Le Meridien adalah salah sebuah hotel mewah yang terkenal di Kuala Lumpur. Ia merupakan satu jenama hotel antarabangsa yang dimiliki oleh syarikat Marriott International. Di bawah syarikat yang sama, terdapat kira-kira 100 lebih banyak hotel yang telah dibangunkan di seluruh dunia. Le Meridien telah mula ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Air France dengan moto “to provide on a home away from home for its customers”, yang bermaksud untuk menyediakan keselesaan seperti di rumah untuk para pelanggannya. Selepas hampir empat dekad berkecimpung dalam urusan perhotelan, mengharungi segala turun naik perniagaannya, Le Meridien telah membuka hotel ke-100 di Coimbatore, India. Kesimpulannya, Le Meridien boleh dilihat sebagai salah satu syarikat hotel yang mempunyai berdekad-dekad pengalaman dalam industri ini.
Beralamat di 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, 50470, Malaysia. Hotel ini terletak di tengah-tengah Lembah Klang, Kuala Lumpur Sentral (KL Sental), sejurus menjadikan ia hotel yang terkenal dan strategik untuk dilawati oleh para tetamu. Dengan adanya KL Sentral sebagai stesen pertukaran untuk kereta api dan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi juga boleh didapati di sini, ia membuatkan Le Meridien hotel mudah diakses oleh para tetamu. Terletak di tengah-tengah Lembah Klang membuatkan ia mudah diakses dan mengambil kurang daripada satu jam perjalanan dari mana-mana hujung Lembah Klang ini.
Untuk tetamu yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, mereka boleh memilih sama ada menaiki kereta api, bas atau teksi untuk ke hotel. Yang paling cepat adalah dengan kereta api KLIA Express yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke KL Sentral. Kemudian, mereka hanya boleh berjalan dalam kira-kira 5 minit untuk ke lobi hotel. Jika tetamu yang datang dengan menggunakan pengangkutan peribadi, terdapat beberapa mercu tanda yang boleh mereka cari seperti KL Sentral, Nu Sentral, Brickfields dan Mid Valley Megamall untuk ke hotel. Mereka hanya perlu mencari bangunan pencakar langit berkembar berdekatan kerana Le Meridien bersambung terus dengan hotel Hilton. Bangunan berkembar ini membuatkan kedua-dua hotel tersebut tidak kurang hebatnya, sama ada dalam kalangan para pelancong percutian atau pelancong dalam urusan perniagaan.
Le Meridien dibina dengan sejumlah 420 bilik yang terdiri daripada enam pilihan berbeza untuk tetamu memilihnya. Antaranya ialah Bilik Superior, Bilik Premier, Bilik Le Meridien Club, Bilik Deluxe Suite Le Meridien Club dan Bilik Presidential Suite. Kawasan bilik adalah antara 30 meter hingga 36 meter. Manakala, pembinaan keluasan suite kelab adalah antara 69 meter kepada 138 meter dan yang terbesar adalah Presidential Suite yang berkeluasan antara 137 meter kepada 138 meter.
Bilik-bilik tersebut direka dengan gabungan elemen kebudayaan dan gaya kontemporari beserta warna palet cat dinding yang sungguh menenangkan. Kesemua bilik dilengkapi peralatan moden untuk keselesaan penginap seperti lampu sisi katil untuk membaca, panel suis berdekatan katil serta selimut duvet berbulu tebal yang dapat memastikan keselesaan tetamu. Bilik mandi juga dilengkapi dengan kemudahan moden seperti alat pengering rambut, ruang mandi dan gabungan tab mandi. Kesimpulannya, penyediaan bilik-bilik dan bilik mandi pasti akan membuat tetamu berasa serba lengkap untuk penginapan mereka umpama berada di rumah sendiri.
Dengan ini, Le Meridien telah memperoleh komen-komen positif dari para tetamu dan mencapai tahap hotel 5 bintang. Selain daripada reka bentuk dalaman bilik yang cantik, lokasi bangunan yang ada di tengah-tengah KL memberikan pemandangan bandar maju yang indah dan tetamu dapat melihatnya daripada jendela bilik masing-masing. Kadar harga biliknya bermula dari RM456 semalam. Tetamu yang menginap di Bilik Le Meridien Club mempunyai akses eksklusif untuk mengunjungi Le Méridien Club Lounge yang baru diubahsuai dan terletak di tingkat 33.
Apa yang membuatkan hotel ini menjadi lebih eksklusif adalah kerana terdapat beberapa buah restoran hebat di dalamya. Terdapat tujuh jenis restoran di hotel ini. Antaranya ialah Favola, Latest Recipe, Gastro Sentral, Latitude 03, Pool Bar, Prime and Ginza Sushimasa. Tetamu hotel hanya cuma perlu memilih cita rasa makanan yang mereka inginkan dan terus ke restoran berkenaan.
Setanding dengan hotel-hotel 5 bintang yang lain, Le Meridien juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan mewah untuk keseronokan tetamu sepanjang tempoh penginapan. Untuk rekreasi dan hiburan, ia menyediakan gimnasium dan spa, kemudahan spa, kelab lounge, kolam renang luar, jakuzi dan banyak lagi. Jika tetamu berminat untuk bermain golf, mereka boleh merujuk kepada kakitangan hotel dan mereka akan menghantar tetamu terus ke padang golf berhampiran dengan hotel. Yang paling menarik ialah kolam renang terbesar di bandar ini, iaitu kira-kira 120 meter lebar. Bagi tetamu yang memerlukan sesi memanjakan diri sendiri, terdapat kemudahan spa dan perkhidmatan untuk mendapatkan rawatan spa di bilik sendiri.
Untuk tetamu yang berkunjung atas tujuan perniagaan, selain daripada bilik perbincangan perniagaan, Le Meridien juga menyediakan kemudahan penukaran mata wang asing terutama bagi tetamu asing, serta perkhidmatan setiausaha untuk membuat mereka berasa serba lengkap walaupun mereka berada jauh dari pejabat mereka. Oleh kerana ia adalah hotel jenama antarabangsa dan terkenal di serata dunia, masih terdapat kakitangan yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa untuk memudahkan tetamu asing berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat perjalanan di bandar ini. Untuk membuatkan hotel ini lebih selesa untuk semua tetamu, hotel ini menyediakan kemudahan kepada orang berkelainan upaya. Para tetamu yang berkelainan upaya amat dialu-alukan di sini oleh kakitangan yang mesra dan sedia membantu.
Tempahlah Le Meridien Kuala Lumpur sekarang di Traveloka untuk mendapatkan tawaran dan promosi yang menarik.
Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
Kemudahan Popular | Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 00:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |