Total Accommodation | 88 Properties |
Popular Area | Bandar Miri |
Popular Hotel | OYO 90172 GOODWILL HOMESTAY |
Popular Landmark | Marudi Airport (MUR), Miri Airport (MYY) |
Jika anda berada di Gua Niah, anda juga boleh melawati Bandar Miri, Long Lellang, Long Banga, Long Seridan, Marudi, Bario, Mulu
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah OYO 90172 GOODWILL HOMESTAY.
Buat masa ini, terdapat sekitar 88 hotel yang boleh anda tempah di Gua Niah
Gua Niah merupakan kompleks gua yang ke-2 terbaik di Malaysia selepas Gua Mulu. Ia telah dicadangkan sebagai sebuah destinasi terbaik untuk dilawati di Miri, bahagian utara Sarawak selain dari Gua Mulu. Gua Niah terletak di dalam Bahagian Miri, salah satu kawasan tapak arkeologi yang terpenting di dalam dunia. Gua Niah yang besar ini telah dijadikan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1975.
Kompleks gua ini terdiri sebuah gua yang besar yang dinamakan sebagai The Great Cave dan beberapa gua kecil termasuk Painted Cave dan The Large Chamber atau Padang. Gua-gua hebat ini pernah menjadi rumah kepada mereka yang hidup 40,000 tahun dahulu. Antara artifak yang belum pernah diusik termasuk lukisan Neolithic dan Paleolithic. Gua ini juga turut terkenal dengan industri sarang burung.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia ke Lapangan Terbang Miri. Setibanya di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke Gua Niah yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 36 minit.
Gua Niah boleh dihubungi dengan jalan raya melalui Miri atau Bintulu. Anda boleh menggunakan jalan pantai yang mempunyai jarak 80 km dengan masa perjalanan selama 1 jam 30 minit. Lebuhraya utama Miri dan Bintulu merupakan laluan alternatif dan mempunyai jarak yang lebih jauh iaitu 109 km. Manakala dari Bintulu jaraknya ialah 118 km.
Dari Miri, anda boleh menaiki bas Suria dari Stesen Bas Miri. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 2 jam. Dari Bintulu, anda juga perlu menaiki bas Suria dari Stesen Bas Bintulu. Walau bagaimanapun, perjalanan dari Bintulu ini akan mengambil perjalanan yang lebih lama iaitu 3 jam.
Muzium Arkeologi Niah merupakan sebuah muzium yang menarik dan berinformasi yang mesti anda kunjungi ketika berkunjung ke Gua Niah. Ianya terletak berhampiran dengan tapak arkeologi Gua Niah. Muzium ini mempamerkan artifak pra-sejarah dan kebudayaan kawasan tersebut. Para pengunjung boleh melihat pameran mengenai cara kehidupan mereka yang pernah tinggal di Gua Niah ribuan tahun dahulu.
Taman Negara Bukit Lambir merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi ketika berada di Gua Niah. Ianya terletak di antara Jalan Miri- Bintulu yang hanya mengambil masa perjalanan 45 minit sahaja. Anda boleh melihat pemandangan di atas ketinggian melebihi 70 kaki dengan memanjat menara di atas puncak pokok, berenang di kolam sejuk air terjun Latak dan menerokai pelantar minyak lama yang terdapat di situ. Anda pasti dapat menikmati pengalaman pemandangan indah alam semula jadi ketika berkunjung ke sini.
Muzium Petroleum Sarawak terletak di atas bukit yang mempunyai pemandangan Bandar Miri dikenali sebagai Canada Hill atau Bukit Tenaga. Pembinaan muzium ini telah dibiayai oleh Petronas dan ianya adalah lebih kurang sama dengan Muzium Petrosains di KLCC Kuala Lumpur. Tarikan utama disini ialah pelantar minyak yang pertama didirikan di Miri. Salah satu pameran yang menarik di sini ialah simulasi gempa bumi di mana anda boleh berpeluang merasai gegaran gempa bumi sebenar.
Taman Rekreasi Bandar Miri merupakan sebuah taman lanskap lengkap dengan pancuran air pancut berirama, taman Islam, taman kesihatan dan taman Cina yang dikelilingi oleh sebuah kolam renang awam, perpustakaan dan pusat awam. Ianya merupakan sebuah taman awam bandar yang bertaraf kelas dunia yang kaya dengan ciri-ciri dan suasana kebudayaan, kesenian serta reka bentuk tempatan.
Pantai Tusan merupakan salah satu pantai tercantik di Miri iaitu dengan hanya 1 jam perjalanan dari pusat bandar. Ianya mempunyai pasir pantai yang indah, terumbu karang, air terjun dan beberapa kawasan tebing berjurang. Anda boleh bergambar kenangan bersama dengan insan tersayang dan juga ahli keluarga anda di Pantai Tusan.
Penginapan di Place 2Stay@ Gua Niah merupakan pilihan tepat buat anda yang berkunjung ke Miri. Jaraknya hanya 2.4km dari Gua Niah. Penginapan ini menyediakan kemudahan yang selesa dan lengkap pada harga yang murah. Ianya turut menyediakan perkhidmatan mengemas bilik, Wi-Fi percuma, Internet berkelajuan tinggi, kawalan kamera keselamatan (CCTV), stesen televisyen satelit di dalam setiap bilik dan banyak lagi. Selain itu, dobi cucian luar dan cucian kering turut disediakan untuk kemudahan tetamu. Dengan keunikan reka bentuk serta kemudahan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, menjadikan Place2Stay@ Gua Niah ini sebuah penginapan yang sesuai buat anda yang berkunjung ke Miri.