Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Kuala Lumpur(2,566 hotel)
  4. Kuala Lumpur(2,566 hotel)
  5. Sri Petaling(30 hotel)
  6. Luxury Residence, G residence @ Happy Garden

Luxury Residence, G residence @ Happy Garden

Pangsapuri
2, Jalan Senang Ria, Taman Gembira, Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 58200
BEDROOM Luxury Residence, G residence @ Happy Garden
BEDROOM Luxury Residence, G residence @ Happy Garden
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Taman Desa Medical Centre
(1.78 km)
Sri Petaling LRT Station
(2.34 km)
Petaling Station
(2.48 km)
Bukit Jalil LRT Station
(2.77 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
    • Lif
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Kabel TV
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 15.00
    Daftar keluar: 12.00

    Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden adalah sebuah penginapan yang menyediakan tempat tidur yang begitu memuaskan yang dapat memenuhi jangkaan anda dan lebih banyak lagi apabila anda bercuti dengan keluarga dan rakan-rakan atau bahkan ketika anda berada di perjalanan perniagaan di sekitar bandar. Penginapan katil dan sarapan ini menawarkan penginapan di dalam sebuah apartmen kediaman yang membolehkan anda memilik akses mudah ke bandar, pada masa yang sama boleh berjimat lagi sebab poket tidak bocor terlalu teruk. Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden boleh ditemukan dengan mudah di alamat 2, Jalan Senang Ria, Taman Gembira, Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Kuala Lumpur; ianya berada dalam jarak 10 hingga 20 minit dari Kuala Lumpur.

    Bagaimana untuk ke Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden

    Untuk pergi ke Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden pastinya mudah kerana penginapan ini terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Untuk bermula, anda boleh memandu atau mengambil kereta api untuk sampai ke pusat bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekiranya anda memandu dari ibu kota Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima belas hingga dua puluh minit menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban/E37, yang boleh menjadi laluan yang paling singkat berbanding mod pengangkutan lain. Walau bagaimanapun, waktu ketibaan mungkin berubah dan menjadi sedikit berbeza bergantung kepada keadaan lalu lintas, cuaca dan jalan pada saat laluan digunakan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bersabar. Selain itu, perkhidmatan kereta api yang paling cekap yang akan menyediakan akses ke kawasan ini ialah Transit Aliran Ringan (LRT) dari KL Sentral yang berjalan setiap lima hingga sepuluh minit. Ambil kereta api yang menuju ke Gombak, kemudian berhenti di stesen Masjid Jamek. Selepas itu anda perlu membuat pertukaran laluan dan menuju ke Sri Petaling dan mengambil teksi atau aplikasi perkongsian perjalanan apabila anda sampai ke stesen untuk tiba di hotel. Memandangkan lokasi hotel berada dalam kawasan pusat bandar, ada beberapa tempat yang anda dapat melihat untuk membantu anda mencari hotel seperti Terminal Bersepadu dan Stesen LRT Sri Petaling. Tempat-tempat ini terletak dalam jarak dua hingga tiga kilometer dari tempat penginapan.

    Pilihan Bilik di Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden

    Pada dasarnya memang terdapat satu jenis unit penginapan sahaja yang tersedia untuk para tetamu semasa mendaftar masuk untuk menginap di Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden. Oleh kerana penginapan terdiri daripada hanya satu unit pangsapuri, terdapat hanya satu jenis bilik tidur yang siap sedia khusus untuk tetamu, iaitu katil jenis berkembar. Walau bagaimanapun terdapat tiga bilik, masing-masing mempunyai katil berkembarnya yang tersendiri, jadi jika anda datang dalam kumpulan tiga orang, anda tidak perlu bimbang terlalu banyak tentang kekurangan ruang peribadi anda sendiri. Para tetamu juga akan mendapati bahawa unit ini dilengkapi secukupnya dengan kemudahan dalam bilik asas yang termasuk penyaman udara, bilik mandian peribadi dengan pancuran mandian, cerek elektrik, televisyen, dapur kecil, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, meja makan dan sambungan Wi-Fi.

    Restoran dan Kafe di Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden

    Penginapan ini tidak mempunyai kafe atau restoran di dalam kawasan penginapan itu sendiri. Lagipun, ia terletak di kawasan perumahan. Oleh itu, tetamu pasti harus keluar dan makan di tempat makan di luar untuk menjamu selera dan juga menikmati hidangan yang mereka inginkan. Namun, ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana hotel ini berada di kawasan bandar dan kedai-kedai dan restoran tidak begitu jauh dari penginapan ini. Malahan sebenarnya terdapat banyak pilihan kedai-kedai makan yang dapat memenuhi keperluan, keinginan dan juga selera tetamu lebih-lebih lagi ketika waktu makan tiba.

    Kemudahan dan Aktiviti di Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden

    Penginapan ini sememangnya menawarkan pakej kecil kemudahan dan perkhidmatan untuk memberikan sedikit kemudahan untuk tetamu hotel yang didasarkan pada apa yang sudah tersedia di kediaman ini. Di antara kemudahan dan perkhidmatan ini termasuk penyambut tetamu 24-jam, simpanan bagasi, tempat letak kereta, lif, sambungan Internet LAN. Tempat penginapan ini juga berada dalam jarak yang dekat dengan pelbagai kedai.

    Tempat Menarik berhampiran Luxury Residence, G Residence @ Happy Garden

    Tokong Buddha Thai Chetawan – Terletak di Jalan Pantai 9/7 yang berada kira-kira 15 minit dari penginapan dengan memandu, Tokong Buddha Thai Chetawan merupakan mercu tanda sebuah tokong Buddha dari Thailand yang terkenal yang ditubuhkan sejak tahun 1962 lagi. Ia adalah hasil buah fikiran daripada Phra Kru Palat Vieng yang ingin membina tokong Buddha Thai yang berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan sumbangan ikhlas daripada pelbagai dermawan dan rakyat jelata serta Raja Bhumibol Adulyadej sendiri, dewan utama telah siap dan dibuka kepada orang awam sebelum penambahan struktur baru 20 tahun kemudian di bawah pengakuan Ven. Phra Khru Sophitchariyaphorn. Ia adalah salah satu daripada beberapa tokong Buddha Thai yang ditaja oleh dana diraja yang terletak di luar Thailand.

    -
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?