Sri Sena Hotel adalah sebuah hotel yang murah terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis. Ia adalah sebahagian daripada sebuah rumah kedai tiga tingkat, berdekatan dengan jalan utama di kawasan itu. Hotel ini merupakan pilihan yang baik sebagai tempat penginapan semasa becuti-cuti di Kangar terutama sekali bagi mereka yang mencari sebuah bilik penginapan dengan harga yang murah.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Sri Sena Hotel terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis. Ia terletak dalam jarak radius dua kilometer dari pusat bandar. Perjalanan ke Sri Sena Hotel ini akan mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke Kangar dan sangat mudah dengan memandu. Memandu dari Kuala Lumpur pula akan mengambil masa hampir lima jam setengah untuk sampai ke hotel, melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Jarak antara ibu negara Malaysia ke Sri Sena Hotel hampir 500 kilometer.
Bagi mereka yang tidak mahu memandu selama itu, terdapat perkhidmatan bas ekspres yang boleh didapatkan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Harga tiket bermula dari RM 47, untuk satu perjalanan selama enam hingga tujuh jam. Semua bas ekspres akan berhenti di terminal bas dalam bandar Kangar, hanya sepuluh minit dari hotel. Teksi boleh didapatkan di terminal bas tersebut yang akan membawa penumpang ke mana-mana sahaja tempat di bandar.
Bagi mereka yang lebih suka menggunakan penerbangan, lapangan terbang yang terdekat dengan bandar Kangar adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah. Perlis tidak mempunyai lapangan terbang sendiri. Lapangan terbang ini terletak hampir 50 kilometer dari hotel. Lapangan terbang itu hanya mengendalikan beberapa destinasi domestik iaitu dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Pemanduan dari lapangan terbang ke Sri Sena Hotel akan mengambil masa kurang dari satu jam.
Sri Sena Hotel hanya mempunyai dua jenis bilik. Jenis bilik yang pertama adalah bilik Standard yang mempunyai sebuah katil ukuran queen. Bilik Standard ini adalah sebuah bilik kecil yang selesa dan masih boleh memuatkan dua orang dewasa dengan selesa. Harga bilik ini bermula dari hanya RM 105 untuk malam. Jenis bilik yang seterusnya adalah bilik Deluxe. Ia sedikit lebih besar daripada bilik Standard, pada 12-meter persegi. Bilik Deluxe juga dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bermula pada harga RM 120 untuk malam. Memandangkan Sri Sena Hotel ini menawarkan bilik-bilik asas sahaja, tidak banyak kemudahan yang tersedia di dalam bilik. Kemudahan asas dalam semua bilik dilengkapi dengan satu set pembuat kopi/teh, beberapa air botol percuma dan sebuah televisyen berskrin rata. Terdapat juga sebuah meja di dalam bilik. Semua bilik di Sri Sena Hotel lengkap dengan panyaman udara sepenuhnya.
Bilik mandi peribadi di setiap bilik di hotel ini mempunyai pancuran mandian air panas, tandas dan beberapa helai tuala untuk kegunaan dalam bilik. Kelengkapan mandi yang lain tidak disediakan oleh hotel.
Semua bilik mempunyai akses ke sambungan Wi-Fi percuma dari hotel, tetapi kekuatan sambungan dan kelajuannya boleh menjadi sangat lambat disebabkan oleh bilangan orang yang menggunakan perkhidmatan tersebut pada satu-satu masa.
Sri Sena Hotel tidak mempunyai restoran atau kafe di bangunannya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak restoran yang terletak berdekatan. Terdapat juga sebuah kedai serbaneka di depan hotel.
Sri Sena Hotel menyediakan beberapa kemudahan untuk membuatkan tetamu rasa lebih selesa dan menyenangkan sepanjang tinggal di hotel tersebut. Sri Sena Hotel mempunyai meja depan yang beroperasi 24 jam sehari bagi memudahkan pendaftaran masuk dan keluar lebih mudah. Terdapat tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan hotel. Tempat letak kereta ini berada di tepi jalan dan keselamatan kenderaan adalah bawah tanggungjawab sendiri. Sebahagian daripada tempat letak kereta mempunyai kemampuan untuk menampung keperluan mereka yang berkerusi roda. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan bagi tetamu hotel yang meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta tersebut.
Kemudahan Popular | AC, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 19:00 - 01:00 - 12:00 |