Hotel Lone Pine adalah sebuah hotel lima bintang yang terletak di Batu Feringhi, Pulau Pinang. Hotel ini terletak di sepanjang pantai Batu Feringhi oleh itu pemandangannya adalah sangat menakjubkan. Hotel ini mempunyai pantai persendirian untuk dinikmati oleh para tetamu hotel. Tetamu boleh menghabiskan waktu mereka dengan menikmati pemandangan dan melakukan beberapa aktiviti air juga. Lokasi hotel ini bukan sahaja sangat dekat dengan pantai, tetapi di seberang hotel ini adalah jalan utama Batu Feringhi. Apa yang menarik mengenainya ialah, terdapat banyak restoran makanan dari seluruh dunia. Pada waktu malam pula, jalan itu akan dipenuhi dengan penjaja. Terdapat pasar malam yang dibuka di sepanjang jalan. Hotel ini mempunyai 4 jenis bilik dan juga suite. Hotel ini mempunyai 90 bilik secara keseluruhan. Terdapat 3 jenis restoran di hotel ini. Ada pelbagai jenis makanan untuk dipilih kerana semua restoran menawarkan gaya masakan yang berbeza. Hotel ini boleh memenuhi permintaan tetamu mereka tidak kisah jika mereka hanya ke sini untuk percutian sahaja atau jika mereka mempunyai sebarang acara seperti mesyuarat atau majlis perkahwinan. Hotel ini pasti salah satu pilihan utama di Batu Feringhi. Ini akan menjanjikan keselesaan, kemewahan dan juga ketenangan untuk para tetamu mereka.
Bagaimana untuk ke Lone Pine Hotel
Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang kecil. Batu Feringhi adalah sebahagian daripada pulau itu. Batu Feringhi adalah sebatang jalan yang panjang oleh itu ia adalah tidak sukar untuk menemui hotel ini. Untuk pergi ke Pulau Pinang, anda boleh memandu, mengambil bas atau kapal terbang. Jika memandu dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa kira-kira 4 jam dan 9 minit. Ia akan berbeza waktu bergantung pada kesesakan lalu lintas lebuh raya. Kebiasanya agak mudah untuk bergerak di sekitar Batu Feringhi kecuali semasa waktu sibuk. Walau bagaimanapun, hal ini tidak akan berlanjutan dengan terlalu lama sebelum ia akan kembali tenang apabila semua orang telah sampai ke pejabat mereka. Penerbangan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dari sana, ia adalah sekitar 32.4 kilometer untuk sampai ke hotel dan akan mengambil kira kira-kira 1 jam perjalanan. Walau bagaimanapun, jika anda menaiki bas, anda perlu menaikinya dari Terminal Bas Komtar di mana bas akan membuat perjalanan ke salah satu perhentian di Batu Feringhi. Dengan teknologi yang semakin maju pada hari ini, terdapat banyak perkidmatan kereta sewa seperti Uber dan Grab untuk membuat perjalanan lebih mudah dan lebih murah. Jadi, ini adalah satu lagi cara untuk pergi ke hotel. Sebahagian daripada mercu tanda untuk menjadikan hotel lebih mudah dijumpai adalah Zon Pengembaraan Taman Hiburan dan juga McDonalds Batu Feringhi. Selain itu, terdapat banyak hotel lain di sekitarnya seperti Golden Sands Resort Penang dan juga Holiday Inn Resort Penang.
Pilihan Bilik di Lone Pine Hotel
Lone Pine Hotel mempunyai bilik dan suite. Kemudian, bilik dan suite ini boleh dipecahkan lagi pada beberapa jenis iaitu Deluxe, Super Deluxe, Premier dan juga Premier Garden. Kesemua bilik ini menjanjikan keselesaan. Ia mempunyai Wi-Fi untuk kegunaan tetamu mereka. Selain itu, semua bilik di hotel ini jauh dari bunyi bising. Oleh itu, tetamu akan dapat berehat dengan selesa tanpa sebarang gangguan.
Bilik Deluxe adalah bilik 45 meter persegi yang menghadap ke laut dengan mandian air terjun di balkoni. Ia mempunyai 2 katil bujang di dalam bilik. Bilik Super Deluxe pula mempunyai katil double dengan saiz 55 meter persegi. Ia juga mempunyai katil harian berasingan yang menghadap ke laut. Bilik Premier sesuai untuk keluarga kerana ia mempunyai dua katil double dan bilik mandi yang luas. Ia adalah 52 meter persegi. Bilik Premier Garden adalah bilik dengan katil bersaiz king dan katil harian yang berasingan. Bilik ini mempunyai bukaan terus ke alam semula jadi dan menghadap ke Laut Andaman.
Suite Deluxe adalah bilik yang lebih besar dengan 63 meter persegi. Ia mempunyai katil bersaiz besar dengan almari pakaian tambahan. Suite Premier mempunyai ruang tamu yang berasingan di suite. Ia mempunyai katil super king dan bilik mandi mewah yang mempunyai sinki tangan ‘Lelaki’ dan 'Perempuan'. Grand Deluxe Suite adalah bilik 89 meter persegi yang menghadap ke laut dengan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Katil super king yang termasuk bersama dengan bilik mandi mewah dan balkoni peribadi. Grand Premier Suite adalah satu-satunya suite yang mempunyai dapur kecil di kawasan itu. Ia adalah suite dua bilik tidur dengan pemandangan laut dan juga ruang tamu dan ruang makan. Tambahan juga, bilik mandi mempunyai sinki ‘Lelaki' dan 'Perempuan'.
Restoran dan Kafe di Lone Pine Hotel
Terdapat tiga ruang makan di hotel ini oleh itu para tetamu akan dapat memilih dari pelbagai pilihan tanpa perlu meninggalkan hotel.
Bungalow adalah ruang makan di tepi pantai. Ini adalah tempat tetamu datang untuk sarapan pagi dan is menawarkan makanan sepanjang hari. Mereka menawarkan makanan tempatan seperti mi goreng wok Penang dan masakan khas Hainanese. Terdapat juga snek dan pasta yang boleh dimakan di tepi kolam renang.
Matsu adalah restoran Jepun di hotel di mana mereka menawarkan beberapa hidangan makanan laut terbaik, daging panggang di panggangan arang Jepun atau menikmati kotak bento. Keasliannya akan membuatkan anda lupa bahawa anda berada di Pulau Pinang.
Batubar adalah tempat makan malam di mana anda boleh berehat sambil mendengar bunyi pukulan ombak di pantai dan beberapa muzik yang bagus. Anda juga boleh memesan beberapa minuman untuk membuatkan suasana lebih menarik. Mereka mempunyai menu tapas jika tetamu terasa seperti menikmati sedikit hidangan. Ia dibuka sehingga jam 1 pagi jadi ia pastinya merupakan tempat yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.
Kemudahan dan Aktiviti di Lone Pine Hotel
Terdapat banyak kemudahan yang terdapat di hotel ini. Beberapa kemudahan adalah asas seperti tukang angkat beg, penyambut tetamu, penukar wang, daftar masuk ekspres, penyambut tetamu 24 jam, tempat penyimpan bagasi, porter dan juga ruang letak kereta. Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang dan tempat-tempat terkenal yang lain di Pulau Pinang. Kemudahan yang lebih menarik adalah seperti perkhidmatan spa, gim, kedai kecil yang menjual hasil kraf tangan dan makanan ringan yang mereka panggil 'Gerai' dan juga bilik permainan. Bilik permainan mempunyai permainan video dan juga permainan papan. Oleh itu kanak – kanak boleh bermain di situ. Semua kemudahan ini ditujukan untuk tetamu hotel tetapi dengan sedikit bayaran tertentu.
Selain itu, hotel ini mempunyai tempat yang boleh memenuhi sebarang acara atau fungsi. Mereka mempunyai tiga ruang dengan saiz dan lokasi yang berbeza di hotel. Hotel ini mampu menampung permintaan mengikut rancangan para tetamu. Sebagai hotel di tepi pantai, hotel ini dibuka untuk sebarang fungsi perkahwinan. Mereka juga menawarkan pakej perkahwinan penuh yang untuk diadakan di sana. Mereka juga menawarkan perkhidmatan untuk merancang lamaran perkahwinan. Mesyuarat juga sering diadakan di sini. Oleh itu, hotel ini boleh menyediakan pakej untuk membantu membuat mesyuarat lebih produktif seperti Wifi, sisterm PA dan juga Projektor LCD percuma.
Tempat Menarik berhampiran Lone Pine Hotel
Bukit Bendera - Bukit Bendera adalah kawasan di puncak bukit dimana pengunjung akan datang untuk melihat permandangan seluruh pulau dari kawasan yang lebih tinggi. Selain daripada itu, ia juga mempunyai suhu yang lebih sejuk. Pengunjung boleh mengambil keretapi yang disediakan untuk menaiki bukit atau pada mereka yang mahukan mereka juga boleh mendaki Bukit Bendera.
Kuil Kek Lok Si - Kuil ini merupakan sebuah kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara. Ia juga menggunakan keretapi khas untuk membawa pengunjung menaiki ke kuil ini. Keretapi ini akan membawa pengunjung ke patung Kuan Yin yang dibuat daripada gangsa yang gergasi setinggi 100 kaki. Kuan Yin adalah Dewi Rahmat. Ramai penganut Buddha datang ke sini untuk sembahyang pada Dewi ini.
Kemudahan | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Jam Operasi | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Adakah mereka menghidangkan sarapan pagi? | Ya |
Berikut facilities yang ada di Lone Pine, The Boutique Hotel by The Beach seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di Lone Pine, The Boutique Hotel by The Beach bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Ya, Lone Pine, The Boutique Hotel by The Beach menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.