amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

Terengganu, Malaysia · 44 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel di kawasan popular

Hotel di Paka

Hotel di Kuala Dungun

Hotel popular berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

EXTERIOR_BUILDING ARENA INN

ARENA INN

245, Taman Cahaya, Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Malaysia, 23200

null Hotel RTC Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun

Hotel RTC Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun

Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah, Paka, Dungun, Terengganu, Malaysia, 23400

Tentang

Sekolah Kebangsaan Bukit Besi adalah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan yang terletak di bandar perlombongan Bukit Besi, di bawah pentadbiran daerah Dungun, negeri Terengganu, Malaysia. Ia mudah dijumpai jika menelusuri Jalan Mutiara dengan kemudahan-kemudahan lain sekitar bandar seperti pejabat pos, klinik kerajaan dan banyak lagi. Sama sahaja seperti mana-mana sekolah rendah jenis kebangsaan yang lain di negara ini, sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan walaupun kadangkala pihak sekolah turut mencari dananya sendiri dengan cara memohon sumbangan orang ramai terutamanya dari pihak ibu bapa dan guru.


Ia adalah sekolah bersaiz kecil ke sederhana yang menampung kira-kira 500 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai jantina dan kaum yang berlainan pada satu-satu masa, yang mana kesemua mereka akan melalui tahap pembelajaran dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Kebanyakan ibu bapa pelajar ini akan bekerja dalam industri perlombongan bijih besi yang telah menjadi pemacu ekonomi utama bandar ini sejak bandar ini mula dibuka lagi. Kawasan ini biasanya akan sedikit sibuk di pagi hari sekitar jam 7 pagi dan petang sekitar 12 tengah hari dari hari Isnin hingga Jumaat apabila para pelajar dihantar dan diambil oleh ibu bapa mereka untuk menghadiri sesi persekolahan wajib.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan AirAsia. Apabila beredar dari lapangan terbang, para pengunjung boleh mengambil teksi atau pengangkutan awam lain untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.


Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses segera ke Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan 50 minit atau sehingga empat jam, bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat ialah Terminal Bas Ekspres Dungun yang terletak bersebelahan Jalan Kuala Terengganu. Ambil perjalanan terus ke Dungun dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Express Kesatuan, Express Mutiara dan Transnasional Express. Dari sini, pengunjung boleh menaiki bas atau teksi laluan tempatan untuk pergi ke bandar untuk tiba di mercu tanda yang tersebut.


Tarikan Pelancongan

Hutan Lipur Chemerong

Terletak lebih jauh ke dalam dan mengambil masa kira-kira 50 minit dengan kereta dari mercu tanda Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, hutan lipur ini sememangnya merupakan permata tersembunyi yang memiliki beberapa air terjun yang indah dan mengagumkan. Salah satu air terjun ini adalah Air Terjun Chemerong yang mengambil masa satu jam setengah jika “trekking” dengan berjalan kaki dari pintu masuk, namun air terjun beberapa tingkat ini pasti akan membuat pengunjung kagum dengan lanskapnya yang luar biasa. Apabila memasuki hutan lipur ini, seseorang perlu melalui ladang kelapa sawit tetapi hutannya dapat dilihat dari jauh kerana ketinggian pokok-pokok hutan. Beberapa buah sungai yang mengalir melalui hutan lipur ini sangat jelas airnya dengan beberapa buah tapak perkhemahan yang disediakan untuk mereka yang dahagakan pengembaraan.


Taman Rekreasi Tasik Puteri

Dengan jarak yang tidak jauh dari pusat bandar, seseorang memerlukan kurang dari sepuluh minit untuk sampai ke taman rekreasi dengan memandu. Sebagai sebahagian daripada Kelab Golf Tasik Puteri, pengunjung pasti akan menemui sebuah tasik buatan manusia yang memukau apabila tiba di sini. Kehijauannya dijaga dengan baik sekali, menjadikannya tempat yang sempurna untuk bersiar-siar dengan keluarga dan rakan-rakan. Apa yang menjadikan tempat ini lebih menarik ialah air terjun yang terletak di dalam taman ini sesuai untuk berenang dan berkelah secara berkumpulan. Terdapat juga tempat mandi cetek yang khusus untuk kanak-kanak dan bagi mereka yang kurang gemar akan perairan yang dalam.


Hotel

Arena Teraju Hotel Bukit Besi

Arena Teraju Hotel adalah hotel yang berpatutan yang terletak di 245, Taman Cahaya dan penginapan ini sesuai untuk pengunjung dengan bajet yang terkawal. Ia terletak berhampiran dengan kawasan Bukit Besi dan berdekatan dengan kedai-kedai yang banyak, maka pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar bandar ketika menginap di sini. Kemudahan termasuk meja, air mandian pancuran, televisyen kabel, WiFi dan penyambut tetamu yang bertugas selama 24-jam.


24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?