Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Resort
  2. Malaysia(9,562 Resort)
  3. Selangor(1,235 Resort)
  4. Seri Kembangan(79 Resort)
  5. Mines Wellness City(26 Resort)
  6. Palace Of The Golden Horses

Palace Of The Golden Horses

Resort
Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia, 43300
EXTERIOR_BUILDING Palace Of The Golden Horses
LOBBY Palace Of The Golden Horses
EXTERIOR_BUILDING Palace Of The Golden Horses
EXTERIOR_BUILDING Palace Of The Golden Horses
SWIMMING_POOL Palace Of The Golden Horses
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.2 Menyenangkan

Daripada 481 ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Penginapan selesa dan perkhidmatan hebat.
Abdul R. A.
Kemudahan
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
See More Facilities
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 481 ulasan

8.2
Menyenangkan
Hebat
127
Bagus
233
Memuaskan
36
Biasa
85
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
Wn
Wan n.
3 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
29 Dis 2019

Suka ulasan ini?

SB
Shafiah B. S.
1 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
16 Ogs 2019
Percutian keluarga
+3
Gambar

Suka ulasan ini?

MB
Maslinda B. M.
1 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
08 Mac 2019

Suka ulasan ini?

NC
NORSHAFERAH C. A.
4 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
04 Feb 2019
Percutian keluarga

Suka ulasan ini?

Rb
Roziman b. H.
1 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
06 Jan 2019

Suka ulasan ini?

RO
Riny O.
7 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
23 Dis 2018
Percutian keluarga

Suka ulasan ini?

HJ
Hairi J.
4 Ulasan
6.0
/ 10
6.0
21 Dis 2018
Percutian keluarga
Tempah bilik Deluxe Lakeside including breakfast. Malangnya hanya dapat voucher breakfast untuk seorg shj. Terpaksa byr breakfast untuk my wife. 1st time pengalaman camni sepanjang menempah htl seluruh Malaysia. Will never come again here.

Suka ulasan ini?

ZM
Zack M.
1 Ulasan
10
/ 10
10
12 Dis 2018
Percutian keluarga

Suka ulasan ini?

TH
Tengku H.
1 Ulasan
6.1
/ 10
6.1
01 Nov 2018
Aircond bilik rosak, bilik air melimpah, hall breakfast xde aircond/rosak, staff parking valet tak mesra.

Suka ulasan ini?

MJ
Muhammad J. B. N.
3 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
12 Okt 2018
Perjalanan perniagaan

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
19
An icon button
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tidak akan ada Cukai Pelancongan yang dikenakan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 untuklihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 15:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Dikenali sebagai Hotel Paling Hebat di Asia, Palace of the Golden Horses ialah hotel bertaraf lima bintang dengan status sebagai pemenang anugerah pada namanya. Hotel mewah ini memberikan anda pengalaman mewah yang tidak pernah anda jangkakan. Terletak di MINES Wellness City yang cukup dikenali, dari jauh anda akan dapat melihat mengapa hotel yang indah ini digelar “istana”. Kedua-dua reka bentuk luaran dan dalaman tidak terhalang dari menunjukkan kemegahan ini. Setiap sudut dan inci hotel ini direka secara terperinci untuk melambangkan nilai elegan dan kemewahan, terutamanya dengan pembinaan patung-patung kuda besar dan ikonik yang diletakkan di seluruh kawasan hotel. Dalam istana besar ini, terdapat 472 bilik tamu yang terdiri daripada lapan jenis bilik yang berbeza di mana anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keinginan anda. Dengan bilik-bilik mewah ini, anda pasti menjangkakan makanan dan minuman yang akan dihidangkan turut tersedia di hotel ini. Terdapat empat ruang makan mega di mana masing-masing mempunyai tema bertemakan masakan dan gaya persembahan tersendiri. Sekiranya anda membawa keluarga anda bercuti di sini, anda pasti akan menikmati masa terbaik dalam hidup anda apabila anda mengalami layanan mewah yang melimpah kepada anda dan keluarga anda.

Bagaimana untuk ke Palace Of The Golden Horses

Hotel ini sangat popular di kalangan penduduk setempat dan lokasinya yang strategik terletak berdekatan dengan tanda tempat yang menonjol menjadikannya lebih mudah untuk anda mengesannya. Jika anda menaiki kapal terbang, anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dari situ, jarak antara hotel dengan lapangan terbang adalah sejauh 52 km. Ia akan mengambil masa kira-kira 42 minit perjalanan untuk tiba ke hotel. Sekiranya anda tiba di Lapangan Terbang Subang, jarak ke lapangan terbang dan hotel adalah 29.6 km. Walau bagaimanapun, ketika waktu genting dan keadaan trafik pada waktu itu sibuk, ia akan mengambil anggaran 53 minit perjalanan untuk tiba ke hotel. Jika anda merasa sukar untuk mencari hotel ini sebaik sahaja anda berada di kawasan itu, anda sentiasa boleh mengingati tanda tempat tertentu untuk membantu anda mengetahui bahawa anda berada berdekatan dengan hotel. Tanda tempatnya ialah The Mines Wonderland dan ASTRO. Kedua-dua tanda tempat ini terletak sekitar 2 km dari hotel. Anda boleh sentiasa bergantung pada aplikasi peta di telefon bimbit anda untuk mencari hotel ini.

Pilihan Bilik di Palace Of The Golden Horses

Terdapat 472 bilik tamu yang terdiri daripada lapan jenis bilik khas yang anda boleh pilih bersesuaian dengan keinginan anda. Setiap bilik mempunyai identiti dan tema unik yang tersendiri. Ia benar-benar memberi anda pengalaman berada di dunia yang lain apabila anda melangkah masuk ke dalam bilik-bilik tersebut. Barangan perabot di setiap bilik bersifat elegan dan dipilih dengan penuh ketelitian untuk memastikan identiti setiap bilik sempurna. Anda bukan sahaja selesa berada di dalamnya, tetapi pengalaman itu juga nyata dalam dunia bilik itu tersendiri. Kemudahan di bilik yang anda dapati di sini termasuk tab mandi mewah, televisyen kabel, bar mini, peti sejuk, bilik mandian pancuran, peti keselamatan dalam bilik dan banyak lagi. Lapan jenis yang disebutkan sebelumnya ialah Deluxe Room, Executive Suite, Minister’s Suite, Head of State Suite, Host of Nation Suite, Queen Elizabeth’s Suite, Golden Suite dan bilik teristimewanya, Dignitary Club Floor.

Deluxe Room merupakan sebuah bilik bersaiz 40 meter persegi yang disesuaikan dengan dua pilihan katil untuk anda pilih, iaitu sama ada katil bersaiz King atau berkembar. Terdapat sejumlah 392 bilik yang terdiri daripada kategori ini. Bahagian pedalaman dicat putih dengan hiasan elegan dan anda mempunyai kebebasan untuk memilih ruang pemandangan anda sendiri. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mendapat bilik dengan pemandangan taman atau pemandangan tasik.

Executive Suite merupakan sebuah bilik bersaiz 55 meter persegi yang disesuaikan dengan dua pilihan katil untuk anda pilih, iaitu sama ada katil bersaiz King atau berkembar. Bahagian dalaman bilik dicat putih dengan hiasan perabot yang elegan dan anda mempunyai kebebasan untuk memilih ruang pemandangan anda sendiri. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mendapat bilik dengan pemandangan taman atau pemandangan tasik.

Minister’s Suite merupakan sebuah suite bersaiz 85 meter persegi yang dilengkapi dengan ruang tamu yang berasingan dari bilik tidur dan ini akan memberikan ruang tambahan untuk anda. Bilik ini bertemakan kolonial dengan karpet bercorak dan perabot canggih di dalamnya. Anda akan merasa seperti melangkah masuk ke dalam ruang berkuasa apabila berada di sini.

Head of State Suite merupakan sebuah suite bersaiz 132 meter persegi yang sesuai dengan keanggunan yang tergambar dari semua sudut suite dan perabotnya. Seperti namanya, anda akan merasa seperti anda berada di dalam kediaman seorang perdana menteri. Terdapat sejumlah 20 suite yang terdapat dalam kategori ini. Ia selesa untuk keluarga yang besar dengan adanya ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, yakni memberikan anda keluasan yang anda perlukan.

Host of Nation Suite merupakan sebuah suite bersaiz 85 meter persegi dengan ruang tamu yang berasingan dari bilik tidur. Ia sangat luas untuk tetamu berkeluarga menetap semasa pergi bercuti. Rekaan dalaman ini direka dengan warna bilik serba putih yang mendominasi dan anda akan merasakan sentuhan kolonial apabila anda melangkah masuk.

Queen Elizabeth’s Suite merupakan sebuah suite yang dibuat untuk mereka yang ingin layanan diraja sepanjang tempoh percutian mereka di sini. Suite dihias dengan dekorasi bertemakan England dari segi perabot dan gaya perhiasannya. Anda benar-benar dapat merasakan seperti anda seorang Raja dan Ratu England di sini.

Golden Suite merupakan suite tiga tingkat yang sesuai dengan perkhidmatan diraja khas untuk semua tetamunya. Hidup seperti seorang Tudor dalam suite ini yang dilengkapi dengan tempat tidur yang megah dan hiasan dalaman yang elegan. Dengan pemandangan yang luar biasa di luar bilik, anda dapat merasakan kehidupan diraja seperti yang anda lihat dalam filem.

Dignitary Club Floor merupakan bilik kediaman kemuncak dari semua bilik yang diterangkan sebelum ini. Ini adalah tambahan terbaru kepada set penginapan mereka. Dihiasi dengan permaidani lembut berwarna putih dengan logo emas termeterai di atasnya, bilik-bilik di aras ini adalah gabungan antara seni bina moden dengan sentuhan klasik. Hasilnya sangat menakjubkan dan anda akan diberikan perkhidmatan peribadi untuk melengkapkan pengalaman penginapan mewah sepanjang berada di sini.

Restoran dan Kafe di Palace Of The Golden Horses

Pengalaman penginapan diraja ini tidak lengkap tanpa tempat makan diraja yang akan mengagumi anda sepanjang tempoh lawatan anda ke sini. Terdapat empat ruang makan mega di mana masing-masing mempunyai tema masakan dan gaya seni bina tersendiri. Kawasan makan Carousel International Coffeehouse, Grand Salon Lobby Lounge, Kim Ma Restaurant dan Kin No Uma Japanese Restaurant. Di sini, anda akan mempunyai pelbagai menu tempatan dan antarabangsa dengan sentuhan dari chef profesional mereka. Jika anda menyukai hidangan Jepun, Kin No Uma Japanese Restaurant akan menjadi destinasi anda dengan hidangan ikan salmon khas dan wasabi yang pasti akan buat anda teruja. Jika anda meminati makanan Cina, Kim Ma Restaurant menyajikan hidangan Cina yang terbaik untuk memenuhi keinginan anda. Restoran ini juga mempunyai lima ruang makan berasingan jika anda memilih untuk lebih banyak persendirian untuk menikmati hidangan anda. Nikmati koktel yang lazat dan teh petang di Grand Salon Lobby Lounge sambil dipersembahkan dengan kugiran muzik secara langsung untuk menemani abda sepanjang malam setiap hari kecuali pada hari Isnin. Anda tidak boleh melepaskan hidangan di Carousel International Coffeehouse di mana mereka menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan menu yang menarik.

Kemudahan dan Aktiviti di Palace Of The Golden Horses

Istana ini bergerak untuk memberi anda kemudahan dan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh penginapan anda. Ini semua demi memberikan anda pengalaman hotel yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Kemudahan hotel dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini termasuk concierge, penukar wang, penyambut tetamu dan keselamatan 24-jam untuk menjamin keselesaan anda, kakitangan berbilang bahasa untuk membuat anda merasa seperti berada di rumah sendiri dari segi komunikasi, lawatan, simpanan bagasi, dobi perkhidmatan dan perkhidmatan perkahwinan jika anda bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang hebat di sini. Anda juga boleh mencari kemudahan berdekatan yang sangat berguna untuk anda seperti kedai runcit, mesin atm/perbankan, perkhidmatan dobi dan pasar raya. Istana ini mempunyai teres yang membolehkan anda merasakan pengalaman berada di puncak dunia di mana anda dapat melihat pemandangan bandar-bandar di sekeliling anda. Terdapat juga ruang simpanan basikal, perkhidmatan ulang-alik dan perkhidmatan penyewaan kereta yang disediakan. Pelancong perniagaan akan bersenang hati apabila mengetahui bahawa keperluan perniagaan mereka juga disediakan oleh pihak hotel. Terdapat pusat perniagaan dan kemudahan mesyuarat yang lengkap untuk memudahkan proses kerja anda.

Jika anda sedang mencari aktiviti untuk dilakukan di kawasan hotel, anda sentiasa boleh berseronok di kolam renang yang menakjubkan dan padang golf yang telah disediakan untuk anda. Gimnasium juga disediakan jika anda terfikir untuk mengeluarkan peluh sepanjang tempoh anda di sini atau mendapat rawatan urut untuk berehat. Pada penghujung hari, anda boleh berjalan di sekitar taman dan mengagumi kawasan indah istana itu.

Tempat Menarik berhampiran Palace Of The Golden Horses

Putrajaya Wetlands Park - Di sinilah tempat untuk anda bersatu dengan alam sekitar. Ia terletak 10 km dari istana. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis burung dan alam semula jadi di sekeliling anda apabila anda melawat Putrajaya Wetlands Park. Ia adalah tempat yang sempurna untuk membawa keluarga anda bersama-sama.

The Mines Wonderland - Nikmati perjalanan membeli-belah dan menaiki bot di sini. Itu antara beberapa aktiviti yang ditawarkan untuk anda dan keluarga/sahabat anda untuk nikmati. Ia hanya 2 km dari hotel. Anda pasti akan menikmati masa anda di sini.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel

Hotel membenarkan daftar masuk Awal, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

Hotel membenarkan daftar keluar Lewat, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

Waktu hidangan sarapan hotel bermula dari 06:30 hingga 10:30.

Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.

Additional breakfast will required MYR 44.80 per pax to be pay upon arrival.
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Pesanan bilik 24 jam
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • Restoran makan malam
    • Restoran makan tengah hari
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Perkhidmatan Hotel
    • Tukang angkut barang
    • Pekerja rencam
    • Pengurup wang
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Lawatan
    • Perkhidmatan perkahwinan
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Dewan besar
    • Bankuet
    • Bilik bercantum
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kolam renang
    • Kawasan merokok
    • Teres
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Tab mandi
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Bar mini
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Makanan dan Minuman
    • Makan malam a la carte
    • Makan tengah hari a la carte
    • Restoran dengan penyaman udara
    • Bar
    • Sarapan
    • Sarapan bufet
    • Sarapan dengan surcaj
    • Kafe
  • Pengangkutan
    • Pengangkutan dari lapangan terbang
    • Shuttle kawasan berhampiran
    • Shuttle kawasan berhampiran dengan surcaj
    • Penyimpanan basikal
    • Sewaan kereta
    • Parkir yang selamat
    • Parkir valet
    • Parkir valet dengan surcaj
  • Aktiviti
    • Pusat kecergasan
    • Taman
    • Karaoke
    • Urutan
    • Kolam renang terbuka
    • Spa
    • Gelongsor air
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
    • Projektor
    • Teater/auditorium
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai runcit
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Kebolehcapaian dalam bilik
    • Akses kerusi roda
  • Sukan & Rekreasi
    • Kecergasan
    • Padang golf
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
    • Shuttle terminal pelayaran dengan surcaj
  • Mesra Keluarga
    • Kolam renang kanak-kanak
  • Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan
    • Kerusi tinggi
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
Perlu Bantuan?