Pearl White Hotel merupakan tempat penginapan yang ideal di kawasan Masai, Johor. Lokasi hotel ini sangat bagus kerana ia berdekatan dengan pasar raya besar, institusi pengajian dan kemudahan awam. Selain itu, hotel ini telah menawarkan beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Semua bilik di hotel ini sentiasa kemas dan dalam keadaan bersih. Hotel ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik yang dapat memenuhi keperluan tetamu mereka. Para tetamu boleh menikmati masakan tempatan yang hebat yang telah disediakan oleh sebuah restoran di dalam hotel ini.
Terdapat dua cara untuk ke Pearl White Hotel. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan ke Jalan Seri Alam di Bandar Baru Seri Alam, Masai. Kemudian, para pengunjung perlu menggunakan laluan keluar 256-Pasir Gudang dari lebuh raya tersebut. Selepas itu, para pengunjung perlu memandu ke Jalan Suria. Apabila pengunjung sudah tiba di Jalan Suria, para pengunjung boleh sampai ke destinasinya. Perjalanan di atas jalan raya dianggarkan dalam 3 jam dan 30 minit bergantung kepada laluan lalu lintas.
Cara yang kedua adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung akan berlepas dari lapangan terbang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terdapat beberapa penerbangan yang akan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai seperti AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Harga tiket penerbangan adalah dari RM 139 hingga RM 520. Harganya dijangka lebih tinggi daripada harga biasa pada musim cuti. Sepanjang perjalanan akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila para pengunjung sudah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, para pengunjung boleh memilih untuk mengambil kereta sewa atau teksi dan meneruskan perjalanan mereka ke Pearl White Hotel. Perjalanan dari lapangan terbang ke Pearl White Hotel akan mengambil masa dalam 46 minit.
Pearl White Hotel mempunyai empat jenis bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Antaranya ialah Bilik Deluxe King, Bilik Deluxe Queen, Bilik Deluxe Queen tanpa Tingkap dan Bilik Deluxe Twin. Bagi Bilik Deluxe King, ia mempunyai 1 katil king dan ia boleh memuatkan 2 orang tetamu. Bilik ini mempunyai penyaman udara, cerek elektrik dan televisyen skrin rata. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian dan tandas. Para tetamu boleh mendapatkan sarapan pagi secaa percuma untuk pakej bilik ini. Seterusnya ialah Bilik Deluxe Queen. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, cerek elektrik dan televisyen skrin rata. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Deluxe Queen tanpa Tingkap. Bilik ini tidak mempunyai tingkap. Jenis katilnya ialah 1 katil queen. Hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Terdapat sarapan pagi percuma turut disediakan untuk pakej bilik ini. Bilik yang terakhir adalah Bilik Deluxe Twin. Jenis katil bagi bilik ini ialah 2 katil single. Para tetamu boleh mendapatkan kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Terdapat sarapan pagi percuma turut disediakan oleh hotel ini.
Terdapat sebuah restoran di Pearl White Hotel yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan untuk para tetamu hotel. Semua hidangannya telah memenuhi citarasa para tetamu yang pernah menginap di hotel ini dan ia sangat disyorkan bagi para tetamu yang ingin menginap di Pearl White Hotel untuk merasakan makanan restoran ini.
Pearl White Hotel telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta yang luas untuk para tetamu, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, perkhidmatan dobi, surat khabar di kawasan lobi dan kemudahan mesyuarat.
Kemudahan Popular | Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 11:00 - Sebelum 14:00 |