Pavilion Embassy Suites KLCC |
Popular Landmark | Bukit Bintang, Bus Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Neu Suites @ 3rdNvenue by Perfect Host, Pavilion Embassy Suites KLCC, Villa Samadhi by Samadhi – Adults Only, COZY 3 BEDROOMS APARTMENT PUTRA VILLA GOMBAK, MCity Infinity pool KLCC, Flamingo Hotel by the Lake, Kuala Lumpur, KLCC艺术高级科布恩民宿(Arte Plus KLCC by Cobnb), The Elements at Jalan Ampang, Theelement Kl City, Cozy House KLCC Jalan Ampang M City.
Buat masa ini, terdapat sekitar 11 hotel yang boleh anda tempah di National Zoo of Malaysia
Zoo Negara dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 oleh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman. Ia mempunyai keluasan sebesar 110 ekar (45 hektar) tanah di Ulu Klang, 5km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo ini menempatkan sejumlah 5137 haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo ini dibahagikan kepada 16 bahagian yang masing-masingnya luas. Oleh itu, pengunjung akan memerlukan sekurang-kurangnya tiga jam untuk meneroka keseluruhan zoo ini. Antara kawasan-kawasannya adalah Taman Reptilia, Gajah-gajah Malaysia, Burung Aviary, Kompleks Beruang, Mammal Kingdom, Savannah Walk, Ape Center dan banyak lagi.
Zoo ini bertujuan untuk menjadi salah satu taman zoologi perdana di dunia dan aquaria khusus untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan, latihan dan penyelidikan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan. Kini bekerja dengan Jabatan Hidupan Liar tempatan untuk program siaran bagi spesies burung terancam, Zoo Negara pula telah membiakkan lebih 200 spesis burung yang hampir pupus termasuk burung enggang.
Zoo ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Pelbagai pertunjukkan haiwan diadakan setiap hari pada pukul 11 pagi dan 3 petang. Bagi orang dewasa tempatan akan dicas dengan bayaran sebanyak RM44 dan kanak-kanak adalah RM16 manakala yuran adalah sedikit lebih tinggi bagi pelawat asing. Bagi mereka yang ingin mendapatkan trem sekitar zoo, anda perlu membayar dengan caj tambahan. Untuk sampai ke sini, anda boleh mengambil LRT (Kelana Jaya Line) yang berhenti di stesen Wangsa Maju. Kemudian, menaiki teksi ke Zoo Negara. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil Rapid KL dengan nombor bas 220 dari Lebuh Ampang atau menaiki bas Metrobus 16 dari Pasar Seni. Bas-bas ini akan membawa anda ke pintu masuk zoo.
Mempromosikan pengurusan mampan dan penggunaan optimum sumber hutan di Malaysia dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, FRIM terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Tempat ini meliputi keluasan tanah seluas 600 ekar. Antara tarikan di sini adalah laluan kanopi, air terjun dan jejak alam semula jadi. Jalan yang paling mudah untuk ke sana adalah dengan KTM Komuter dan turun di Stesen Kepong. Kemudian, mengambil teksi untuk terus ke FRIM. Ia dibuka setiap hari dari awal pagi hingga lewat petang.
Aquaria KLCC mempunyai 60,000 kaki persegi terowong bawah air yang menempatkan lebih 250 spesies yang berbeza dan lebih 5,000 hidupan darat dan akuatik dari seluruh dunia. Terletak di paras Concourse di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Aquaria dibuka untuk pelawat setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, bermula jam 10 pagi hingga jam 8 malam. Di sini, pengunjung akan dapat melihat pelbagai spesies akuatik yang luar biasa termasuk pelbagai jenis jerung, penyu laut, ikan karang yang berwarna-warni, obor-obor, kuda laut dan banyak lagi. Yuran masuk adalah RM49 dan RM39 untuk masing-masing dewasa dan kanak-kanak tempatan.
Kenwingston Hotel terletak di Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, kira-kira 2 km dari Zoo Negara. Hotel butik ini terletak berdekatan dengan kawasan hiburan dan pusat perniagaan komersil. Mempunyai kebanggaan dalam memberikan perkhidmatan ini yang paling terperinci untuk tetamu mereka, hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti televisyen LCD, penghawa dingin, elektronik kad kunci, Wi-Fi percuma, dan banyak lagi yang sesuai dengan keperluan tetamu.
Mudah diakses oleh pengangkutan awam, Worldwide Grand Hotel direka untuk kedua-dua tujuan sama ada penginapan sepanjang urusan perniagaan atau penginapan santai dengan layanan terbaik yang akan membuat anda berasa seperti di rumah. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan penting seperti katil bersaiz queen atau dua katil single, anda boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Dilengkapi dengan kemudahan berkualiti tinggi, hotel ini adalah hotel yang sesuai untuk didiami dan strategik untuk pengujung keluar meneroka bandar metropolitan Kuala Lumpur.