Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan

Manis Manis Rooftop of Borneo Resort

Resort
Mile 8, Crocker Range National Park, Kimanis - Keningau Highway, Keningau, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia, 89000
Lihat Peta
BEDROOM Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
LOBBY Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
BEDROOM Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
BEDROOM Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
EXTERIOR_BUILDING Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
BEDROOM Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
BEDROOM Manis Manis Rooftop of Borneo Resort
Lihat Semua Gambar
-
Daripada 1 ulasan

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Manis Manis Rooftop Borneo Resort adalah sebuah resort yang terletak di tengah-tengah Taman Negara Banjaran Crocker. Ia adalah satu-satunya tempat penginapan yang terdapat di taman negara tersebut. Manis Manis Rooftop adalah tempat yang sempurna sebagai sebuah tempat bercuti dan berehat untuk menikmati keindahan alam dan ketenangan hutan tropika. Resort ini memberikan para tetamu lebih daripada sebuah penginapan yang selesa, tetapi juga pemandangan yang sangat menakjubkan dari persekitarannya, termasuklah sebagai satu terapi relaksasi yang hebat untuk minda. Dapat bernafas udara segar, tanpa pencemaran berbahaya, siapa yang tidak mahu?

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Restoran

Available Room Types in Manis Manis Rooftop of Borneo Resort

Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan

Paparan Harga

Semalam

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Mile 8, Crocker Range National Park, Kimanis - Keningau Highway, Keningau, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia, 89000

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Manis Manis Rooftop of Borneo Resort

Manis Manis Rooftop Borneo Resort adalah sebuah resort yang terletak di tengah-tengah Taman Negara Banjaran Crocker. Ia adalah satu-satunya tempat penginapan yang terdapat di taman negara tersebut. Manis Manis Rooftop adalah tempat yang sempurna sebagai sebuah tempat bercuti dan berehat untuk menikmati keindahan alam dan ketenangan hutan tropika. Resort ini memberikan para tetamu lebih daripada sebuah penginapan yang selesa, tetapi juga pemandangan yang sangat menakjubkan dari persekitarannya, termasuklah sebagai satu terapi relaksasi yang hebat untuk minda. Dapat bernafas udara segar, tanpa pencemaran berbahaya, siapa yang tidak mahu?

Bagaimana untuk ke Manis Manis Rooftop Borneo Resort

Manis Manis Rooftop Borneo Resort terletak di Keningau, Sabah. Keningau adalah sebuah bandar perkhidmatan kecil yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Pergi ke Kota Kinabalu sendiri, dari Semenanjung Malaysia mudah kerana terdapat banyak penerbangan yang pergi ke sana setiap hari. Harga untuk satu tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu bermula dari sekitar RM 150 untuk sebuah perjalanan sehala. Penerbangan ini akan mengambil masa kira-kira dua jam empat puluh minit untuk selesai. Lapangan terbang Kota Kinabalu adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa, jadi akan ada penerbangan antarabangsa. Dari lapangan terbang Kota Kinabalu, satu perjalanan memandu ke bandar Keningau akan mengambil masa hampir dua jam. Terdapat pilihan untuk memandu atau mengambil pengangkutan awam untuk ke bandar Keningau. Menyewa kereta dari Kota Kinabalu ke Keningau akan menelan kos kira-kira RM30 sementara jika menaiki teksi, tambanganya adalah sekitar RM 150-180. Sekiranya ingin mengekalkan bajet percutian ini rendah, bolehlah mengambil bas untuk pergi ke Keningau. Harga tambang bas ini hanyalah sekitar RM 13 untuk satu perjalanan sehala tetapi ia akan mengambil masa kira-kira dua jam tiga puluh minit dan bukannya satu jam dan empat puluh minit jika memilih untuk memandu atau menggunakan perkhidmatan teksi. Manis Manis Rooftop of Borneo Resort adalah dua puluh minit lagi jauhnya dari bandar Keningau dan perjalanan di sana, hanya ada pilihan sama ada untuk memandu atau naik teksi.

Pelbagai Bilik di Manis Manis Rooftop Borneo Resort

Terdapat hanya dua jenis bilik di Manis Manis Rooftop Borneo Resort. Jenis bilik yang pertama adalah jenis Bilik Keluarga yang bermula dari harga RM 252 malam. Jenis bilik Keluarga boleh memuatkan sekurang-kurangnya empat orang. Jenis bilik Keluarga ini mempunyai sebuah katil bersaiz Queen dan dua buah katil bersaiz Single. Jenis bilik lain di Manis Manis Rooftop Borneo Resort adalah Chalet. Chalet ini bermula dari RM 270 malam dan ia hanya mempunyai satu katil bersaiz King. Kadar ini tidak termasuk perkhidmatan sarapan pagi.

Tiada mana-mana bilik di resort ini yang dilengkapi dengan pendingin hawa kerana kawasan sekitarnya sudah sejuk. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan sebuah kipas siling. Kedua-dua jenis bilik mempunyai satu set pembuat kopi/teh dan itu adalah satu-satunya kemudahan yang tersedia di dalam bilik. Kemudahan seterika dan pengering rambut hanya disediakan atas permintaan. Kedua-dua jenis bilik ini mempunyai bilik mandi peribadi, lengkap dengan bilik mandian pancuran air panas. Perkhidmatan mengemas bilik untuk kedua-dua jenis bilik disediakan setiap hari. Tidak ada sambungan Wi-Fi di resort ini kerana tujuan bercuti di sini adalah untuk menjauhkan diri dari tekanan kehidupan moden sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Restoran dan Kafe di Manis Manis Rooftop Borneo Resort

Terdapat satu restoran di Manis Manis Rooftop Borneo Resort. Ia adalah kafe Cinnamon. Walaupun ia kecil untuk sebuah resort, kafe ini telah berjaya menghasilkan pelbagai hidangan lazat dengan sentuhan tempatan. Kafe juga boleh mengendalikan acara-acara besar, jamuan dan sambutan dengan syarat, permintaan awal dilakukan terlebih dahulu.

Kemudahan dan Aktiviti di Manis Manis Rooftop Borneo Resort

Sama seperti kebanyakan resort, tempat ini juga mempunyai kemudahan yang baik untuk mengendalikan sebuah mesyuarat atau sebuah persidangan kecil. Bilik-bilik yang ada biasanya sesuai untuk bilangan orang yang kecil. Bilik persidangan yang lebih besar boleh disediakan atas permintaan awal. Selain itu, Manis Manis Rooftop Borneo Resort mempunyai sebuah tempat untuk barbeku, disediakan untuk kegunaan para tetamu. Resort ini juga mempunyai sebuah taman yang besar dan hebat, yang sangat sesuai untuk dinikmati sambil berjalan-jalan pada bila-bila masa sepanjang hari.

Tempat Menarik berhampiran Manis Manis Rooftop Borneo Resort

Taman Negara Crocker Range -

Taman Naegara Banjaran Crocker adalah salah satu taman negara di Sabah. Ia ditadbir oleh Sabah Parks. Taman negara ini dipelihara dengan sangat baik kerana terdapat sumber air yang dibekalkan ke banyak bandar dan tempat di sekitar Sabah. Di sini, di taman negara ini, para pengunjung boleh menikmati kemudahan yang telah disediakan yang terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari Manis Manis Rooftop Borneo Resort. Salah satu kemudahan adalah menara tinjau, di mana para pelawat boleh pergi melihat satu pemandangan panorama yang sangat menakjubkan. Bandar Keningau dan kawasan sekitarnya boleh dilihat melalui menara ini.

Semua Kemudahan

Dewan Majlis
Ruang Umum
Lobi
Luar Bangunan
Bilik Tidur

Aktiviti

  • Barbeku
  • Taman

Umum

  • Parkir
  • Kawasan merokok

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat

Kemudahan Umum

  • Restoran

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan perkahwinan

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan akan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara atau bukan penduduk tetap Malaysia. Harap maklum bahawa pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk. Kadar Cukai Pelancongan adalah RM10 untuk setiap bilik, setiap malam.

 
  • Cukai sebanyak RM10.00 sepenginapan, semalam dikenakan oleh negara Malaysia dan dikutip di hartanah. Penduduk tetap dan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai tersebut. Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi hartanah menggunakan maklumat dalam pengesahan tempahan yang diterima selepas membuat tempahan.

Kami telah merangkumkan semua caj yang diberikan kepada kami oleh hartanah berkenaan. Walau bagaimanapun, caj boleh berbeza-beza, contohnya, berdasarkan tempoh penginapan atau bilik yang anda tempah.

Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit, kad debit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Restoran
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Manis Manis Rooftop of Borneo Resort?
Berikut facilities yang ada di Manis Manis Rooftop of Borneo Resort seperti Restoran. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Manis Manis Rooftop of Borneo Resort?
Masa check-in di Manis Manis Rooftop of Borneo Resort bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto

Belum ada ulasan daripada tetamu lain

Tempah penginapan ini dan kongsikan pengalaman anda selepas menginap.

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka