Total Accommodation | 29 Properties |
Popular Area | Bandar Labuan, Batu Manikar Town |
Popular Hotel | Dorsett Grand Labuan, Tiara Labuan Hotel |
Popular Landmark | Labuan Ferry Terminal, Labuan Square (Dataran Labuan) |
Jika anda berada di Patau-Patau Water Village, anda juga boleh melawati Bandar Labuan, Batu Manikar Town, Kerupang Town
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Dorsett Grand Labuan, Tiara Labuan Hotel, Palm Beach Resort & Spa Labuan, AZ Hotel & Serviced Apartments, Global Hotel, KL Hotel, AZ酒店及酒店式公寓(AZ Hotel & Serviced Apartments), Hotel Aifa, Avida Hotel, SkyGlobal Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 29 hotel yang boleh anda tempah di Patau-Patau Water Village
Patau-Patau Water Village juga bahasa melayu dikenali sebagai Kampung Air Patau-Patau adalah kediaman terapung di Jalan Merdeka, Labuan. Ia telah dibina di bahagian selatan pulau Labuan sepanjang pantai Malaysia Borneo. Ia juga dikenali sebagai perkampungan nelayan di mana ia kebanyakannya didiami oleh nelayan dan mereka adalah keturunan orang-orang yang menetap di situ sejak tahun 1930-an. Semasa Perang Dunia II, Kampung Air Patau-Patau telah musnah teruk disebabakan oleh sebuah bom yang dijatuhkan di situ. Namun, ia kemudian dibina semula. Rumah- rumah di situ sangat unik kerana ia dibina di atas tiang di atas air di teluk dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki kayu atau konkrit. Selain terkenal dengan aktiviti perikanan dan pelancongan, beberapa penduduk Kampung Air Patau-Patau turut menjalankan perniagaan tempat tinggal atau penginapan. Pelancong perlu ambil perhatian bahawa terdapat dua buah kampung air di Labuan dan satu lagi dipanggil Kampung Bebuloh.
Dari lapangan terbang Labuan, selain daripada menyewa kereta, satu-satunya cara untuk pergi ke sana adalah dengan menaiki teksi.
Dorsett Grand adalah sebuah hotel terkenal di seluruh dunia. Di Labuan, ia terletak di Jalan Merdeka, Taman Kewangan. Dorsett Grand telah menerima pencapaian yang berprestij seperti "Best Business Hotel Brand Malaysia 2014" dan "Luxury Business Hotel 2014". Oleh itu, ia bukan satu kejutan apabila hotel berjenama ini telah diiktiraf sebagai hotel lima bintang. Terletak berdekatan dengan lapangan terbang telah membuatkan hotel ini lebih popular untuk kedua-dua tujuan; perniagaan dan bersantai. Hotel ini menyediakan empat jenis penginapan yang membuat kesemua biliknya termasuk suite berjumlah 178 buah. Antara jenis penginapannya adalah; Deluxe Room, Executive Room, Premier Suite dan Royal Suite. Bilik-biliknya dikatakan cukup luas dan selesa untuk menginap. Para tetamu boleh memilih bilik yang berpemandangan panoramik bandar atau laut. Kadar biliknya bermula dari RM292 semalam. Untuk membuat hotel ini setanding dengan hotel lima bintang yang lain, kakitangan mempersiap-sediakan diri mereka menjadi cekap dan mahir dalam menyambut dan melayan para tetamu. Kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, gimnasium dan pusat perniagaan dijaga dengan baik untuk memastikan tetamu boleh menikmati penginapan mereka dengan tenang di sini.
Tiara Labuan terletak di Jalan Tanjung Batu. Sama seperti Dorsett Grand, Tiara Labuan juga terkenal untuk tujuan perniagaan dan percutian kerana ia juga terletak kira-kira 10 minit memandu ke Lapangan Terbang Labuan. Hotel ini menyediakan lima jenis bilik, termasuk suite, untuk para tetamu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah untuk memilih bilik terbaik mengikut keperluan mereka. Antara jenis-jenis biliknya adalah, Bilik Deluxe yang berkeluasan 144 meter persegi, One Bedroom Suite yang meliputi kira-kira 182 meter persegi, Dua bilik tidur Suite yang mempunyai dua bilik tidur, Tiara Villa yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur serta dapur dan Suite Premier yang hanya mempunyai 1 bilik tidur. Kadar biliknya bermula antara RM256 sehingga ke RM748 semalam. Sebagai hotel empat bintang, ia pasti menyediakan kemudahan terbaik seperti kemudahan kecergasan, kolam renang luar, kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi dan WIFI. Mempunyai motto sebagai 'Home of Tropical Experience', hotel ini akan sentiasa memastikan landskap hijau dikelilingi bangunannya dijaga dan dikekalkan rapi untuk menyenangkan mata tetamu-tetamunya.
Terletak di Jalan Wawasan, Labuan, Billion Waterfront Hotel adalah hotel yang diuruskan oleh syarikat Billion Pavillion Sdn Bhd. Hotel ini menempatkan sejumlah 94 bilik yang terdiri daripada 6 kategori yang berbeza. Bilik-biliknya adalah; Deluxe Park View, Deluxe Pool View, Deluxe Sea View, Executive Suite, Junior Suite dan Presidential Suite. Kadar biliknya bermula dari RM242 satu malam untuk Deluxe Park View di Traveloka.com. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai untuk memastikan tetamu berasa sama seperti di rumah. Bertapak di tengah-tengah bandar Labuan membuat tetamu mampu dan mudah untuk menerokai bandar ini hanya dengan berjalan kaki. Para tetamu juga boleh merasai percutian yang menyeronokkan di hotel ini kerana ia turut menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti rekreasi yang menarik. Sila terus hubungi penyambut tetamu hotel untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini.