Lexis Hibiscus Port Dickson

Resort
12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang, Si Rusa, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, 71250
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Lexis Hibiscus Port Dickson adalah tempat penginapan yang ideal untuk menginap semasa percutian hujung minggu di Port Dickson. Tempat ini telah menyediakan kemudahan yang terbaik dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk membuatkan para tetamu berasa lebih selesa semasa penginapan mereka di sini. Semua vila-vila di tempat ini telah dilengkapi dengan kemudahan bilik dan bilik mandi yang berguna. Tambahan pula, vila-vila di tempat ini sentiasa dijaga dengan rapi dan berada dalam keadaan bersih. Ini adalah kerana mereka telah menawarkan perkhidmatan bilik 24 jam untuk semua pakej vila. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan dari restoran yang mereka suka. Selain itu, lokasi tempat ini juga sangat baik. Para tetamu boleh melawat ke banyak tempat yang menarik seperti pantai, taman dan tempat kemudahan awam dengan hanya mengambil masa beberapa minit memandu dari Lexis Hibiscus Port Dickson.
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Pemandangan Memuaskan (9)
Resort Yang Bagus (2)
Perkhidmatan Yang Baik (7)
Staf Mesra (5)
9.7
/ 10
Maznun U.
Hotel terbaik, perkhidmatan terbaik, lokasi terbaik dan berbaloi.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang, Si Rusa, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, 71250
Lobi Lexis Hibiscus Port Dickson
Luar Bangunan 2 Lexis Hibiscus Port Dickson

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson adalah tempat penginapan yang ideal untuk menginap semasa percutian hujung minggu di Port Dickson. Tempat ini telah menyediakan kemudahan yang terbaik dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk membuatkan para tetamu berasa lebih selesa semasa penginapan mereka di sini. Semua vila-vila di tempat ini telah dilengkapi dengan kemudahan bilik dan bilik mandi yang berguna. Tambahan pula, vila-vila di tempat ini sentiasa dijaga dengan rapi dan berada dalam keadaan bersih. Ini adalah kerana mereka telah menawarkan perkhidmatan bilik 24 jam untuk semua pakej vila. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan dari restoran yang mereka suka. Selain itu, lokasi tempat ini juga sangat baik. Para tetamu boleh melawat ke banyak tempat yang menarik seperti pantai, taman dan tempat kemudahan awam dengan hanya mengambil masa beberapa minit memandu dari Lexis Hibiscus Port Dickson.

Bagaimana untuk ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Terdapat satu cara yang terpantas untuk sampai ke Lexis Hibiscus Port Dickson iaitu dengan menaiki kereta. Para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan dan mengikuti Lebuhraya Seremban-Port Dickson. Kemudian, mereka perlu mengambil Laluan 5 di Kampung Teluk Kemang, Port Dickson dan memandu terus ke Kampung Tanjung Pelandok, Si Rusa. Apabila mereka telah tiba di Jalan Pantai, Port Dickson, mereka dapat menemui Lexis Hibiscus Port Dickson. Perjalanannya akan mengambil masa selama 1 jam dan 14 minit. Terdapat beberapa tol di sepanjang perjalanan.

Pilihan Bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai lapan jenis vila untuk dipilih oleh pelanggan mereka. Antaranya ialah Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Panorama Pool Villa (Sea View), Panorama Pool Villa (Beach View), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presidential Suite. Bagi Executive Pool Villa, ia mempunyai saiz sebesar 71 meter persegi dan jenis katilnya adalah 2 katil king. Vila ini terletak di kawasan daun bunga raya. Terdapat panel kaca di atas lantai untuk melihat hidupan laut. Selain itu, terdapat kolam renang persendirian peribadi dan sauna di kawasan balkoni. Vila ini mempunyai penghawa dingin, kipas siling, air botol percuma, meja, peti keselamatan dalam bilik dan langsir gelap. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut, peralatan mandian dan jubah mandi. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam vila ini. Seterusnya ialah Premium Pool Villa. Saiz vila ini adalah 81 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil king. Vila ini terletak di kawasan kelopak bunga raya. Terdapat sebuah panel kaca di atas lantai untuk melihat hidupan laut. Bilik ini mempunyai kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti vila sebelumnya kemudahan tambahan iaitu kemudahan menyeterika. Terdapat Wi-Fi secara percuma di dalam vila ini.

Bagi Panorama Pool Villa (Sea View), ia mempunyai keluasan 86 meter persegi dan jenis katilnya adalah 2 katil king. Vila ini terletak di stigma bunga raya. Para tetamu boleh menikmati pemandangan laut yang indah dari vila ini. Terdapat juga panel kaca di atas lantai untuk melihat hidupan laut di bawah. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi percuma di vila ini. Selain itu, vila ini mempunyai kemudahan yang sama seperti vila sebelumnya dengan kemudahan tambahan iaitu bilik mandi peribadi. Bagi Panorama Pool Villa (Beach View), ia mempunyai saiz sebesar 86 meter persegi dan jenis katilnya adalah 2 katil king. Bilik ini terletak di stigma bunga merah raya. Para tetamu boleh melihat pemandangan pantai dan mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam vila ini. Vila ini mempunyai kemudahan yang sama seperti vila sebelumnya. Vila yang berikutnya ialah Sky Pool Villa. Saiz vila ini adalah 96 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil king. Vila ini terletak di blok menara. Setiap unit vila ini mempunyai pemandangan laut. Bagi kemudahan dalam bilik dan bilik mandi, ia telah disediakan sama seperti vila sebelum ini. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini.

Bagi Suite Royal, ia mempunyai saiz sebesar 179 meter persegi. Ia terletak di tingkat atas blok menara. Terdapat 2 bilik tidur dan bilik mandi bersambung. Vila ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang besar, dapur kecil, bilik untuk bersiap, kolam berenang peribadi dan sauna di kawasan balkoni. Setiap bilik di dalam vila ini mempunyai pemandangan laut. Terdapat juga bilik mandi yang luas bersama sauna. Bagi Suite Imperial, ia mempunyai keluasan 242 meter persegi dan terdapat 3 katil raja di dalam dua bilik tidur. Bilik ini terletak di stigma bunga merah. Para tetamu boleh melihat pemandangan laut dari bilik mereka dan mereka dapat melihat hidupan laut di panel kaca di atas lantai. Terdapat ruang tamu dan ruang makan yang sangat luas, bar di ruang dapur, bilik untuk bersiap dan kolam renang di kawasan balkoni. Selain itu, bagi bilik mandi, ia mempunyai ruang yang luas dan sebuah sauna. Bilik terakhir adalah Suite Presiden. Saiz vila ini adalah 382 meter persegi. Ia terletak di stigma bunga raya. Terdapat 3 bilik bersama bilik mandi bersambung dan 1 bilik tanpa bilik mandi bersambung. Para tetamu boleh menikmati pemandangan laut dari bilik mereka dan melihat hidupan laut di panel kaca yang terletak di atas lantai. Terdapat ruang tamu dan ruang makan yang sangat luas, bar di ruang dapur, 2 kolam renang di kawasan balkoni, bilik untuk bersiap dan bilik mandi yang luas bersama sebuah sauna.

Restoran dan Kafe di Lexis Hibiscus Port Dickson

Terdapat beberapa restoran, kafe dan bar di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Setiap restoran di kawasan ini telah menyajikan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu. Mereka juga boleh mendapatkan minuman ringan di bar atau menikmati secawan kopi di rumah kopi yang terletak di dalam kawasan tempat ini. Antara restoran, kafe dan bar yang terdapat di kawasan ini ialah Roselle Coffee House, UMI (Restoran Jepun), Coraiz Bistro, Pool Bar, Deck Horizon, Sky Life Bar, Captain Lounge, Wave Dining, dan Lighthouse Bar

Kemudahan dan Aktiviti di Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tambahan, concierge, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, tempat simpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, tempat letak kereta untuk para tetamu, perkhidmatan bilik selama 24 jam, Wi-Fi di kawasan awam dengan bayaran tambahan, bilik persidangan, kemudahan mesyuarat, projektor, perkhidmatan sewa basikal, parkir valet dengan bayaran tambahan, tempat permainan kanak-kanak, kolam renang kanak-kanak, pusat kecergasan, taman, karaoke, kolam untuk orang dewasa, sauna dan spa. Selain itu, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memanah, bermain bola tampar pantai, berkanu, berbasikal dan bermain di dalam bilik permainan.

Tempat Menarik berhampiran Lexis Hibiscus Port Dickson

Pantai Tanjung Biru -

Pantai Tanjung Biru terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Ia adalah sebuah pantai kecil tetapi ia telah menjadi salah satu destinasi yang terkenal di Port Dickson. Pantai ini telah menarik ramai pengunjung dari penduduk tempatan dan pelancong asing. Pantai ini telah dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur dan berbukit-bukau. Ia juga terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Tanjung Tuan. Para pelawat boleh melihat haiwan hidupan liar dan beberapa haiwan lain seperti burung, tupai dan monyet. Perairan laut di pantai ini sangat tenang dan cetek. Para pengunjung dapat melihat cahaya dari rumah api di Cape Rachado dari pantai ini. Mereka juga boleh meluangkan masa mereka dengan melakukan beberapa aktiviti sukan air seperti menunggang jet ski dan bot bermotor. Selain itu, mereka juga boleh melakukan perkhemahan dan aktiviti memancing di pantai ini. Para pelancong dari Lexis Hibiscus Port Dickson boleh sampai ke Pantai Tanjung Biru dengan mengambil masa 5 minit memandu.

Funny House Port Dickson -

Funny House Port Dickson adalah satu-satunya rumah berhantu yang berkonsepkan lucu di Malaysia. Tempat ini akan membuat para pengunjung ketawa tanpa henti dan membuat mereka teringat zaman kanak-kanak mereka. Mereka juga akan berasa takut dengan beberapa aksi dan persembahan yang akan diadakan di tempat ini. Terdapat juga unsur seram dan paranormal di dalam pertunjukan mereka. Para pengunjung juga boleh mengambil beberapa gambar sepanjang lawatan mereka di dalam rumah ini. Funny House Port Dickson telah dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 8 malam. Jarak antara Lexis Hibiscus Port Dickson dengan tempat ini ialah 1.77 kilometer.

Extreme Park @ Port Dickson -

Extreme Park adalah sebuah taman tema yang bertujuan untuk sukan yang ekstrem. Ia adalah destinasi yang sempurna untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk percutian hujung minggu. Terletak di Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu, Extreme Park mempunyai banyak aktiviti yang menarik yang akan memenuhi keseronokan para pelawat. Tempat ini telah menawarkan beberapa aktiviti seperti go-kart, paintball, memanah dan ATV. Sebelum hendak berkunjung di tempat ini, para pengunjung dinasihatkan supaya menempah aktiviti yang mereka suka terlebih dahulu. Extreme Park dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Selasa. Pada hari minggu, tempat ini akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Pada hujung minggu, ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam. Perjalanan dari Lexis Hibiscus Port Dickson ke Extreme Park mengambil masa selama 5 minit memandu.

Cape Rachado Lighthouse -

Bagi mereka yang ingin melawat ke destinasi yang mempunyai permandangan yang indah, Cape Rachado Lighthouse adalah tempat yang harus dikunjungi oleh mereka. Ia juga dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan dan ia adalah rumah api yang tertua sejak pemerintahan Portugis di Melaka pada abad ke-16. Rumah api ini terletak di Alor Gajah, Melaka. Ia adalah menara yang mempunyai ketinggian 79 kaki dan ia mempunyai galeri dan dihiasi dengan tanglung. Terdapat sebuah menara lain yang boleh melihat radar MEASAT dan ia telah dibina untuk melihat lalu lintas kapal di Selat Melaka. Selain itu, terdapat dua tangga yang boleh membawa para pengunjung dapat melihat pemandangan laut yang indah dan kawasan sekitarnya dari tingkat atas. Yuran kemasukannya adalah RM 1 bagi seorang. Cape Rachado Lighthouse dibuka pada setiap hari dari pukul 7 pagi hingga pukul 6 petang. Perjalanan dari Lexis Hibiscus Port Dickson ke Cape Rachado Lighthouse akan mengambil masa selama 7 minit memandu.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Lexis Hibiscus Port Dickson
Kolam Renang
Kemudahan Hiburan Lexis Hibiscus Port Dickson
Kemudahan Hiburan
Pusat Kecergasan Lexis Hibiscus Port Dickson
Pusat Kecergasan
Ruang Umum Lexis Hibiscus Port Dickson
Ruang Umum
Lobi Lexis Hibiscus Port Dickson
Lobi

Aktiviti

  • Tuala pantai
  • Pusat kecergasan
  • Kolam renang tertutup
  • Karaoke
  • Kemudahan luar
  • Kolam renang terbuka
  • Pantai persendirian
  • Sauna
  • Spa
  • Bilik wap

Makanan dan Minuman

  • Restoran dengan penyaman udara
  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Bar
  • Sarapan
  • Kafe
  • Sarapan panas
  • Menu set makan malam
  • Menu set makan tengah hari

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Penjaga pintu
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
  • Perkhidmatan perkahwinan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok
  • Bebas rokok

Sukan & Rekreasi

  • Memanah
  • Bot pisang
  • Pelayaran katamaran
  • Kecergasan
  • Bilik permainan
  • Ski jet
  • Ping pong
  • Sukan air

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan OKU

  • Parkir mudah diakses OKU
  • Pembolehcapaian mudah
  • Kebolehcapaian dalam bilik
  • Akses kerusi roda

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai cenderamata
  • Kedai

Mesra Keluarga

  • Kelab kanak-kanak (surcaj)

Pengangkutan

  • Sewaan basikal

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 11:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

• All rates are quoted in Malaysia Ringgit (MYR) and are nett, inclusive of 6% Sales & Service Tax. •Where applicable, a surcharge may apply for guaranteed sea or beach view rooms, subject to availability. Please refer to our Reservations team to enquire on surcharges that may apply. • We regret to inform you that extra beds/rollaway beds are not available at all Lexis Hotels & Resorts. • Children below 13 years old stay for free using the existing bedding configuration. • Any guests under 18 years of age must be accompanied by an adult. • Additional person(s) must be declared and registered at the Front Desk upon check-in. Any additional persons above the maximum number of occupants (as per our Hotels’ policy) is chargeable at the discretion of our Hotels. An additional charge of RM25nett per person applies on the 3rd and 4th person if amenities are requested • No pets are allowed within the compound of our Hotels. Cooking in the rooms, packed food purchased from outside of our Hotels, raw food materials, durians, mangosteens, and cooking appliances are strictly prohibited at our Hotels. • No room decorations by third parties are permitted at our Hotels. Special decoration packages are available via request from our Hotels and are subject to charges. A refundable deposit of RM150nett is required for guests checking-in with decorative items, banners, balloons, glitter, confetti, and any other decorative materials. Guests checking in with such items are required to completely remove them from the premises upon check-out. The Management of our Hotels reserve the right to withhold the deposit, to be forfeited as cleaning fees, for rooms with undisposed decoration materials that cause excessive litter or damage to the rooms. • From 01 January 2023, In accordance with the Federal Government of Malaysia Gazette Tourism Tax (Rate of Tax) Order 2017, the TTx of RM10.00 nett per room, per night, on all non-Malaysians and foreign passport holders applies. This amount will be collected by the Hotel on behalf of the government upon check-in. All Malaysian Nationals and Permanent Residents are exempted. Please be advised that Tourism Tax is not included in your total room cost.
Maximum number of occupants allowed for our rooms are 4 persons in each room, with the exception of the following room categories Lexis Hibiscus Port Dickson – Imperial Suites (Max 6 persons) and Presidential Suites (Max 8 persons)

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 11:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Lexis Hibiscus Port Dickson?
Berikut facilities yang ada di Lexis Hibiscus Port Dickson seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Lexis Hibiscus Port Dickson?
Masa check-in di Lexis Hibiscus Port Dickson bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 11:00
Adakah Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan sarapan pagi?
Ya, Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,138 ulasan tetamu yang disahkan
8.8
Mengagumkan
Hebat
486
Bagus
542
Memuaskan
31
Biasa
79
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
pemandangan memuaskan (9)
resort yang bagus (2)
perkhidmatan yang baik (7)
staf mesra (5)
kemudahan bagus (4)
mesra kanak-kanak (3)
lokasi bagus (25)
bilik bersih (7)
Lihat Lebih 8
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
NA
NOR A. S.
Percutian
10
/ 10
10 Dec 2023
Kami menginap di Skyvilla dengan Private Pool. Bilik ini sangat luas dengan kemudahan yang lengkap. Makanannya sedap dan banyak pilihan. Suka sangat tempat tu.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Nor A. S.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
19 Dec 2023
Dear Nor, Salam sejahtera dan salam sejahtera dari Lexis Hibiscus Port Dickson! Terima kasih kerana memilih Lexis Hibiscus sebagai penginapan pilihan anda di Port Dickson. Menghargai masa anda untuk menyemak pengalaman penginapan anda baru-baru ini dengan kami, kami juga berkongsi maklum balas anda dengan pasukan dan gembira mengetahui bahawa anda menyukai resort ini. Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut dan kami berharap dapat berjumpa anda lagi dalam masa terdekat. Salam hormat, Pengurusan Lexis Hibiscus Port Dickson.
Translated by Google Icon
MF
Muhamad F. B. H.
Percutian
9.1
/ 10
05 Feb 2023
Sangat seronok bercuti di sini bersama keluarga. Nasib baik kami tinggal di blok menara kerana kami boleh mendapatkan lebih privasi apabila berenang di kolam renang. Sarapan pagi juga sangat baik dengan pelbagai pilihan untuk sarapan pagi. Ada masalah dengan kolam malam itu, tetapi mereka menghantar juruteknik dengan cepat untuk menyelesaikannya. Cuma harap pihak pengurusan akan meletakkan sedikit wangian di dalam bilik kerana baunya tidak sedap ketika kami masuk. Secara keseluruhan, ia adalah tempat yang disyorkan untuk menikmati percutian anda.🌟🌟🌟🌟🌟
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Fatin N.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 2 dari Fatin N.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 3 dari Fatin N.

Suka ulasan ini?

DT
Desy T.
Percutian pendek
8.7
/ 10
04 Jul 2023
Bilik luas dan bersih. Makanan dalam rumah tidak begitu hebat. Mencuba restoran Jepun, juga tidak seperti yang saya harapkan. Lokasi yang baik untuk berehat dalam persekitaran yang agak. Nak enjoy sebab selalu bawa buggy keluar masuk bilik. Kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak di dalam hotel perlu membayar, yang saya agak terkejut. Anak saya bermain sendirian, keluarga lain yang mempunyai lebih daripada 1 anak berubah fikiran kerana keberatan untuk membayar. Saya menginap di hotel 5 bintang yang berbeza dan ini kali pertama saya membayar kemudahan di dalam hotel. Semua hotel lain membenarkan kanak-kanak bermain di dalam taman permainan hotel secara percuma. Kami tidak meneroka aktiviti air luar, aktiviti luar perlu membayar tetapi biasa. Kami terlalu penat untuk meneroka kerana hanya tinggal selama 1 malam dan kami sampai ke hotel agak lewat.
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Desy S.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 2 dari Desy S.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 3 dari Desy S.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 4 dari Desy S.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson 5 dari Desy S.

Suka ulasan ini?

M
Megawati
6.1
/ 10
27 Dec 2022
Pelayanan karyawan sangat sombong, 2 orang karyawan. Satu karyawan penjaga pintu masuk, satunya karyawan pada carter taxi.
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Megawati M.

1 menyukai ulasan ini

AINI S. B. M. Y.
10
/ 10
05 Sep 2022
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Datin A.

Suka ulasan ini?

HC
HENSEN C.
Percutian
8.5
/ 10
26 Apr 2023
Imej Ulasan untuk Lexis Hibiscus Port Dickson dari Hensen C.

1 menyukai ulasan ini

MR
Miss R.
10
/ 10
30 Dec 2022
Sangat best untuk percutian bersama keluarga

Suka ulasan ini?

as
ahmad s.
Percutian
9.4
/ 10
07 Feb 2022
Bilik besar, luas. Dengan pool yang sederhana luas. Anak-anak sangat seronok. Tapi bilik agak kurang bersih, ada semut. Breakfast ok je, ada variety..ada slot masa kne book. Pantai dekat, sebelah je. Naik buggy dari bilik ke main front, and boleh jalan terus ke pantai. Banyak aktiviti. Apa-apa pun, sebab pool dalam bilik, anak-anak mandi smpai puas. Puas hatila
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

AB
Ariffin B. I.
Percutian pendek
8.5
/ 10
21 Dec 2022
Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan yang berkeluarga kecil.

Suka ulasan ini?

SA
Shalini A. P.
Percutian
10
/ 10
17 Nov 2023
Bilik yang menakjubkan dan suasana yang bagus. Tiada aduan. Berbaloi dengan wang yang dibelanjakan!
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
07 Dec 2023
Dear Shalini, Salam mesra dan salam sejahtera dari Lexis Hibiscus Port Dickson! Terima kasih kerana memilih kami sebagai destinasi percutian anda di Port Dickson, kami amat menghargai masa dan usaha anda untuk menyemak pengalaman penginapan anda baru-baru ini bersama kami. Sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut dan kami berharap dapat berjumpa anda lagi pada masa hadapan. Salam hormat, Pengurusan Lexis Hibiscus Port Dickson.
Translated by Google Icon
An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Lexis Hibiscus Port Dickson

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka