Total Accommodation | 250 Properties |
Popular Area | Ipoh |
Popular Hotel | Ipoh Waterpark Homestay 7-12pax 3 Or 4Bedrooms Pool or City View with 2parking, WEIL Hotel |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, KPJ Ipoh Specialist Hospital |
Jika anda berada di Sultan Azlan Shah Airport (IPH), anda juga boleh melawati Meru, Tambun, Sungai Siput, Kelebang
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Ipoh Waterpark Homestay 7-12pax 3 Or 4Bedrooms Pool or City View with 2parking, WEIL Hotel, Belakang KongHeng By DreamScape, Symphony Suites, Impiana Hotel Ipoh, Concept by WEIL Hotel, Travelodge Ipoh, Hotel Excelsior Ipoh, Tower Regency Hotel & Apartments, Kinta Riverfront Hotel & Suites.
Buat masa ini, terdapat sekitar 250 hotel yang boleh anda tempah di Sultan Azlan Shah Airport (IPH)
Pada mulanya dikenali sebagai lapangan terbang untuk pesawat kecil Fokker, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah telah dibangunkan pada tahun 1980 untuk menampung operasi pesawat jet. Pada tahun 1989, semasa lawatan Queen Elizabeth II ke Bandar Diraja Kuala Kangsar, terminal lapangan terbang baru pada ketika itu telah siap dibina. Apabila Lebuhraya Utara-Selatan dilancarkan, ramai orang mula menggunakan kereta dan diikuti dengan penghentian perkhidmatan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia, menjadikan lapangan terbang ini sukar untuk bertahan. Ini diikuti dengan pengenalan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan bandar Ipoh dalam kira-kira 2 jam. Pada tahun 2013, selepas selesai kerja menaik taraf landasan, lapangan terbang ini telah diisytiharkan tidak selamat. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada bulan April 2011 dan selesai pada November 2012. Terminal lama telah dimusnahkan dan terminal yang baru dan moden dibina. Landasan itu panjangkan lagi sebanyak 200 meter untuk menampung pesawat-pesawat B737 dan A320. Hari ini, terminal baru yang lebih lebar dan lebih luas serta dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya untuk keselesaan pengunjung. Sekali lagi, lapangan terbang ini dengan bangganya mengumumkan penyelenggaraan penerbangan penumpang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, dan seterusnya dari sana ke destinasi-destinasi utama di seluruh dunia. Komited sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, pengunjung berpeluang untuk menikmati pelbagai tarikan lapangan terbang ini di mana keselamatan, hospitaliti, dan kemudahan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan.
Concubine Lane merupakan sebuah lorong yang sempit, di Old Town Ipoh dan merupakan tempat di mana perempuan-perempuan simpanan hartawan Cina yang kaya dan pegawai British tinggal. Seni bina bangunan-bangunan lama di sini mempunyai sentuhan antik serta menghasilkan persekitaran yang unik dan anggun. Pada hari ini, lorong ini meriah dengan pengunjung-pengunjung dan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti barangan antik, makanan dan lain-lain. Suasana di Concubine Lane sangat meriah terutamanya pada hujung minggu di mana pengunjung datang untuk bersiar-siar sambil mengambil gambar dan menikmati pelbagai hidangan lazat di kafe-kafe hipster di sini.
Art of Old Town, Ipoh Mural adalah salah satu tarikan terbaru di bandar ini. Mural-mural yang indah ini dilukis oleh Ernest Zacharevic, orang yang sama melukis mural pada dinding di sepanjang jalan-jalan di Georgetown, Pulau Pinang. Usaha ini adalah kerjasama dengan Oldtown White Coffee dalam menghayati warisan dan sejarah yang dikongsi antara Ipoh Old Town dan Oldtown White Coffee. Mural-mural ini menyerlahkan pelbagai budaya yang ada di Malaysia seperti tarian singa, kuda kepang, India, Kadazan serta permainan kanak-kanak yang popular seperti sorok-sorok, lukisan seekor ibu ayam dan pemandangan air terjun yang indah.
Terletak di lokasi yang strategik di tengah-tengah bandaraya Ipoh, Impiana Hotel merupakan sebiah pilihan penginapan yang tepat di mana pusat perdagangan, percutian dan budaya disatukan dalam suasana yang harmoni. Impiana Hotel menyediakan bilik-bilik yang luas yang digabungkan dengan kemudahan yang moden dan selesa untuk memastikan penginapan yang terbaik bagi para tetamu. Hotel ini dilengkapi dengan elavator, WIFI, meja penyambut tetamu 24 jam, tempat letak kereta peribadi, kolam renang, restoran dan banyak lagi. Terletak berhampiran banyak daya tarikan tempatan seperti Hospital Pakar KPJ Ipoh (0.61 km), Pusat Perubatan Kinta (0.84 km), Hospital Raja Permaisuri Bainon (1.60 km) Han Chin Pet Soo (1.85 km), Impiana Hotel adalah tempat penginapan yang terbaik jika anda ingin menginap di Ipoh.
Hanya 5 km dari pusat bandar, Hillcity Hotel & Condo terletak di Jalan Gopeng. Dibina di puncak bukit yang indah serta menghadap ke bandar Ipoh, kesemua 205 buah bilik di sini telah direka dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna bagi memberikan layanan yang terbaik kepada tetamu. Sebuah hotel kelas pertama yang unggul, terdapat sebuah restoran yang memberikan suasana yang selesa dengan pemandangan taman rekreasi, kuil dan bukit. Kemudahan yang hebat dan lokasi yang sangat baik membuatkan Hillcity Hotel & Condo menjadi tempat penginapan yang sempurna untuk menikmati hari-hari anda di Ipoh.