Total Accommodation | 28 Properties |
Popular Hotel | Pulse Grande Hotel, Zenith Putrajaya |
Popular Landmark | Putrajaya International Convention Centre, Marina Putrajaya |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Pulse Grande Hotel, Zenith Putrajaya, The Everly Putrajaya, Stellar Putrajaya Hotel, Mercure Living Putrajaya, 3Bedroom Cozy Home IOI City Putrajaya, Conezion Residences & JRS Homestay, Conezion Putrajaya by SYNC, Hotel Zamburger Putrajaya, Enclave Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 28 hotel yang boleh anda tempah di Setia Alam Night Market
Terletak di jalan sepanjang kira-kira 2.2 km, pasar malam Setia Alam yang dikenali sebagai pasar malam yang paling panjang di negara ini yang terletak di sepanjang jalan utama Setia Alam Entreprenuership Park. Pada setiap hari Sabtu, Pasar Malam Setia Alam selebar 6 blok bangunan ini mula beroperasi pada pukul 6 petang. Bahagian jalan di sini dipenuhi dengan gerai yang menjual segala jenis barangan dari aksesori kereta, peralatan dapur sehinggalah makanan haiwan peliharaan. Menjual makanan tempatan dan hidangan antarabangsa yang lazat pada harga yang murah, tarikan utama pasar malam ini adalah pelbagai jenis juadah yang biasanya tidak boleh tidak didapati di pasar-pasar biasa lain. Bahagian separuh pertama pasar ini dipenuhi dengan makanan Melayu manakala bahagian separuh kedua pula dipenuhi dengan juadah Cina, Tawainese, Thai, Jepun dan makanan eksotik lain yang biasanya hanya dapat ditemui di pusat membeli-belah. Disebabkan terlalu banyak pilihan, adalah mustahil untuk mencuba semua hidangan istimewa di sini dalam satu malam. Walau bagaimanapun, kunjungan ke pasar malam Setia Alam adalah satu kemestian apabila anda berada di kawasan-kawasan berhampiran Setia Alam.
Putrajaya Wetlands Park adalah kawasan air tawar buatan manusia pertama yang terbesar dibina di Malaysia. Ia termasuk dalam kawasan Taman Wetland seluas 138 hektar dan kawasan paya seluas 1977 hektar. Terletak di Putrajaya, ia terdiri daripada 24 sel paya, Taman Wetland dan kawasan-kawasan paya lain. Taman ini juga merupakan tempat perlindungan hidupan liar yang telah menarik pelbagai jenis haiwan darat dan akuatik dengan persekitarannya yang optimum. Terdapat beberapa spesies burung tanah paya dan burung air tempatan yang telah dikesan di sini. Selain daripada kepelbagaian fauna, tarikan utama di taman ini adalah Lookout Tower, Flamingo Pond, Nature Trail dan Nature Interpretive Centre.
Menawarkan panorama menakjubkan di kawasan kejiranan Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya membolehkan anda untuk berehat dan menikmati makanan di atas pelayaran persiaran di Tarik Putrajaya. Bersebelahan Masjid Putra yang terkenal, pelawat boleh memilih antara katamaran dan bot tradisional yang kecil dipanggil perahu. Katamaran mempunyai kapasiti sehingga 76 orang pada satu-satu masa, perahu adalah sebuah bot kayu tradisional yang boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang pada satu-satu masa. Kedua-duanya boleh untuk disewa di sini. Gerai tiket dan tempat menaiki bot terletak di bawah Jambatan Putra. Selain daripada membawa pengunjung menyusuri kawasan-kawasan di pusat pentadbiran Putrajaya, pelayaran ini juga merupakan venue yang sesuai untuk upacara perkahwinan atau apa-apa majlis keraian khas dek kerana persekitarannya yang sangat indah dan romantis.
Tidak boleh disangkal lagi, hotel ini merupakan pilihan utama tetamu di tengah-tengah daerah pentadbiran Putrajaya . Persekitaran semula jadi hotel ini membuatkan anda berasa berada jauh dari kesibukan bandar walaupun pada hakikatnya ia adalah sangat dekat dengan pejabat Perdana Menteri dan istana yang megah. Bilik-bilik yang begitu selesa dengan tema alam semula jadi yang unik serta sentuhan senibina yang halus di setiap bilik. Mengambil angin di teres peribadi, anda pasti terpesona dengan pemandangan tenang taman di sini.Terdapat perkhidmatan penghantaran percuma ke / dari Kuala Lumpur dua kali pada hari minggu dan tiga kali pada hujung minggu. Juga terdapat servis penghantaran ke Cyberjaya dan pusat membeli-belah yang berdekatan, Alamanda.
Berinspirasikan zaman kegemilangan seorang pengambara, Le Mรฉridien kekal sebagai tempat berkumpul yang menjadi pilihan orang ramai di samping tempat untuk bergembira. Sering memberi kejutan kepada tetamu yang berfikiran ingin tahu dan kreatif, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang luar biasa di setiap bilik dan suite yang anggun. Dengan sentuhan warna bumi yang hangat, ia menambahkan lagi suasana mewah yang membuatkan tetamu berasa sentiasa dialu-alukan. Terletak berdekatan dengan banyak tempatan tarikan pelancongan, sebahagian daripadanya adalah seperti Taman Wetlands Putrajaya (1.95 km), Istana Melawati (2.93 km), Pasar Malam Setia Alam (2.93 km) Taman Botani Putrajaya (3.16 km).