1. Hotel
  2. Malaysia(5,816 hotel)
  3. Sabah(427 hotel)
  4. Kota Kinabalu(282 hotel)
  5. Pusat Bandar Kota Kinabalu(244 hotel)
  6. M Hotel @ Bandaran

M Hotel @ Bandaran

Hotel
Lot 48 Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Lobby
Lihat semua gambar
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
WiFi

Tarikan berhampiran
Centre Point Sabah
(0.38 km)
Atkinson Clock Tower
(0.62 km)
Filipino Market ( Handicraft Market )
(0.64 km)
KK City Waterfront
(0.66 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Ulasan oleh pengguna Traveloka
Ulasan

Berdasarkan 1 ulasan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
8.5
- Percutian keluarga
Ok utk bajet hotel..byk kemudahan berdekatan kedai makan & runcit.
Pertama
Sebelumnya
1
Seterusnya
Akhir
Note: Currently there is no review for this hotel
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan hotel

Keterangan

Polisi hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyimpanan bagasi
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 14.00
      Daftar keluar: 12.00

      M Hotel Bandaran terletak di tengah pusat bandar Kota Kinabalu dan menawarkan pelbagai pengalaman yang luar biasa menerusi suasananya yang mendamaikan serta penduduk tempatan yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Terletak di kawasan pusat komersil yang berhampiran dengan pusat membeli-belah komersil Kota Kinabalu dan deretan bank, hotel ini sesuai bagi pelancong yang ingin mencari penginapan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Jika anda berada di hotel ini, segalanya berada dalam jarak perjalanan yang singkat, sama ada anda ingin pergi membeli-belah, mencari pelbagai makanan menarik ataupun merasai pengalaman menghirup kopi yang cukup popular di sini.


      Terdapat banyak alasan kenapa anda harus datang dan tinggal di sini sambil menikmati layanan mesra penyambut tetamu yang sentiasa sudi memberikan informasi serta cadangan tentang apa yang boleh anda lakukan di bandar ini. M Hotel Bandaran ini tidak boleh dinafikan kehebatannya sebagai salah sebuah hotel bajet terbaik di bandar Kota Kinabalu ini!


      Cara untuk ke M Hotel Bandaran


      Apabila anda menginap di M Hotel Bandaran Berjaya di Kota Kinabalu ini, anda berada berhampiran dengan pelbagai tempat tumpuan ramai seperti Sedco Square, Api-api Centre dan Centre Point. Selain itu, hotel ini juga berada pada jarak yang agak dekat dengan Kompleks Asia City dan South Sea Sanctuary. Dengan jarak hanya beberapa ratus meter dari sini, terdapat Filipino Market (Pasar Kraftangan) (0.64 km), Menara Jam Atkinson (0.62 km) dan pelbagai lagi tarikan tempatan.


      Jika anda datang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu, masa pemanduan dari lapangan terbang ke hotel adalah sekitar 20 minit jika keadaan trafik adalah lancar. Jika anda menggunakan bas pula, masa yang diambil akan menjadi lebih panjang kerana tiada bas ulang-alik disediakan, yang ada hanyalah perkhidmatan teksi dan kereta persendirian. Hotel ini terletak di kawasan Bandaran Berjaya yang merupakan nadi kepada bandar Kota Kinabalu ini.


      Jika anda hendak ke mana-mana tempat menarik di sekitar hotel, anda disarankan untuk menggunakan perkhidmatan bas awam ataupun teksi kerana terdapat banyak hentian di bandar ini bagi memudahkan pergerakan penduduknya. Di samping itu, lokasi tumpuan pelancong seperti KK Waterfront dan Pasar Gaya Street juga tidak jauh dari hotel ini. Menyediakan akses yang baik kepada pelbagai lokasi percutian menarik menerusi lokasinya yang strategik, M Hotel Bandaran ini sememangnya patut menjadi pilihan anda yang ingin memulakan pengembaraan ke Kota Kinabalu yang unik ini dengan bajet yang terhad.


      Pilihan Bilik di M Hotel Bandaran


      Secara keseluruhannya, tidak banyak bilik yang ditawarkan oleh hotel ini. Walau bagaimanapun, M Hotel Banjaran ini menawarkan harga yang sememangnya berbaloi untuk 32 buah bilik kontemporari bersaiz standard yang menjanjikan keselesaan menerusi hiasan minimalis yang kelihatan sungguh moden, memberikan suasana yang selesa dan menyegarkan bagi sesiapa sahaja yang menghuninya setelah penat menghabiskan masa berjalan di sekitar bandar ini. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan dua buah katil bujang ataupun sebuah katil bersaiz King/Queen, bilik mandian yang dilengkapi pengawal suhu air dan banyak lagi. Semua kemudahan ini adalah untuk memberikan pengalaman percutian yang menenangkan kepada para tetamu. Selain itu, hotel ini turut menjanjikan bilik yang luas, bersih dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di hujung jari anda. Sama ada anda datang untuk tujuan kerja ataupun sekadar bercuti bersama yang tersayang, M Hotel Banjaran ada segalanya yang anda perlukan.


      Kemudahan yang disediakan oleh M Hotel Bandaran


      Dengan tujuan untuk memberikan servis yang terbaik, M Hotel Banjaran ini menyediakan kemudahan untuk memberikan pengalaman seperti berada di rumah kepada para tetamu. Hotel ini menyediakan bilik yang mempunyai penghawa dingin dan juga televisyen skrin rata bagi memastikan tetamu dapat berhibur walaupun berada di bilik sendiri. Perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) juga diberikan secara percuma kepada para tetamu untuk memastikan anda kekal berhubung. Untuk bilik mandian pula, pihak hotel menyediakan kemudahan peralatan perapian diri serta pengering rambut. Selain itu, terdapat kemudahan asas lain seperti telefon, meja menulis, pembancuh teh/kopi, perkhidmatan dobi dan tempat simpanan barang. Penyambut tetamu di lobi disediakan 24 jam bagi memastikan anda dapat mendaftar masuk pada bila-bila masa. Terdapat juga kemudahan ruang merokok disediakan untuk tetamu . Walau bagaimanapun, haiwan peliharaan dilarang sama sekali.


      Tempat makan sekitar M Hotel Bandaran


      Jika anda mencari makanan di sekitar hotel ini, anda tidak perlu risau kerana ia agak mudahu sebenarnya. Terkenal dengan makanannya yang lazat serta makanan laut yang segar, terdapat banyak gerai makan dan restoran yang anda boleh lawati di Bandar Kota Kinabalu ini, terutamanya di sekitar Api-api Centre, Likas Bay dan Coastal Road. Walaupun terdapat banyak restoran di sekitar bandar, anda perlu berjalan lebih untuk untuk mendapatkan makanan yang baik. Terdapat juga banyak kopitiam atau kedai kopi klasik yang terdapat di sekitar hotel. Harganya juga agak murah dan rasanya juga lazat. Antara makanan yang patut anda cuba jika berkunjung ke KK ini selain makanan laut ialah laksa, nasi ayam dan mee daging yang amat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.


      Tempat tarikan sekitar M Hotel Bandaran


      Bandar serba moden di Laut China Selatan ini merupakan gerbang untuk mendaki puncak tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu setinggi 4,101-meter (13,455-kaki) ataupun berkunjung ke taman Marin Tunku Abdul Rahman dan Mantanani Island. Anda juga boleh meluangkan masa untuk mengenali negeri ini dengan melawat Muzium Negeri Sabah, Perkampungan Kebudayaan Monsopiad, Pusat Kraftangan, KK Wetlands Centre, ataupun Orchid de Villa.


      Berada tidak jauh dari pasar harian yang terkenal di Sabah iaitu Gaya Street Sunday Market, jalan yang dipenuhi dengan kedai makan dan pusat membeli-belah, lokasi hotel ini menawarkan akses yang mudah kepada tempat menarik di hotel ini! Jika anda berminat untuk membeli-belah, apa kata anda ke Filipino Market yang menawarkan pelbagai jenis barangan dari makanan sehingga ke barangan kemas untuk pelancong mahupun penduduk tempatan. Selain itu, anda boleh membeli pelbagai kraftangan sebagai tanda kenang-kenangan bila berkunjung ke sini. Selain membeli belah, pelancong boleh melihat sendiri kepelbagaian budaya Sabah menerusi kekayaan seni, makanan tradisional serta alatan yang digunakan harian dalam kalangan penduduk Sabah.


      Terokai juga keunikan Menara Jam Atkinson yang merupakan struktur binaan tertua di bandar ini. Dibina pada tahun 1905, menara jam ini berdiri megah dan kelihatan sangat eksklusif kerana ia didirikan dengan menggunakan kayu tanpa sebarang penggunaan paku. Seterusnya, Kota Kinabalu City Waterfront tidak boleh dinafikan kehebatannya sebagai nadi penggerak bandar ini, terutamanya pada waktu malam. KK City Waterfront terdiri Waterfront Mall yang menampilkan gaya hidup serba mewah dan Waterfront Hotel yang mempunyai 365 buah bilik dan suites disediakan untuk memenuhi keperluan para tetamu. Terletak tidak jauh dari hotel M Hotel Bandaran, Waterfront sememangnya nadi bagi bandar ini. Di M Hotel Bandaran, pakej lawatan pelancongan dan pengangkutan turut disediakan.


      Jadi, tunggu apa lagi? Buatlah tempahan di traveloka.com hari ini bagi mendapatkan harga promosi dan tawaran yang menarik.

      Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.

      Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.

      Hotel membenarkan daftar masuk Awal, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

      Hotel membenarkan daftar keluar Lewat, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

      Public parking lot is available around hotel area (first-come-first-serve basis). Kindly note that mandatory usage of parking coupon is practice in Kota Kinabalu area. If you are driving, you are advised to purchase parking coupon to avoid fines.
      Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
      Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
      Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
      • Tempat letak kenderaan tidak disediakan di tapak.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.