Nautilus Bay Home Inn adalah sebuah rumah teres 3 tingkat yang dijadikan sebuah homestay yang terletak di Georgetown. Homestay ini sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang berpatutan dan selesa di sekitar kawasan Pulau Pinang. Pemanduan yang singkat dari homestay ini akan membawa anda ke Hin Bus Depot (1.76 km), Asia Comic Cultural Museum (1.98 km), KOMTAR (2.01 km) dan Prangin Mall (2.03 km).
Homestay ini terletak di Lebuh Sungai Pinang 3, Georgetown, Pulau Pinang. Sekiranya anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seterusnya anda boleh ke Georgetown dengan menggunakan bas Rapid Penang, teksi bermeter atau Uber / Grab. Lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah lebuh raya moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu dan menghubungkan Pulau Pinang ke bandar-bandar utama di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Perjalanan melalui lebuh raya akan mengambil masa antara 4-5 jam dengan bayaran tol yang tertentu. Sebaik sahaja anda sampai ke Butterworth, yang merupakan pintu masuk utama Georgetown dari tanah besar, anda boleh susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang atau pun menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang ke pulau itu. Feri penumpang dan juga kenderaan ini beroperasi dari Butterworth ke Weld Quay dan beroperasi dengan caj tertentu. Perjalanan balik dari Pulau Pinang melalui jambatan adalah percuma. Terdapat dua stesen bas ekspres utama di Pulau Pinang, Penang Sentral (di tanah besar) dan Terminal Bas Sungai Nibong di Pulau Pinang. Stesen bas terdekat untuk ke Georgetown ialah Terminal Bas Sungai Nibong. Seterusnya anda boleh ke homestay ini dengan menggunakan bas Rapid Penang, teksi bermeter atau Uber / Grab.
Nautilus Bay Home Inn menawarkan 8 buah bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 16 orang. Sesuai dengan mereka yang berkunjung ke homestay ini dengan kumpulan atau keluarga yang besar. Di tingkat bawah, terdapat 3 bilik, dua bilik terletak di sebelah garaj kereta (bilik tidur bersaiz queen dengan tandas yang bersambung) dan sebuah lagi bilik terletak bersebelahan dengan ruangan dapur (bilik tidur bujang dengan berkongsi). Tiga bilik terletak di tingkat 1 (2 bilik dengan katil bersaiz queen dilengkapi dengan tandas dan bilik master dengan katil bersaiz king juga dengan dilengkapi dengan tandas). Akhirnya, dua bilik terletak di tingkat 2 (1 bilik dengan katil bujang dengan tandas berkongsi dan 1 bilik lagi dengan katil bersaiz queen yang dilengkapi dengan tandas). Semua bilik mandi dilengkapi dengan pemanas air dan kemudahan bilik mandi seperti syampu dan syampu badan.
Tiada restoran yang boleh di dapati di Nautilus Bay Home Inn. Bagaimanapun, homestay ini dilengkapi dengan peralatan dapur (termasuk peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan penapis air) yang lengkap untuk pengalaman memasak anda semasa penginapan! Di samping itu, homestay ini juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai restoran, kedai-kedai dan kafe yang mudah.
Nautilus Bay Home Inn merangkumi kemudahan termasuk ruang letak kereta, ruang makan dan kawasan umum yang dilengkapi dengan televisyen dengan saluran Astro dan sofa.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 19:00 - 01:00 - 12:00 |