amaran

Hotel berhampiran Pantai Redang

Sabak Bernam, Malaysia · 8 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel di kawasan popular

Hotel di Sekinchan

Hotel popular berhampiran Pantai Redang

Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

7-3A-A, Blok Mahsuri Jalan Perdana 1, Sekinchan Perdana, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

Shuang Yang Sekinchan Homestay 3

6-5-B, Blok Mahsuri Jalan Perdana 1, Sekinchan Perdana, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

Shuang Yang Sekinchan Homestay 1

12-6-A, Blok Mahsuri Jalan Peradana 1, Sekinchan Perdana, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

A+ Boutique Hotel

6, Jalan Perdana 2, Taman Sekinchan Perdana, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

8.6 / 10

Sangat Baik

Laguna Sekinchan Homestay

5, Jalan Indah 2/2, Taman Indah 2, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

Sekinchan Santorini Villa

18, Jalan Indah 2/4, Taman Indah 2,, Sabak Bernam, Malaysia, 45400

Padi Box Homestay - Sekinchan

Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, , Sabak Bernam, Malaysia, 45400

D'Bendang Homestay

Taliair 1 Ban 3 Sungai Sireh Tanjong Karang, Sabak Bernam, Malaysia, 45500

Tentang

Terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Lumpur dan boleh dikunjungi melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor dengan kira-kira 1 1/2 jam hingga 2 jam pemanduan bergantung kepada lalu lintas, Sekinchan adalah sebuah tempat yang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang hijau dan luas serta makanan laut yang segar kerana ia mempunyai perkampungan nelayan sendiri yang dipanggil Kampung Nelayan Bagan serta pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik di pantai berdekatan yang dipanggil pantai Redang. Anda boleh sampai ke sana dengan kereta, atau dengan bas dari Terminal Bas Puduraya (kaunter SPT Sabak Bernam-Kuala Lumpur). Walaubagaimana pun, anda digalakkan untuk menempah jelajah satu hari dengan van untuk akses mudah kesemua tempat-tempat pelancongan di Sekinchan terutama bagi pelancong luar.

Tarikan Pelancongaan

Membuat Hajat di Sebuah Pohon

Pantai ini terkenal dengan sebuah pokok di mana pengunjung selalu membuat hajat. Ia dilakukan dengan melemparkan reben merah ke atas pokok itu yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil kecil. Dapatkan kain merah bertuah dari Rumah Tuhan, tulis hasrat dan nama anda lalu membalingnya ke atas pokok itu. Pemandangan reben-reben merah yang terikat di pokok itu memberikan anda latar belakang yang indah dan unik untuk bergambar.

Menikmati Makanan Laut yang Enak dan Segar

Terdapat banyak restoran makanan laut di "Seafood Street" di sini. Antara restoran beberapa yang popular seperti Bagan Restoran, Cha Po Tion dan Loong Hua. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan restoran makanan laut dibuka dari pukul 8 pagi hingga 3 petang sahaja. Hanya segelintir yang dibuka pada waktu malam. Tetapi anda tidak perlu bimbang jika anda tidak merancang untuk makan di restoran, anda boleh dapatkan snek seperti keropok udang yang terkenal dan tiram mentah di kedai-kedai yang terdapat di sekitar pantai ini.

Bermain Layang-layang dan Buih Sabun

Mengapa tidak mengenangkan kembali kenangan zaman kanak-kanak anda dengan menerbangkan layang-layang dan meniup buih sabun gergasi? Pantai yang berangin ini adalah tempat yang sempurna untuk bermain layang-layang. Terdapat gerai-gerai yang menjual layang-layang di pantai ini di mana anda boleh membelinya dengan mudah. Jika anda tidak cukup mahir untuk menerbangkan layang-layang, anda boleh memilih untuk bermain buih sabun. Berseronok di sini bersama-sama yang tersayang merupakan cara yang baik untuk menghabiskan petang anda di Pantai Redang.

Menyaksikan Matahari Terbenam

Pemandangan matahari terbenam di sini sangat mempersonakan dan berbaloi untuk ditunggu. Terdapat sebuah menara jam tangan di sekitar Sekinchan Resort dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 dan sebotol air mineral percuma, jika anda ingin melihat matahari terbenam dari kawasan yang lebih tinggi.

Hotel

Homestay Shuang Yang Sekinchan

Homestay Shuang Yang Sekinchan adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk diinap jika anda melawat Sekinchan, terutama di sekitar Pantai Redang kerana jaraknya yang hanya 820 meter dari pantai di mana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Antara kemudahan yang disediakan termasuk peralatan dapur, peti sejuk dan barangan runcit. Tempat ini sesuai untuk anda melawat dengan keluarga. Terdapat kolam renang di luar dan gelanggang badmintoon jika anda ingin menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal.

Vila Santorini Sekinchan

Vila Santorini Sekinchan, yang pasti menjadi pilihan nombor satu jika anda melawat Sekinchan dengan kumpulan yang besar. Vila ini berada pada kedudukan yang strategik, berhampiran dengan kemudahan awam maka ia menjadi mudah buat pengunjung. Kaunter penyambut tetamu 24 jam disediakan untuk anda pada bila-bila masa. Pantai Redang Sekinchan hanya 1.23km jauhnya dengan banyak aktiviti dan makanan yang enak menunggu untuk anda!