Merlene Suites at Mansion One (Formerly Known as Mansion One Suites) adalah tempat penginapan yang sesuai bagi mereka yang melancong secara berkumpulan. Suasana di kawasan homestay ini sangat bagus dan selesa untuk para tetamu. Homestay ini telah menyediakan beberapa jenis bilik untuk tetamu mereka. Semua bilik di homestay ini telah dilengkapi dengan banyak kemudahan yang membuatkan para tetamu berasa lebih selesa semasa menginap di Merlene Suites at Mansion One. Selain itu, homestay ini juga telah menyediakan perkhidmatan yang bagus dan beberapa kemudahan yang berguna untuk tetamu mereka. Di samping itu, lokasi homestay ini sangat strategik. Para tetamu boleh sampai ke beberapa tempat tarikan pelancong dan tempat kemudahan dengan hanya mengambil masa selama beberapa minit dengan memandu dari homestay ini.
Pelawat boleh memilih antara dua cara untuk sampai ke Merlene Suites at Mansion One. Cara yang pertama adalah menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang terletak di Laluan 3113 di Gelugor. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi sehingga mereka sampai di George Town. Mereka dapat sampai di homestay tersebut sebaik sahaja mereka telah masuk di kawasan Persiaran Gurney, Pulau Tikus. Keseluruhan perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 3 jam dan 53 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol di sepanjang perjalanan.
Cara alternatifnya adalah dengan menaiki kapal terbang. Mereka perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanannya mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka boleh mengambil teksi atau menyewa kereta untuk pergi ke Merlene Suites at Mansion One.
Terdapat 6 jenis bilik di Merlene Suites at Mansion One. Antaranya ialah Summer Set, Union Jack, Colourful, City Suites, Premium Luxury Suites dan My Deer. Bagi Summer Set, ia mempunyai saiz sebesar 79 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 katil queen. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, kipas siling, filem dalaman, pemain DVD, cerek elektrik, peti sejuk, microwave, dapur, meja, ruang makan yang berasingan, mesin basuh, kemudahan menyeterika, langsir gelap dan balkoni. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi berkongsi dan bilik mandi peribadi. Selain itu, terdapat pancuran mandian dengan air panas, pengering rambut dan peralatan mandian. Terdapat juga Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM168.46 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Union Jack. Bilik ini mempunyai 2 katil double dan 2 katil bujang. Saiz bilik dan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi adalah sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM177.42 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bagi Colourful, ia mempunyai kawasan seluas 75 meter persegi dan homestay ini telaha menyediakan 3 katil double. Homestay ini juga telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Oleh itu, pakej bilik ini berharga RM177.42 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang berikutnya ialah City Suites. Saiz bilik ini adalah 79 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 katil queen. Para tetamu dapat berpeluang untukmelihat pemandangan bangunan Komtar dari bilik ini. Selain itu, para tetamu dapat menikmati kemudahan yang sama dengan bilik-bilik yang lain. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM177.42 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi Premium Luxury Suites, ia mempunyai saiz sebesar 83 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil queen. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM213.27 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhir ialah My Deer. Saiz bilik ini lebih kecil berbanding bilik sebelumnya iaitu 79 meter persegi. Jenis katil untuk bilik ini adalah 2 katil queen. Para tetamu boleh menggunakankemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik yang lain. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM222.23 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Merlene Suites at Mansion One tidak mempunyai sebuah restoran atau kafe di dalam bangunan mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berdekatan dengan homestay ini atau mereka boleh memasak beberapa hidangan di dalam bilik mereka kerana terdapat ruang dapur yang telah disediakan.
Para tetamu dapat menikmati beberapa kemudahan yang disediakan oleh Merlene Suites at Mansion One. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, kaunter penyambut tetamu, penjagaan keselamatan selama 24 jam dan kakitangan yang dapat bertutur pelbagai bahasa. Selain itu, para tetamu membeli beberapa makanan atau minuman ringan di pasar raya atau mereka boleh singgah di bank dan beberapa kedai yang berdekatan dengan homestay ini.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 23:00 - 08:30 - 12:00 |