Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,409 hotel)
  3. Perak(738 hotel)
  4. Kinta(397 hotel)
  5. Ipoh(383 hotel)
  6. Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

Inap Sarapan (B&B)
A-G-5, Sunway Alpine Village Apartment, Persiaran Lagun Sunway, Ipoh, Tambun, Perak, Malaysia, 31150
EXTERIOR_BUILDING Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun
EXTERIOR_BUILDING Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun
BEDROOM Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun
BEDROOM Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun
Lihat semua gambar
Sangat Hebat
9.3/10
Merujuk kepada 5 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Lost World of Tambun Theme Park
(0.83 km)
Tokong Gua Dong Hua
(2.76 km)
Pantai Ipoh Hospital
(3.91 km)
An Nur Mosque
(3.96 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
9.4
- Perjalanan perniagaan
Apartment bersih dan selesa, berhampiran dgn lost world of tambun, tapi nak serah dan ambil kunci amik masa sampai 30 min, tiada uniform pengenalan padahal dah lalu dpn mata, nak parking utk lot apartment melilau cari sbb no lot tak jelas.
Diterjemahkan oleh Google
8.2
- Kembara Beg Galas
lokasi yang baik jika anda merancang untuk melawat dunia yang hilang dari tambun
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
    • Lif
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pancuran mandi
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun pastinya tempat yang anda mahu tinggal semasa di Ipoh. Homestay ini menawarkan anda pengalaman yang luar biasa semasa menginap di sini. Bersantai dan manjakan diri and semasa berada di Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun. Tinggalkan semua kerja anda, tekanan anda dan apa sahaja yang membuat anda sakit kepala. Tinggal di sini, hiruplah udara segar dan rehatkanlah diri anda. Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun terletak di Sunway City Ipoh. Lokasinya sangat strategik. Ia tidak jauh dari bandar Ipoh. Oleh itu, anda boleh mengakses ke mana-mana tempat dengan mudah dan pada bila-bila masa anda mahu. Medic Tony Homestay sangat dekat dengan Lost World of Tambun. Ambil peluang ini untuk merehatkan diri anda di Lost World of Tambun. Untuk apa jua alasan anda berada di sini, berseronoklah anda.

    Bagaimana untuk ke Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

    Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun terletak di Ipoh. Oleh itu, terdapat banyak pilihan cara pengangkutan yang boleh digunakan. Anda boleh memilih untuk pergi ke Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun dengan menggunakan bas, kereta api atau kereta.

    Sekiranya anda menggunakan bas dan anda datang dari Kuala Lumpur. Ambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Stesen Bas Medan Gopeng Ipoh. Perjalanan dari TBS ke Stesen Bas Ipoh akan mengambil masa sehingga 2 jam dan 25 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebaik sahaja tiba di Stesen Bas Medan Gopeng Ipoh, anda boleh mengambil teksi untuk sampai ke Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun. Jarak dari stesen bas ke homestay hanya 10.2 km jauhnya.

    Sekiranya anda menggunakan kereta api untuk ke Ipoh. Anda boleh menaiki kereta api dari Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dari situ, dapatkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) ke Stesen Kereta Api Ipoh. Perjalanan itu akan mengambil masa sehingga 2 jam 10 minit. Sebaik sahaja anda sampai ke Stesen Kereta Api Ipoh, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun dan perjalanannya akan mengambil selama 20 minit.

    Walau bagaimanapun, jika anda datang ke Ipoh dengan memandu kereta dari Kuala Lumpur, keluar daripada Plaza Tol Duta. Perjalanan itu akan mengambil masa sehingga 2 jam dan 11 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Ikuti Lebuhraya Utara - Selatan/E1 ke Laluan 240 di Ipoh. Ambil jalan keluar dari Lebuhraya Utara - Selatan/E1. Tuju ke barat di Lebuhraya Utara - Selatan/E1. Pastikan kekal di Lebuhraya Utara - Selatan/E1. Ambil jalan keluar ke arah Ipoh/Sg. Siput/Jelapang. Kemudian, ikuti laluan 240, Jalan Tambun/A13 dan Persiaran Sunway ke destinasi anda di Sunway City, Ulu Kinta. Terus ke Laluan 240. Gunakan lorong kiri untuk bergabung ke Jalan Tambun/A13 melalui jalan ke Tambun/Gunakan lorong 2 kanan untuk bertukar arah ke Persiaran Sunway. Di bulatan, ambil keluar yang ke-4 dan kekal di Persiaran Sunway. Ambil jalan ke kiri, ke kanan dan ke kanan lagi, sebelum ambil belok ke kiri sebelum tiba Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun.

    Pilihan Bilik di Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

    Terdapat 3 bilik di homestay ini. Setiap bilik boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa pada satu-satu masa. Jadi, 6 orang dewasa boleh memuatkan homestay ini pada satu masa. Setiap bilik mempunyai katil bersaiz Queen di dalamnya. Semua katil dilengkapi dengan alas atau cadar yang bersih. Setiap bilik juga mempunyai tuala yang bersih. Penyaman udara dan kipas siling juga disediakan di setiap bilik. Barangan mandi asas disediakan di bilik mandi. Almari pakaian terdapat di bilik tidur utama dan bilik kedua. Terdapat ruang tamu di homestay ini. Ruang tamu mempunyai TV LED dengan sambungan Astro dan sofa.

    Restoran dan Kafe di Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

    Oleh kerana ini adalah homestay, tidak ada restoran atau kafe di dalam homestay ini. Walau bagaimanapun, semasa anda berada di Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun, ambil peluang ini untuk menguatkan ikatan silaturrahim antara anda dan pasangan anda. Anda boleh memasak di dalam homestay ini kerana mereka menyediakan pemanas air elektrik, peti sejuk, meja makan dan tempat untuk memasak makanan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati makanan atau minuman anda di luar. Starbucks Coffee, Pizza Hut, Marrybrown, Pappa Rich dan banyak lagi restoran terletak berdekatan homestay ini dan hanya boleh pergi dengan berjalan kaki.

    Kemudahan dan Aktiviti di Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

    Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun berdekatan dengan Extreme Park dan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Terdapat padang golf, taman skate, dewan badminton dalaman, ATV dan Go-kart. Cabar diri anda untuk mencuba semua aktiviti ini.

    Tempat Menarik berhampiran Medic Tony Homestay @ Lost World of Tambun

    Taman Tema Lost World of Tambun - Taman tema ini terletak 1.7 km daripada homestay. Nikmati dan hiburkan diri anda di dalam taman tema ini untuk melegakan tekanan anda.

    -
    -
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?