amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel berhampiran Sentul Timur LRT Station

Kuala Lumpur, Malaysia · 34 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Hotel popular berhampiran Sentul Timur LRT Station

Archeotel Hotel

No 10, Jalan Haji Salleh, Sentul, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51100

7.3 / 10

Bagus

EXTERIOR_BUILDING Zaiha Holiday House

Zaiha Holiday House

45-18-18, Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51000

null Archeotel Hotel (Change Management)

Archeotel Hotel (Change Management)

10, Jalan Haji Salleh, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51100

LOBBY Tamarind @ 2 Mins to KTM Sentul

Tamarind @ 2 Mins to KTM Sentul

Tamarind Condo, Sentul East, 1, Jalan Sentul Indah, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51100

LOBBY Riccarton Capsule Hotel

Riccarton Capsule Hotel

No.G-Wisma Q Titiwangsa, Persiaran Titiwangsa, 1, Jalan Pahang,, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53000

8.8 / 10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Bunker Hotel & Restaurant

Bunker Hotel & Restaurant

No 47 & 49 Jalan Sarikei Off Jalan Pahang Pekeliling , Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53000

EXTERIOR_BUILDING I Biz Hotel

I Biz Hotel

No.8, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53300

6.9 / 10

Okay

null Swiss Cottage Hotel

Swiss Cottage Hotel

3, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang Barat,, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53000

EXTERIOR_BUILDING FINE Hotel

FINE Hotel

No 10 & 12, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53000

8.2 / 10

Sangat Baik

null MySpace Inn - Hostel

MySpace Inn - Hostel

42-1, Persiaran 65C, Jalan Pahang Barat, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 53000

EXTERIOR_BUILDING Hotel Seniman Sentul

Hotel Seniman Sentul

19, Jalan Perhentian, Off Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51100

EXTERIOR_BUILDING Poorna Hotel

Poorna Hotel

335, Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51200

EXTERIOR_BUILDING Luxury Duplex @ The Reach Titiwangsa

Luxury Duplex @ The Reach Titiwangsa

, Setapak, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

EXTERIOR_BUILDING SCC Hotel City Centre

SCC Hotel City Centre

No 368, Jalan Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah ( 2 1/2 Miles Jalan Ipoh ) , Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51200

8.0 / 10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING New Cloud Hotel

New Cloud Hotel

376, Jalan Ipoh, Batu 2 1/2, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51200

7.5 / 10

Bagus

LOBBY One Enigma Hotel

One Enigma Hotel

No.172A & 174A , Jalan Ipoh , Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51200

8.2 / 10

Sangat Baik

EXTERIOR_BUILDING Le Ruiz Boutique Hotel

Le Ruiz Boutique Hotel

22, Jalan Cemur, Off Jalan Pekeliling, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50400

8.4 / 10

Sangat Baik

null One Enigma Hotel

One Enigma Hotel

158-166, Jalan 1/64, Sentul, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 51200

LOBBY Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

9 Jalan Lumut, Pekeliling, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50400

8.8 / 10

Sangat Baik

Tentang

Stesen LRT Sentul Timur yang terletak di Sentul berada di dalam kawasan pinggiran Bandar Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh pembangunan rumah kos rendah dan berhampiran dengan dua buah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah. Stesen LRT Sentul Timur telah dibuka untuk kegunaan orang ramai pada tahun 1998 sebagai sebahagian dari laluan fasa kedua pembangunan laluan LRT STAR. Stesen ini bertujuan untuk menghubungkan Sentul Timur dengan bahagian lain di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya. Stesen ini dihubungkan dengan Laluan Ampang Line dan Sri Petaling Line. Jalan Sentul dan Jalan Ipoh merupakan dua jalan utama yang menghubungkan kawasan ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Stesen LRT Sentul Timur. Jarak dari lapangan terbang ke Stesen LRT Sentul Timur adalah lebih kurang 62km atau 50 minit masa perjalanan.

Menggunakan Kereta

Cara paling mudah untuk ke Stesen LRT Sentul Timur adalah dengan memandu. Stesen LRT Sentul Timur dihubungi dengan jaringan lebuhraya dan jalan persekutuan yang lengkap. Ianya boleh dihubungi melalui Lebuhraya Damansara-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Duta-Segambut, Sentul Link, Lebuhraya Sultan Iskandar, Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Jalan Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang. Sekiranya anda memandu dari arah Selatan atau Utara Semenanjung Malaysia anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Stesen LRT Sentul Timur.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki keretapi LRT dari KL Sentral atau mana-mana Stesen LRT ke Stesen LRT Sentul Timur.

Menggunakan Bas

Stesen LRT Sentul Timur juga boleh dihubungi dengan menaiki bas RapidKL bernombor T223, U2, U10 dan U12.

Tarikan Pelancongan

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa merupakan destinasi utama yang mesti anda kunjungi ketika berada di Stesen LRT Sentul Timur. Ianya hanya mengambil masa perjalanan selama 5 minit sahaja dari stesen ke Taman Tasik Titiwangsa. Tasik ini merupakan sebuah taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti trek joging, basikal air, kanu dan lain-lain aktiviti luaran. Terdapat juga jualan makanan dan minuman di sekitar tasik untuk para pengunjung menikmati makanan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara merupakan galeri seni rasmi yang terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Titiwangsa di Utara Kuala Lumpur. Balai Seni Lukis Negara mempunyai lebih dari 2,500 koleksi hasil seni termasuk gambar tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan oleh pelbagai seniman terkenal.

National Theatre (Istana Budaya)

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Istana Budaya yang terletak bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara. Panggung Budaya ini merupakan panggung yang pertama di Asia yang dilengkapi dengan teknologi pentas canggih yang setaraf dengan Albert Hall di London. Istana Budaya juga merupakan lokasi utama untuk kebanyakan persembahan tempatan dan antarabangsa seperti teater muzikal, konsert klasik, opera dan lain-lain.

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas merupakan mercu tanda utama Malaysia yang mesti anda kunjungi ketika berada di Stesen LRT Sentul Timur. Menara Berkembar Petronas mempunyai ketinggian 88 tingkat. Mulakan lawatan anda dengan berkunjung ke Jambatan Udara Menara Berkembar di aras 42 dan 42. Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi anda perlu mengambil pas pelawat yang dikeluarkan secara terhad setiap hari.

Hotel

Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah Kuala Lumpur dengan jarak hanya 1.6 km sahaja dari Stesen LRT Sentul Timur. Hotel Vistana menawarkan bilik lengkap dengan kemudahan untuk bekerja atau beristirahat termasuk WiFi percuma di seluruh hotel. Kemudahan yang terbaik dengan kedudukan yang strategik menjadikan Hotel Vistana Kuala Lumpur pilihan terbaik anda.

Riccarton Capsule Hotel

Riccarton Capsule Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menjadi pilhan bijak sekiranya anda berada di Stesen LRT Sentul Timur. Hotel ini berhampiran dengan tarikan utama pelancongan seperti Taman Tasik Titiwangsa pada jarak 0.9 km dan Balai Seni Lukis Negara 0.8 km. Dengan lokasi yang strategik telah menjadikan hotel ini sebagai pilihan yang tepat untuk penginapan anda.