Total Accommodation | 535 Properties |
Popular Area | Ayer Keroh, Batu Berendam |
Popular Hotel | Lagenda Condominium, Casa Bonita Hotel |
Popular Landmark | A'Famosa, Mahkota Medical Centre |
Jika anda berada di Oriental Melaka Straits Medical Centre, anda juga boleh melawati Batu Berendam, Pusat Bandar Melaka, Ayer Keroh
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Lagenda Condominium, Casa Bonita Hotel, Tube Hotel, HomeStay RoomStay Klebang Melaka, New Wave Malacca Hotel, Klebang Besar Townlodge, Straits Settlement Inn, ARK Malacca Hotel, Kapitan Kongsi Hotel, SPOT ON 90394 Jom Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 535 hotel yang boleh anda tempah di Oriental Melaka Straits Medical Centre
Dimiliki oleh Oriental Holdings Berhad (OHB), Orental Melaka Straits Medical Centre merupaka sebuah hospital baru yang dibina pada hujung tahun 2014 berhampiran dengan Pantai Klebang, Melaka. Ianya mengambil masa selama 10 minit jika anda memandu dari ibu negeri Melaka Bandaraya Warisan. Hospital ini dilengkapi dengan 300 buah katil dan merupakan sebuah hospital pakar dengan fasiliti yang lengkap.
Hospital ini mempunyai visi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan meyakinkan bukan hanya kepada pesakit tempatan, malahan kepda pesakit dari lur negara. Selain itu, hospital ini menyasarkan untuk menjadi pelopor kepada hospital berteraskan nilai dan kualiti penjagaan kesihatan yang tinggidi rantau ini dengan mempunyai barisan doctor dan jururawat yang sedia untuk berkhidmat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Selain menitikberatkan kepada keperluan pesakit, hotel ini turur dilengkapi dengan pakar perubatan dalam bidang masing-masing. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital adalah bilik pembedahan, diagnostic and interventional imaging services, in-house laboratory, farmasi, pusat dialisis, pusat diagnostik and pusat rehabilitasi. Selain itu, pesakit dan pelawat boleh menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti kafeteria, kedai roti, kedai kelengkapan 24 jam, kedai hadiah dan kedai runcit.
Terletak di Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, hotel berkonsepkan fusion rekaan awal abad ke 19 dan era kemodenan abad ke 20 mengenengahkan moto ‘old world charm, new world hospitality’. Rekaan dan senibina hotel yang unik akan mengagumkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Apa yang paling penting pastinya bilik yang disediakan. Hotel ini menyediakan lima jenis pilihan bilik yang berharga sekitar RM 250 sehingga rm 350 semalaman.
Terletak di Jalan Limbongan Klebang Kechil, Melaka, hotel ini menawarkan pengalaman yang menenagkan dan mendamaikan kepada pengunjungnya. Hotel ini mempunyai lapan pilihan bilik untuk dipilih mengikut keperluan pengunjung. Kadar hotel ini bermula dari RM 125 semalamn. Di hotel ini, pengunjung boleh memilih untuk mendapatkan bilik mengadap bandar ataupun laut. Tambahan lagi, hotel ini turut menyediakan kemudahan kolam renang.
Untuk mendapatkan penginapan yang lebih murah, anda bolehlah berkunjung ke Grandview Hotel yang terletak di Plaza Pandan Malim. Walaupun hotel ini kelihatan ringkas namun ianya memberikan kemudahan dan keselesaan setaraf dengan hotel 4 bintang yang lain. Antara kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah kolam renang dan perkhidmatan wifi yang laju. Jadi, tidak hairanlah hotel ini kerap menjadi pilihan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk menginap.Terdapat beberapa jenis pilihan bilik disediakan bergantung kepada saiz bilik dan kadar bayaran untuk semalaman adalah dari serendah RM 77.
Antara pusat tarikan pelancong yang terkenal di Melaka adalah Pasar Malam Jonker Walk. Ianya bertempat di Jalan Hang Jebat dan trafiknya teramatlah sesak terutamanya mada malam hari minggu. Pengunjung yang datang ke Bandaraya Melaka ini pasti menyesal jika tidak berkunjung ke sini kerana disinilah anda dapat melihat gaya hidup dan keunikan yang terdapat di negeri ini.Mengikut sejarah, Jonker street merupakan jalan dipenuhi rumah lama sekitar abad ke 17. Terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan disitu seperti barangan antik, kain, makanan, kraftangan dan juga cenderamata. Dengan peredaran masa, Jonker Street Berjaya mengekalkan keunikannya dan menjadi pilihan utama untuk berbelanja.
Anda pernah dengar tentang Straits Chinese Jeweller Museum? Mesti ramai belum pernah mendengarnya kan. Terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, muzium ini merupakan sebuah rumah di bangunan bersejarah. Muzium ini memaparkan pelbagai perabot dan barang kemas Baba dan Nyonya dan kekayaan budaya Peranakan. Pengunjung boleh melihat pelbagai barangan kemas dan sejarah disebaliknya. Adalah menarik untuk membawa kanak-kanak untuk mendalami dan menelusuri sejarah budaya Peranakan ini.