1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (486 Hotel)
    >
  4. Bahagian Mukah
    (7 Hotel)

Hotel berhampiran Tanjung Manis Airport (TGC)

Sarawak, Malaysia · 7 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Lapangan Terbang Tanjung Manis adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Bahagian Mukah, Sarawak. Walaupun Tanjung Manis kini berada di bawah bidang kuasa Bahagian Mukah, kerana berdekatan dengan Sarikei, lapangan terbang ini menghubungkan Bahagian Sarikei. Jangan lupa untuk melawat hotel Lapangan Terbang Tanjung Manis setiap kali anda tiba di sini.

Hotel popular berhampiran Tanjung Manis Airport (TGC)

See all 7 Hotels near Tanjung Manis Airport (TGC)

Facts about hotel in Tanjung Manis Airport (TGC)

Total Accommodation
7 Properties
Popular Landmark
Mukah Airport (MKM), Tanjung Manis Airport (TGC)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Tanjung Manis Airport (TGC)

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Tanjung Manis Airport (TGC) dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Tanjung Manis Airport (TGC) akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
AWANGKU H. B. A. F.
Ini adalah profil peribadi.
31 Dec 2023
Sangat selesa dan ruang dan katil bilik yang besar. Breakfast yang sedap cuma sedikit pilihan. Overall terbaik!
KO CHIOK Y.
Ini adalah profil peribadi.
10 Oct 2022
Kepala pancuran tidak berfungsi dengan baik. Kurang penyelenggaraan.
Mohd A. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
5.4
/ 10
9 Feb 2021
Bau bilik sangat mengerikan. Baunya seperti asap rokok sepanjang masa.
Benadik N.
Ini adalah profil peribadi.
18 Apr 2023
Kedua-dua bilik dan tandas sangat kotor, malah tilam dan cadar & selimut berbau:-(Ada kesan di lantai dan dinding juga:-(Saya tukar ke bilik lain tetapi bilik itu juga keadaan yang sama:- (.

Soalan lazim tentang Tanjung Manis Airport (TGC)

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Tanjung Manis Airport (TGC)?

Jika anda berada di Tanjung Manis Airport (TGC), anda juga boleh melawati Mukah

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Tanjung Manis Airport (TGC)?

Buat masa ini, terdapat sekitar 7 hotel yang boleh anda tempah di Tanjung Manis Airport (TGC)

Tentang

Lapangan Terbang Tanjung Manis Airport terletak dalam daerah Mukah, Sarawak, Malaysia di dalam pekan Tanjung Manis. Ia dibina bertepatan dengan Tanjung Manis sebagai pekan yang berkembang. Lapangan terbang ini dibuat berdasarkan Pelan Induk Kerajaan Sarawak untuk merubah kawasan penempatan kecil ini kepada hab industri makanan halal mega yang merupakan sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Lapangan terbang berintegrasi ini bertujuan untuk menjadi laluan utama untuk urusan import dan eksport bagi kawasan tengah Sarawak. Selain kawasan Mukah, ia turut menyediakan perkhidmatan ke kawasan Sarikei kerana lokasinya yang berhampiran dengan Sarikei.

Sebelum pembinaan lapangan terbang ini, hanya Sungai Rajang yang menjadi satu-satunya cara pengangkutan untuk sampai ke pekan Tanjung Manis. Sejajar dengan lapangan terbang ini, jalan- jalan mula dibina dari Sibu ke Tanjung Manis yang memudahkan pengangkutan menggunakan kereta menerusi Sarawak Coastal Road sejauh 87 kilometer. Pengunjung perlu melalui lapan jambatan dan beberapa pekan kecil lain seperti Daro, Matu, Kampung Igan, Oya, dan. Jambatan utama ialah Jambatan Lebaan yang merupakan jambatan terpanjang untuk merentasi sungai. Pengunjung turut dapat melanjutkan pengembaraan mereka ke pekan Sarikei.

Tarikan Pelancongan

Pelabuhan Tanjung Manis

Pelabuhan ini boleh ditemui apabila memasuki pekan Tanjung Manis dan ianya sejauh 15 minit dari lapangan terbang. Pelabuhan ini adalah terminal pengangkutan utama untuk penduduk tempatan. Tempat ini sangat cantik dan laut pun dekat. Jika anda ke sini dengan memandu, pelabuhan ini adalah tempat yang baik untuk berehat dan menikmati angin serta pemandangan laut yang mempesona. Terdapat bumbung sebagai pelindung daripada cahaya matahari yang terik dan juga untuk para penangkap ikan untuk menunggu bot. Mereka yang berminat dengan memancing dan menangkap ikan akan mendapati ini adalah tempat yang baik. Terdapat juga beberapa buah kedai makan berhampiran untuk pengunjung menikmati juadah daripada perjalanan yang jauh dan juga kedai hadiah.

Bandar Sarikei

Bandar Sarikei adalah antara bandar yang lebih besar yang boleh ditemui apabila bergerak sedikit jauh dari Tanjung Manis. Sarikei adalah bandar tepi tasik yang membangun, merupakan pusat pentadbiran dan antara tempat utama dalam Lebuhraya Pan-Borneo. Dengan reputasinya sebagai pusat agrikultur yang penting, tidak lengkap menyebut nama Sarikei tanpa memberi kredit kepada nenasnya dan produk berasaskan lada. Mengukuhkan lagi fakta ini, Sarikei memiliki sebuah arca nenas yang terletak berhampiran dermaga bot ekspressnya. Untuk merasai sendiri keenakan buah ini, pengunjung boleh pergi ke pasar buah dan sayur yang berhampiran. Selain itu, Sarikei Esplanade turut menjadi antara tempat tarikan utama. Di sini, anda boleh melihat kepelbagaian jenis bot ekspres yang menyusuri Sungei Nyelong. Berdekatan tempat ini adalah Taman Tasik Sarikei dengan landskap yang amat cantik. Terdapat tempat permainan kanak-kanak dan sebuah tasik yang membuatkan ia sesuai untuk piknik bersama keluarga.

Bandar Sibu

Sebuah lagi bandar berhampiran iaitu Sibu merupakan bandar yang lebih besar dengan lebih banyak tempat menarik untuk dilawati. Antara tempat yang wajib dikunjungi ialah Taman Wong Nai Siong, yang merupakan tempat bersejarah dengan catatan lengkap tentang kedatangan pendatang Foochow ke Sungai Merah pada tahun 1901. Terdapat juga makanan Foochow dijual berhampiran taman ini. Seterusnya ialah Sibu Central Market yang merupakan pasar tertutup terbesar di Malaysia. Ia terletak di Jalan Channel dan menawarkan pelbagai barangan untuk dijual. Apabila dating ke sini, bersedialah untuk ditakjubkan dengan jumlah gerai yang banyak, rata-ratanya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengunjung juga boleh mencari produk berasaskan rotan, produk sagu, paku mentah dan midin, durian serta dabai yang begitu dikenali di sini. Akhir sekali, Pusat Warisan Sibu turut merupakan tempat wajib dikunjungi. Lokasinya begitu strategik, iaitu di antara Jalan Tengah dan Jalan Wong Nai Siong, pusat warisan ini merupakan sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai aspek sejarah, budaya dan sosio-ekonomi Sarawak secara umumnya dan Sibu secara khusus. Landskapnya juga sungguh mempesonakan dan memberikan persekitaran yang selesa untuk para pengunjung. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual buah tangan seperti kostum tradisi kaum Iban.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved